bukan main suka lagi sugarmummy aku bila dapat tengok gambar Ustaz Don kawin,
katanya, dia lagi suke tengok ustaz Don berserban, hehe!
peliklah la maama aku ni, takkan kawin pun nak pakai serban.. :D
tadi, sedang menggodek2 gambar kawin beliau, aku terjumpa ni,
jadi, sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama. :)
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
suwit! :D -gambar ehsan google |
jarang orang buat acara kawin macam ni,
dan inilah kali pertama aku tengok orang buat.. :)
apa yang elok, kita boleh praktik sekali nanti..^_^
Husna pakai baju kawin yang menutup aurat, sedia untuk solat terus. cool!
ustaz Don da menamatkan zaman bujangnya 25 Ogos 2012, anda bila lagi?
solat sunat kawin -gambar ehsan google |
a husband and wife -gambar ehsan google |
ustaz Don da menamatkan zaman bujangnya 25 Ogos 2012, anda bila lagi?
hahaha! ^_^
happy reading peeps
nota kaki;
ni baru betul2 nota kaki! haha! |
No comments:
Post a Comment