Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, May 7, 2014

Jantan puaka.


Kata orang bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tapi kalau da dua tangan bertepuk girang, mesti bunyinya pun bukan calang-calang.

Alina. Satu-satunya kawan aku yang sangat masyuk dengan kepala aku ni yang jenis ting tong senget2 ni. Petang minggu lepas, Alina teresak2 dalam telefon. Aku tengah seronok buat assignment tiba2 dapat call dari Alina. Dari suaranya, kedengaran sendu dan kendur betul. Aku tahu ada sesuatu yang tak kena ni, masakan Alina yang periang ha hu ha boleh jadi macam ni. Pada orang lain, Alina perempuan kuat, selalu ada untuk sahabat2 dia, tapi aku tahu Alina seorang perempuan yang rapuh, fragile dan manja sebenarnya. Laptop kubiarkan bersahaja, laju bersiap2 nak pergi jumpa Alina.

"Aku sedih, kesian mak aku, bapak aku perangai macam puaka! Dah tua bangka sibuk nak menggatal dengan perempuan lain. Bengong! Ni memang bengong!" kata Alina, dalam sendu marahnya. Aku tahu tika ini, aku hanya perlu dengar je luahan dia. Setahu aku Alina suda mempunyai dua ibu tiri. Apa lagi bapak dia buat onar ni. Allah...

"Pagi tadi mak dengan bapak aku datang hostel, hantar barang. Pastu tiba2 mak aku mengamuk baca mesej bapak aku, aku da heran time tu. Tak tahu punca cerita, tiba2 mak aku berang tak semena. Tiba2 mak aku menjerit dalam kereta...'Berani perempuan tu datang rumah, siap bagitau mak ni suruh masuk dulu sebab nak cakap hal privasi kononnya dengan bapak kau, lepas mak masuk, mak duk balik tingkap. Tiba2 betina tu amik tangan bapak kau ni cium. Bapak kau ni da buang tabiat Alina! Da makin tua ni, aku ingat da sedar diri, tapi makin menjadi-jadi, makin gatal nak tambah bini, dah tua pun sibuk duk mengorat lagi. Ni, amik henset dia ni baca mesej2 betina tu. Bapak kau ni nak mampus da ni Alina ooiii!'. Tapi aku tak amik pun henset ni. Aku istighfar panjang bila mak da jadi macam tu. Bapak aku kat sebelah diam tak berkutik. Aku tahu, kalau aku baca mesej2 dalam henset bapak aku, aku risau hormat aku pada dia hilang, jadi cukupla sekadar aku dengar je mak aku bacakan mesej2 bapak aku tu..." panjang lebar Alina bercerita. Aku hanya mampu memandang wajah Alina dengan sayu. Aku lihat ada mutiara jernih jatuh menuruni pipinya.

Benar, Alina paling rapat dengan orang tuanya. Bila jadi hal macam ni, aku yakin Alina akan cuba bertindak sematang mungkin depan orang tuanya, tapi dalam hati berkecai seribu tiada siapa yang tahu. Hampir 10 tahun aku menjadi pendengar setia Alina. Kami selalu bertukar luahan,' biarlah ibarat membuka pekung di dada, tapi aku nak jugak luah kat kau' kata2 Alina masa dulu.

"Tak boleh ke dia jaga hati mak aku ni, da banyak mak aku makan hati. Patut sangat ke perempuan tu datang rumah nak bercakap2 dengan bapak aku, nak berkenalan. Lepas bermesej2, datang rumah nak jumpa, pastu siap salam cium tangan. Allah... Aku tak tahu, macam mana la hati mak aku. Aku sedih. Hormat aku pada bapak aku kini tinggal sisa. Allah..." sabar Alina, kadang aku kehilangan kata. Tapi aku tahu, Alina meluahkan rasa bukan untuk aku komen atau bagi pandangan apa2, tapi cukuplah aku setia mendengar.

"Kau kena ingat, dua2 orang tua kau. Apa pun cuba kau slow talk. Kita sebagai anak kena selalu menjadi orang tengah kalau2 rumah tangga ibu bapa ni bergoyang. Anak itu pengikat keluarga Alina." perlahan-lahan aku menuturkan kata. Ligat menyusun ayat terbaik. Alina angguk perlahan2, segaris senyuman kulontarkan padanya di sebelah aku.

Terkadang kita tanpa sedar, kita hanyut. Kita fikir, kita da buat yang terbaik, tapi lambat laun tindakan kita tu mampu melukakan orang sekeliling. Aku terasa juga rasa prejudis pada lelaki. Kenal berpuluh tahun, tapi hati ini boleh berubah, kerana sifat tanah pada manusia tu, boleh berubah2, boleh jadi tanah runtuh, gelongsor tanah, gempa bumi. Tapi kita ada senjata; doa. Berdoalah yang terbaik. Cubalah jadi yang terbaik. Selebihnya Allah Maha Mengetahui.


Di birai katil.