Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, November 7, 2012

DST Adventure In Nature: Penaja Oh Penaja!

7 November 2012,
Salam'alaykum readers...
Terasa lama tak update blog, kekangan masa dengan kerja yang tak pernah sudah membuatkan aku hanya mampu bermonolog seorang diri, tanpa sempat meluahkan di blog.
Sorry to dearest readers coz plankton, benthos, seaweed, algae dan seagrass always want my attention, (bajet macam ada orang baca je blog aku, haha!) but actually i have sooooo many things to share to... huhuhu
tapi aku akan publish bila entri tu da ready, just check previous entry, kot2 ada yang baru :D heee~

Lately, aku busy handle program Kelab Kembara UMT. Event tu sepatutnya da start bulan September, tapi asik postpone je sebab tak berjaya nak dapat tajaan. Misi nak cari penaja/ sponsorship ni kiteorang da urge dari sem lepas lagi, tapi alih2 macam tak dapat feedback je dari agensi2 berkenaan, plus AJK2 untuk cari tajaan pun macam tak beria je nak cari penaja.
Sudahnya, harini pengarah program, ajk2 program terus turun padang cari penaja, last minute punya ikhtiar. It sounds crazy, the event will start on 9th November yet, we still searching for sponsors. huhu!
At least, bila dapat sponsor yuran peserta ngan ajk dapat dikurangkan dan mungkin mampu nak amik package abseiling and repelling dan juga jungle tracking.

the worst things is....

kiteorang da rancang nak shoot terus jumpa YB and MB terus, since ari Rabu hari MB Mat Said bertemu rakyat, jadi dengan semangat berkobar2 kami (aku siap ponteng lecture and lab kot) pagi2 lagi terus pergi Pejabat UMNO nak jumpa MB , tapi beliau takda :| katanya, MB ke keyyel untuk mesyuarat majlis raja2 ke ape ntah sob sob sob. Sedihkan.(mula2 kiteorang da pergi MAIDAM, tapi dia suh datang esok, padahal proposal tu da hantar 3 minggu lepas) Terus hancor impian. Kalau dapat jumpa MB sah2 RM500 tu kompom dapat je. Tapi semangat committee Kelab Kembara masih lagi berkobar2 untuk next target to Wisma Darul Iman. Naik turun naik turun naik turun wisma, tapi hampa. suma exco2 pergi keyyel, mesyuarat. kiteorang mampu jumpa PA dorang je. Tapi ada satu PA Datuk Za'bar tu, dia cakap Datuk akan balik esok, so esok kalau lulus ke, tak lulus ke, dia akan bagitau feedback jugak.


starting on! naik turun naik turun wisma. suma YB-YB takda kat bilik kot >.<

walaupun tak dapat jumpa MB Mat Said, dapat bergambar depan bilik dia pun jadi lah. haaha sepanjang hayat aku, nilah first time dapat pergi! teruja! ^^, kau adoo? hahaa!



si syahmi sampai terlompat2 amik gambar depan pintu MB, hahaa!
1st experience.


lepas penat pergi CIMB, PSI, naik turun naik turun wisma, lewat pukul 1 baru boleh lunch. huhu! dari pagi perut aku duk dam dum dam. lepas makan, terus kiteorang shoot pergi ADUN Batu Buruk plak. Tapi sama, Datuk pergi Kelab Bola apa ntah, jadi tinggal surat je. huhu


waktu ni da jadi separa-zombie

pastu kiteorang saja test luck kat Hotel Permai plak, tetap menda yang sama, diorang cakap, kenapa lambat hantar, and kalau ada pape, dorang call semula. huhu! tapi aku punyer instinct, mesti tak dapat punyer (Hock Kee Seng pun senyap sunyi je takda tindak balas).

toink toink toink! kak fiqa - Pengarah Program
lepas kat Hotel, kiteorang benti solat kat masjid, then proceed ke Pemuda UMNO Gong Kapas Encik Khairul, awal2 lagi kiteorang da hello dia, cakap nak jumpa.
"esok, awak datang dalam pukul 10 amik cek, saya takleh bagi banyak, paling sikit pun rm300 je. kalau awak mari awal2 boleh saya link dengan orang2 atas, kami memang ada peruntukan untuk pelajar..bla..bla.."
yeaayy! RM300 je? tu pun da kira cukup bagos! huhu, alahai kalau la datang lebih awal, mesti dapat sponsor lagi banyak.


argh! Thank you so much Encik Khairul! ^_^

Cawangan UMNO takda peruntukan untuk dana macam ni sebenarnya, tapi kalau parlimen dorang memng ada. Pastu En. Khairul suh call Encik Apli, Pemuda Kuala Nerus.
On the spot, aku terus call En. Apli. Kebetulan dia kat bandar time tu. 
"Kalau macam tu, kita jumpa kat Uncle Chua signature la, dalam pukul berapa tu?"
"haa, boleh2, kiteorang gerak terus, pukul 4:45 boleh"
hahaha, lagi berkobar2 semangat! haa, da nampak da skit sinar2 cahaya duit2 tu. hahaha! paling koman pun dapat support makan pun da oke.


Belanja minum siap tu, hardow! :D

sudahnya, kami dapat tajaan makan pagi. Pegawai khas Sabry Chek cakap, makan pagi tu akan disediakan kat Pantai Kemasik, jadi boleh singgah breakfast dulu sebelum pegi Bentong! Alhamdulillah!
TERIMA KASIH KEPADA PEMUDA UMNO! :D finally... hoho!
yang lain2, tunggu esok je la feedback dorang. yang dekat MAIDAM tu, dorang cakap esok dorang akan bagi dana, InsyaAllah.


moral of the story,
kalau korang nak cari penaja, kena cari awal2. Dalam kes kelab aku ni, kiteorang da urge ajk2 cari penaja dari sem lepas, tapi mungkin kerana mereka kurang bijak berdiplomat dalam erti kata lain hanya cakap dan tinggal surat je. Jadi kena start awal. Mesti selalu follow up.(siap pengarah program dan s/u skali turun padang ni, huhu)
Lagi satu, korang kena peka dan tahu saluran yang mana perlu korang rujuk untuk dapat dana atau tajaan ni.
So, baru harini aku tahu yang boleh direct jumpa MB setiap ari Rabu kat Bangunan UMNO tu, dan memang  paling kurang pun YB-YB ni akan bagi RM100. huhu!
Aku rasa tak sia-sia aku ponteng kelas arini, gamble untuk cari penaja, sebab, aku da nampak network orang2 besar, dan dorang punya link. Jadi senang kalau nak mintak tajaan nanti. Serta, aku da tahu prosedur surat dan cara untuk bercakap dengan orang besar untuk mintak sumbangan atau tajaan :)
Its worth it! We're getting close guys! keep it up!  Well, experience is the best teacher.



nota kaki: arini power of the hand memang betul2 mampu stopkan kereta tu time melintas jalan. haahaha! Thanks to our gentlemen! Abis satu bandar KT kiteorang ronda2. pukul 6 lebih baru balik. Esok kena pergi collect dan follow up lagi sebelum bertolak Jumaat nanti. Tapi, aku tak join esok, Mr. Yong amanahkan aku untuk compile data plankton dan benthos untuk fieldwork tu, dan amik attandance student. Anyway, semoga dipermudah oleh Nya.

anything, please do not hesitate to email me at wid_skyline@yahoo.com. InsyaAllah, i'll try to help and guide you guys :)











8 comments:

  1. Ohh hai. Sy pun nak mintak sponsor jgkk. Bole ajar cara2 tak? Sbb tak penah mintak sponsor mana mana pihak b4 ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2, nk mintak sponsor kena ada surat sokongan. Kalsu utk event besar, better buat 2,3 bulan kebih awal.
      Lepas proposal da lulus, baru boleh mintak surat sokonfan untuk cari tajaan.

      Delete
  2. email saya meyamir@ymail.com utk cara/ tulis surat utk MB ni please

    saya pn msalah lebih kurang awak.event bulan 6 ni.kami tak leh bergerak dgn awal sebab surat kelulusan drpd kampus induk keluar sangat lambat.hantar bulan 2, bulan 5 baru dia luluskan.sudahnya sebulan je masa nk cri sponsor. event 16 hari lg! so pleaseeee :'(

    ReplyDelete
  3. pergh baru tahu...kerajaan ade bagi jugak kat student...kalau macam sy student upm tapi anok jati trg..agok2 dia nak bagi dop? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, boleh cuba nasib g mintak, insyaAllah dapat. :D
      tapi kalau nak lagi senang jumpa terus ngan MB time dia ada kat bilik.. haha kadang tu dia boleh bagi cash, nak2 utk aktiviti student ni. :D sporting Abam Id kita. hehe! dok kira bab2 belajar ni ngan anak2 pelajar. =)

      Delete
  4. ada jugak masa diorang jumpa ngn pelajar mcm kita ea...hehe igtkan diorang ni busy memanjang..kalau minta tajaan untuk program kemanusiaan kt negara yang berperang mereka bagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je masa, aritu penah member saya pergi kediaman Abam Id sendiri kat kemaman, duk bincang2 pasal program dia.
      InsyaAllah boleh, asalkan ada outcome yang kena untuk dorang. Mereka nak sesuatu yang nampak hasil dan kesannya.
      Contoh, agensi kurang nak sponsor jika program, just pergi, bagi talk, bagi ceramah, bersukan2, then gotong royong, then balik. Mereka dan ada sesuatu yang kekal.
      Sebagai contoh; kita pergi rumah anak yatim, kita tubuhkan perpustakaan mini, at least hasil tu 'nampak' =)

      Tapi pasal, 'Hari MB berjumpa rakyat' setiap ari rabu tu, tak sure skrg masih ada ke da takda daa... =)

      Delete
  5. Nie email saya tehah18@gmail.com
    Boleh x awak emailkan prosedur surat dan cara nak cari tajaan ni
    Program course pun ada masalah tajaan.
    Boleh ye mintak dkt kerajaan?
    Camne eh?emailkan caranya
    Tq~

    ReplyDelete