Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 20, 2013

mengah, tak mengah!

19 Januari 2013
Usai je solat Subuh, pukul 6.35 pagi aku terus stay buat report. Dari pagi sampai ke tengah hari. Aku buat report, dari Rumah Oren tu cukupahli 7 orang, sampaila jadi bertiga. Tengah hari tu Syera da gerak balik. Tinggal berdua dengan Noji. Macam2 mana pun nak tak nak, aku kena siapkan arini jugak.

Zohor.
Aku masih setia menulis report. Tinggal lagi satu chapter. Kepala pun da rasa berat. Sempat jenguk Sweetie, refill air dan tambah makanan beliau, minum air dua tiga teguk, sambung tulis report. Noji da sibuk bersiap2 nak pergi kenduri kawen, family dia da sampai. Aku mandi pun tak lagi, masih tekun siapkan report. Aku nak siapkan arini jugak, kalu boleh nak balik petang ni. Paling lambat pun, balik lepas Maghrib (hajat dihati). Hp berbunyi nada mesej, nada panggilan, aku langsung tak mengah. Tepat pukul 3 barulah aku terkoci2 nak pergi mandi, solat Zohor. Leka buat report punya pasal. aisshh! By the time, perut aku pun nak mula buat ringtone sendiri. aishh!

Asar.
pukul 4:30 petang, aku masih taip report. kesemua 11 bab da settle, cuma yang tinggal nak buat preface, abstract, content..bla..bla..appendix, abbreviation.. bla..bla.. The worst thing, aku tak reti nak buat pagination. Oke, situasinya macam ni, aku nak break pagination. dari cover page, penghargaan bla..bla..bla.. sampai list of figure sume aku nak guna roman number, pastu start dengan Chapter 1, baru guna 1-2-3. Lama aku aku bazir masa nak buat menda tu, siap call abang ipar yang expert computer lagi tanya pasal tu. Dah tu, tak berjaya jugak. Pastu aku google, tapi instruction dia macam rumit dan complicated. Aku pun tak faham, dalam keadaan aku pun da kalut, super saturated and starving at that time (langsung tak sempat nk makan pape), aku tak boleh nak paham arahan kat google tu. Aku ada buat break page, 'Next Section' tapi tak boleh jugak. Banyak gila aku waste masa kat sini. Dalam nak dekat pukul 7, Noji da balik, masa ni aku da rasa frust. Tanpa ada page number, aku tak boleh nak siapkan Table of Content, List of figure segala bagai. Oh God.! Da rasa bersalah gila dengan Noji, janji nak balik arini, tapi nampak gaya kena balik ari Ahad jugak la nampak gayanya. Noji cakap, takpe, kita balik esok je la, alang2 da lewat ni. Aku suh dia balik dulu ngan parents dia, tapi dia takmo, dia cakap nak teman aku. Waaaa Noji~ i won't stop loving you as my buddy. sobs3 *big hug!

Maghrib.
Bila harapan untuk balik arini  hilang lenyap terus. Aku pun da slow down buat report. Aku break jap, pergi solat, pastu makan. huhu! Poor my tummy, singing all the day >.<". aku da fed up try pagination setting tu, yang aku tau, aku nak uruskan report malam ni jugak. Nak setelkan semua siap2, pastu rehat. Otak da berat gila rasa, da macam Hp Daun pakai memory card 4G je gayanya! huh! Semua jadi pending mending! Last2, aku buat numbering macam biasa, just 1-2-3. Lepas buat numbering, aku lagi serabut otak, nak kena belek page by page nak buat List of figure, List of table, leceh gile. rabak la air mata jatuh sambil duk buat report ni. haha!

Isyak.
Alhamdulillah, lepas Isyak baru siap REPORT KERJA LAPANGAN MM3000 - FIELD COURSE.
Lagi satu masalah, bila Lappy cookiesmonster aku tak boleh nak burn report dalam CD. (report kena hantar dalam CD, Mr Yong cakap, dia nak jimatkan pokok. Bayangkan +/- 200 page satu report, kalau da 53 students, berapa pokok da kena tebang tu? phew!) Mati2 aku ingat CD yang Benji bagi ni yang problem, bila dia cakap 'incompatible bla.. bla..' bila aku nak burn je dia tendang balik CD tu. Bila tanya Benji, dia pun tak tau, last2 aku pergi beli CD baru. Jadahnya, CD baru pun tak boleh nak burn, last2 bila try ngan laptop Noji, boleh je burn file guna CD tu, sia2 je beli CD baru. huhu! Dalam lagi 10minit nak pukul 10, aku drive terus pergi anta CD ke bilik Mr. Yong. men sumbat CD bawah pintu dia je. Lagipun, aku da inform Mr. Yong awal2 nak hantar CD on weekend. hoho! Balik hantar CD barulah aku ada masa nak pack2 barang, kemas2 umah. Masukkan semua motor dalam umah. Mandi2 siap2 nak balik untuk esok! ^^,


Akhirnya, masin jugak mulut 'dia', doakan aku balik 20hb.
Misi untuk siapkan report 17hb gagal.
Misi untuk balik 19hb gagal.
Akhirnya, pagi Ahad baru balik ke kampung setelah 9 hari 9 malam berhempas pulas siapkan report. Tapi, seriously, aku akan rindukan saat2 sem 3 ni. Busy dengan presentation Plankton, buat report. sampai mengah2, taip report langsung tak mengah kepala. huhu! Ni sume adat resam dalam belajar.
Aku selalu cakap, kalau kita kena perah otak sampai rabak2 nak belajar, da tu nelayan2, pekebun2 mat2 bangla wat jalan tar tu perah keringat nak buat kerja. Kalau semua orang nak jadi doktor, arkitek, cikgu, angkasawan belajar pandai2, da tu siapa yang nak jadi jual sayur, tangkap ikan, buat jalan? Allah da susun cantik semua, mana2 pun asalkan ada usaha pasti berjaya. Kita usaha dari segi otak, diorang usaha keringat, jadi jangan takut kalau anda terkandas untuk belajar, asalkan ada usaha untuk maju dan terus berjaya.
'Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian'.


tempat tido, tempat makan, tempat buat report selama 3 hari2 terkahir.
aku terpaksa berpisah ngan Patrick, nanti dia asek menari2 panggil tido,
yang terkangkang tu Mobi Hanawa (masa ni dorang da balik kampung)

lebih kurang 5 hari jugak la aku ada mata Panda. haha! Penangn report punyer pasal!
Agaknya, kalau ada award pelajar paling setia ke library, mesti bebudak Sains Samudera yang menang.
Pagi petang siang malam pergi library buat report. hahaa!


17hb - Suasana PSNZ tingkat atas.
 dari penuh dengan student sampai la tinggal aku sorang je kat atas ni haa. scary jugak. hahaa

sepanjang proses pembikinan report, aku rasa agak tertekan. Jadi, cara paling baik carilah sumber melatonin (buah), oxytocin(susu), endorphine(coklat) dan serotonin(eskrim). haha!

on the left, makan eskrim masa lepak2 dengan Benji dan Yus.
Next, eskrim masa lepak ngan Syera dan Noji on last day. Sedap2! ^^,

baiklah, dengan rasminya, selesailah urusan aku sempena sem 3 yang HARDCORE ni. Jutaan terima kasih kepada insan2 yang banyak/sikit membantu aku sepanjang urusan sem 3 ni, baik dari segi kerja2 makmal, kuliah, test, presentation atau apa skalipun (fizikal mental skali, nak2 houemate yang banyak menggoda, :P ). Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian. =) and all the best.

Have a nice day, have a nice REAL holiday!
Qada tido balik! hehe!
Itting da memanggil2 dan menari2 untuk pulang. haha!
Thanks for reading! =)



nota kaki: Allah tak anugerahkan kesulitan hanya sekadar kesulitan. Sesungguhnya, disebalik kesulitan, tersirat 1001 hikmah. Waalahu'alam. with Love, wiD ^^,




No comments:

Post a Comment