Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, August 16, 2012

Baziir Ramadhan

Pabila Bazaar Ramadhan menjadi bazir Ramadhan.

haip! Assalamualaikum readers :)

phew~ rasanya da lama gila aku tak update blog. Bukan niat dihati nak abaikan blog Oh Lala Land ni, cuma kekangan masa untuk menulis. idea penulisan da ada, cuma hanya mampu bermonolog dalaman seorang diri. tak terluah dek kata-kata. Aish, sepanjang bulan puasa ni, macam2 kerja nak kena uruskan. bulan puasa ni la, nak kejar pahala, nak kemas rumah, nak bersiap untuk beraya segala bagai mak nenek. huhu. sejak tinggal aku sorang je kat rumah tiga bilik ni, aku la yang selalu parents aku harapkan buat itu ini. Sugardaddy suruh tolong dia varnish kerusi, angkut pasir, angkat sofa bla..bla... Sugarmummmy plak, suh aku masak berbuka, buat kuih, lipat kain, kemas rumah, vakum rumah, mop lantai, tukar kusyen. Kakak aku plak, mintak tolong fetch her kids from school. haha! Busy ngalahkan PM! :P

Salah satu perkara yang sentiasa sangat terjadi di bulan Ramadhan ni ialah, pembaziran. Dekat area rumah aku ni, ada TIGA penjual bazaar Ramadhan. so, diorang akan bagi kat jiran2 mana2 kuih2 lauk2 yang lebih menjual tu. rumah aku antara selalu yang dapat makanan free. Jadi, kuih muih, lauk pauk yang dapat tu, kadang2 tak termakan oleh kami tiga beranak, alamatnye ke tong sampah la. nak simpan, lauk tu dah tak boleh tahan lama, membazir kan?

Malah, apa yang aku rasa membazir, ialah, plastik dan polisterin. kadar penggunaan plastik dan polistrin meningkat 5x ganda sempena musim ramadhan tau (Dr. Armand 2012). pergh, memang membazir alam tu! Dulu-dulu ada sorang makcik kat kampus ni, jual nasi lemak. sapa2 yang tak bawak bekas, kena bayar 30sen kalau nak guna polisterin. Jadinya, ramai student yang bawak bekas beli nasi. Bijak!


Bazar Ramadhan. - ehsan Google.

Ada orang nak berjimat cermat sempena puasa ni, tapi lagi poket rabak ada lah! Masa aku pergi Bazar Ramadhan Kerteh, aku tergoda tengok pulut panggang ni atau orang Terengganu panggil Pulut Lepa. Sebijik 80sen! Bapak mahal. Penjual2 kat sini, saja amik kesempatan, sebab the buyer power kat sini rata2 berkerja kat Oil and Gas. Kuasa pembeli tinggi, jadi harga pun meninggi, kalah harga di Keyyel nu. Sudahnya, aku beli la 2 bijik. Tapi langsung tak best, inti seciput je, pulut berkepul2. Tapi disebabkan taknak  membazir, aku makan perabih jugak. huhu! Memikirkan orang2 Somalia yang takde makanan untuk di makan, tapi kita kat Malaysia, makanan siap terbuang lagi.

Aku terfikir, apakah jawapan yang terbaik bila Imam tu hanya menangis pabila ditanya, 'apakah hukum berpuasa bagi orang-orang di Palestin yang tidak ada makanan atau minuman untuk bersahur dan berbuka, sah ke? '

juadah aku berbuka tiga hari lepas, amik lauk je. kalau amik nasi cepat kenyang,
da takleh makan banyak2, da la bayar ikut kepala. huhu! t membazir, hehe!

Aku pun turut terfikir (aish banyak betul aku terfikir, haha! :D ) bila ada sorang Imam muda (takdela muda sangat dia tu.huhu) mengatakan, manusia akhir zaman sekarang, lebih mementingkan bergaya di hari raya, dari bergaya di akhirat, apabila 10 malam terakhir sibuk nak bersiap raya, bukannya sibuk nak mengejar pahala. Bijak jugak kata2 dia tu sehinggakan buat aku terfikir sejenak.

Walau apa pun, cuba kita fikir balik, apa ertinya Ramadhan? Tujuaanya untuk kita mengawal NAFSU, dan turut merasai susah payah dan kelaparan yang dialami oleh orang2 yang tidak bernasib baik. setan, taghut jin dah xde, yang ada cuma nafsu je yang untuk dilawan. 
Berjuang untuk melawan nafsu itu adalah jihad, wallahua'lam. Nak2 yang perempuan, nafsunya ada 9. MasyaAllah, patutlah aku tengok baju raya, subang raya, gelang raya, kuih raya, selendang raya.. macam2 raya la, asek duk menari2 je depan mata. huhu nafsu betul! Aish! Jihad2! :D

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Eh, bukan2! isu DLCW da lepas. ehem! *semula.
Akhir kata, manfaatkan Ramadhan ni, sempena semua pintu neraka tertutup rapat, dan pintu taubat terbuka luas, gunalah sebaiknya. cuba elakkan membazir. Timbang tara semula, itu adalah keperluan ataupun kehendak semata. :) ikut kemampuan ye.

Happy reading! ^^,




p/s: gwa rasa, cara paling best nak perform collect pahala Ramadhan kaw2, adalah beli baju raya pada bulan Syaa'ban, nak lagi selamat, bulan Rejab da standby. Tapi risiko la, risiko takut baju raya tak muat! Haha!
gwa tak berani nak buat, tapi apakata lu orang buat dulu, hehe!


saya pemalu! auww! :D


No comments:

Post a Comment