Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 22, 2012

aku dan hujan...

semenjak dua menjak, aku pun tak faham dengan diri sendiri. rajin pulak akhir2 ni, aku menulis blog.
mungkin inilah antara aktiviti paling praktikal saat bumi Terengganu sering dibasahi hujan.
setia dalam sweater Voir polkadot, bersama patrick disisi dengan lagu 3 Doors Down - I'm here without you playing in player, aku langsung mengabaikan report Osean Bio yang masih belum siap. hehe!
Patrick kata takpe, malam ni lepas balik meeting, boleh stay up. hee~

Patrick is sooo fluffy :D

asal hujan je, mesti aku rindu.. rindu rumah, rindu sugarmummy, rindu sugardaddy, rindu kakak, rindu girlfriends, dan.. aku rindu kau... ya. memang aku rindu kau. tiap hari aku rindu kau, tak pernah pudar pun.

aku dan hujan, asal hujan je, mesti aku duk dalam rumah je, berbungkus dalam comforter, berstokin dengan bersweater siap. masa2 macam ni mesti layan movie sambil makan ubi kayu rebus, berkumpul satu keluarga. oh, aku rindu detik itu. sungguh.

aku dan hujan, asal hujan je, mesti akulah orang pertama terkinja-kinja nak mandi hujan. kalau mintak approval sugarmummy tak boleh, harus aku pergi hantar proposal kat sugardaddy aku plak nak mandi hujan. Silap haribulan, aku dengan sugardaddy aku skali mandi hujan sama2 ^_^. paa, i miss our moments! seriously i am. :"( cepatkan masa berlalu, dan semua tu jadi kenangan sekarang

now, when i grow up,
whenever its raining, and i'm far away from home...
all these memories will keep chasing in my mind. rasanya baru semalam, aku berjoget ditengah hujan dengan cngoh, rasanya baru semalam aku kayuh basikal dengan kawan2 balik sekolah meredah hujan, rasanya baru semalam aku main sampan2 hanyut dalam sungai dengan budak2 rumah. rasanya baru semalam selipar jepun aku hilang dibawa air. rasanya baru semalam, lutut aku luka jatuh longkang masa hujan, sebab licin. dan seolah-olah baru semalam aku berjalan kaki menangis dalam hujan...

ya, aku suka hujan. i love rain. Because i believe, there will always be rainbow after the rain.
Hujan lambang kesedihan aku, sebab tu kalau hujan aku nak berada disisi insan yang aku sayang. :)

ehsan google. :)


nota kaki: eh, melalut plak aku berblog. tak tdo lagi ni, lagi sejam ada meeting plak. haaha! nap then meeting! :D





No comments:

Post a Comment