Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, November 29, 2012

Alhamdulillah, MMB300 - Topic 22

Hai! Assalamua'laikum...
Rasanya da lama betei aku tak update blog. Kadang tu, curi masa update entri yang mana perlu. hehe!

Ya Allah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah.... Sungguh aku berasa syukur gila, mungkin ni berkat doa maa paa, keluarga, serta sahabat rakan yang mendoakan aku. Juga untuk Benji yang rela dan tak kisah bermadu masa dengan plankton, hee~
Allah really bless me. Indeed, You know the best for me O Allah...

Aku rasa aku betul2 bless dan syukur sebab,
first, aku dapat Topik yang aku suka, - Plankton Movement. About Bio, bukan pasal chemist of physic parameter. huhu!
Second, urusan aku nak edit2 video plankton berjalan lancar. Walaupun, ada sekor dua plankton yang betul2 mencabar iman aku. hoho!
Third, aku jumpa senior Nazif yang sangat2 membantu memberi maklumat dan tunjuk ajar, langsung menjadi mentor aku untuk draf slide aku.
Keempat, aku ada Kumpulan yang paling best! Kumpulan 4, walaupun aku kena hadap angkat jadi ketua, tapi aku tak rasa aku ketua pun, semua keputusan bawak berbincang. Group members baik senang bawak berkira, Chinese, Melayu, Sri Lanka (hehe) sume sporting and cooperate. Terima kasih korang; Ad Peris, Zul, Xinyi, Maggy, Dalia, Ijam, Soley, Heng, Koni, Iwe, Ruo Xian dan Ummi. Masing2 pegang peranan sendiri. Kau tak mampu buat itu, aku buat ini. Ko takleh buat ini, biar aku take over yang tu. Well aku rindukan suasana ni. Masa atas bot aritu, haa, ko mabuk biar aku yang handle. Ko amik data, aku pegang instrument. We give and take. Jadual sampling kiteorang pun best, pergi Turtle Sanctuary on the last day. Indeed, free vacation after tiring sampling on the boat and watsoever.



25 November 2012.
Hari ni merupakan hari terakhir Mr. Yong buka pintu bilik dia untuk konsultasi mengenai kerja lapangan. Phew! Lepas je solat Magrib, aku bergegas siapkan slide, edit background dan terus shoot ke bilik Mr. Yong. Dan2 aku sampai Mr. Yong cakap, 'ada ramai lagi ke nak jumpa saya kat lua? saya nak balik dah'. Terlongo aku, padahal baru pukul 8 lebih and i was the 1st customer. Sepatutnya, dia buka kaunter sampai pukul 11 malam. Lepas aku tunjuk hasil kerja dan research aku pasal plankton movement tu, terus dia approve. Alhamdulillah. Lega gila, masa aku keluar bilik dia, aku ternampak member aku lagi dua orang. Mungkin tu last customer dia. huhu! Sekurang2 nya, aku sempat jumpa dia. huhu! Alhamdulillah.

26 November 2012.
Aku terlepas kelas Public Speaking 2jam, gara2 oversleep! damn it! >.<
Lepas abis kelas, aku pergi cari Madam Rosyati nak hantar mind map public speaking, sudahnya beliau takda. Aku pergi bilik Dr. Siti. tapi beliau pun takda. nampak da detik2 kehampaan disitu. Finally, aku call member aku, Kak Ara. Budak Bio Marin. Dorang da present last week, jadi aku mintak tolong dia tengok2 kan. Slide aku oke, pastu dorang ada ajar aku guna cara senang nk wat references guna MS je. huhu!
Thanks Kak Ara, Kak Su, Ika bla.. bla.. =) at least korang da buat aku lega, apa yang aku buat tu betul huhu.

Camwhoring sambil tungguu doc. :D
27 November 2012.
Pagi2 aku da siap nak pergi kelas pukul 8. Lepas Subuh aku cuba tak tido, tapi terlelap jugaklah sebarang 5,6 minit kat perut Patrick. hehe! Sampai je kat Medan Kuliah, tengok2 bilik gelap je. Pelik. Aku terus call member aku. Damn! kelas Dr. Fadzil mana ada, Mr. Yong pun takda! ceit! semalam aku miss 2 jam kelas, arini aku tergedik2 datang untuk 2 jam kelas yang takda. Allah hai...Nyanyuuk da gamaknya aku ni. huhu!

Langsung, aku terus pergi jumpa Dr. Siti. Aku pergi pukul 9 pagi, pukul 11 baru boleh diskus ngan dia. huhu! Approved! Slide aku dah betul! Alhamdulillah, tak perlu jumpa dia banyak kali. huhu! Sian Noji, lama dua jam dia tunggu aku abis perbincangan ngan Doktor. Padahal, aku punya sesi dalam 15minit da siap, nk tunggu turn tu yang lama. Huhu.

Hati da girang sedikit, malam tu, aku da start buat raptai skali ngan timing masa, nasib la, aku paksa roomates aku suh dengar dan tonton itu2 plankton. hehe! :P


28 November 2012.
Esok da nak present. Jadi Mr. Yong suruh hantar slide mana2 student yang present esok. pukul 5 petang nanti. Tak da kelas pun arini, cuma ada lab Geology je. Lepas pergi survey2 quartz, opaque segala bagai, aku terus check2 slide sambil borak2 dengan member kat lab. Lagi 20minit nak pukul 5 petang, aku da tunggu Mr. Yong kat bilik dia. Alih2, acu nak transfer berkepul2 virus kat pendrive aku. aish! punya la lama tunggu nak neutralized virus2 puaka tu. last2 dalam pukul 6 baru settle keja. hoho!

FINALLY.. 29 November 2012
Akhirnya, tarikh keramat yang dinanti2 tiba jua. Segala penat lelah aku bersama plankton dekat 2 minggu, akan dibentangkan arini. Depan lecturers, depan juniors, seniors dan staff makmal. Cuak toksah duk citer la, mengigil2 aku dibuatnya, da la kat Auditorium Mahyuddin, FPE tu sejuk macam Alaska! Aku pulak sangat bijak pandai, tak bawak sweater pung! aish! Around 4pm. Aku da mula kecut2, time tu handphone da takda bateri, nak call sugarmuumy, sugardaddy mintak semangat pun da tak boleh. Hanya berdaya, selawat, baca Al-fatihah dan doa banyak2, sambil pegang tangan Cindy *mengigil sejuk dan cuak.

Lepas Cindy present, it would be my turn. Sweater Cindy bergulung2 kat tangan aku. Kaki da mula mula tergedik2, tahan sejuk dan cuak.
" I would like to invite Miss Zuriana to present the topic about zooplankton movement..."

Dengan lafaz pembuka kata Bismillahirramanirrahim, aku membentangkan keseluruhan pasal pergerakan plankton, dengan 5 ekor plankton yang terpilih untuk dibentangkan pergerakannya. Sungguh arini, aku rasa sayang sangat dekat plankton ni, sungguh menarik mereka menari2 didepan penonton, semuanya macam curious je tengok tari nari mereka. :)
Saat aku menceritakan pasal Tomopteris, aku ternampak Kak Naja kat barisan atas nu. Akhirnya, dia datang juga =). Thanks akak! Sempat aku tersenyum kat dia.
Walaupun sore aku masih serak skit, tapi alhamdulillah, sume berjalan lancar. Ya Allah, syukur tak terhingga.

Selesai presentation, there will have a Q n A session.
First, Hui Ling tanya aku
"Why you suggest that, we must have adequate water to move the plankton? Can you specify the asnwer"
"Yes, its because, you must give enough water for the plankton to move. Is too little of water it cant move, and we cannot observe the movement. While, if you put too much of water, the plankton will move vigorously and it hard for you to record when it moves around."
Second, Senior tanya aku
"Do these planktons has its specific movement?" like to defence or move? "
"Yep, it does have specific movement to defence itself, to protect, to move and to pursuit predators."
So, there's only 2 questions asked for my presentation. Aku memandang Dr. Siti, mungkin dia ada soalan untuk diaju. Tapi, dia senyum je kat aku. Aku da mula rasa lega, hoho!
Pastu,aku tanya.. "any question?"
Last2, dari jauh aku nampak Kak Naja da tepuk tangan... =)
Dalam hati, aku rasa bagai da lepas hutang seribu. huhu! Alhamdulillah, aku langsung tak kena attack ngan Mr. Yong mahupun Dr. Siti pun.

TERIMA KASIH plankton, tak sia2 kita berjimba2 bersama 2 minggu lamanya.
Sampaikan housemata kata muka aku da macam plankton. Yusri marah aku buat slide dalam kete dia :P.
Dengan Benji skali aku tunjuk video plankton, agak2 macam dia paham je. huhu! Hari2 ngadap plankton. tido pukul 3,4 pagi hadap plankton, cari taxonomy, morphology.
Ya ALLAH, syukur tak terhingga kerana semuanya baik2 saja. =)

these are my zooplankton. The experience that no ones can buy.

Suasana Auditorium Mahyuddin FPE. pukul 8:30 pagi. #sejuk beku. trr trrr
mas ni Mr. Yong tak sampai lagi.

nota kaki: aku sedar, dan aku nampak. Disebalik kejadian yang menimpa atau berlaku pada aku, ada sebab dan hikmahnya tersendiri. Sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui. Lama aku bersujud, syukur ke hadrat Ilahi. Allah, syukur tak terkata, Ya allah. Thanks God. <3
(berjela2 pulak entri kali ni. ehehe! Selamat membaca kisah saya! ^_^ )









No comments:

Post a Comment