Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 20, 2012

Perutusan 1 Syawal

Labu labi sakit hati,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Labu labi segak bersampin,
Mohon maaf zahir & batin. ^_^,

Nah, berkepul2 orang pakat update gambar2 raya. Macam warna muncul kat new feed FB aku. Oren, biru, putih, hijau, merah, hitam, kelabu taik anjing pun ada. Aku tema ungu, korang?
Tak kurang jugak untuk pakwe2 makwe2 sibuk mengepos gambar2 beraya sedondon,
dah sweet sangat lah tu, haha!
Apa yang sangat obvious tahun ni aku usha, ada macam2 gaya, macam2 fesyen BERAYA tapi aku tetap selamba dengan baju kurung dan bawal. haha! aku tak reti nak belit2 putar2 pusing2 tudung tu, nanti kang tercekik mampos je. haha! :D
Tapi tak dinafikan, tudung2 yang gojes dirias nampak sangat ayu, Love it! (tapi aku ni fail bab2 fashion terkini, haha! argh lantak!). Malah, jejaka tampak segak lagi kacak bila bersampin dan bersongkok.
but none of my family members bersampin. huhu!

Apa pun, aku selaku pemilik Oh Lala Land, ingin menyusun 10 jari, memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika ada penulisan aku, waima tingkah laku aku yang menyinggung hati dan sanubari para pembaca serta insan-insan yang mengenali diri ini secara langsung atau tak langsung.
Jadikan kemaafan itu, satu titik permulaan baru, bukan satu pengakhiran, if that so let it be a happy ending. :)


Setulus hati, Salam Lebaran...

Aidilfitri tahun ni, semua keluarga aku cukup korum, tiga beradik semua beraya kat rumah. Cuma, kakak aku yang first demam, jawab dia meringkuk je la dalam bilik. sob sob.
Lagi berseri bila tahun ni, aku dapat DUA kad raya better than last year, xdapat langsung. huhu! :D
dulu masa sekolah, pos2 kad raya ni merupakan trend, tapi tahun ni aku tak sempat nak tulis2 kad raya. huhu.

KAD RAYA, masih relevan digunakan berbanding E-MAIL, SMS, FB, TWITTER atau segala apa media elektronik lagi lah. yang canggih manggih lagi. Pada aku kad raya masih relevan kerana;

- kad raya, korang boleh rasa, pegang dan teliti. Terzahirnya kad raya yang ditulis sendiri.
nampak kesungguhan dan keikhlasan orang yang mengirimkan kad raya tu.

- KESERONOKAN menerima kad raya dari abang posmen, 
tak kan sama dengan menerima email atau sms
(malah kadang2 kita tak sempat pun nak baca sms raya yang forward2 aje)

- Kad raya ada nilai sentimental. The sentimental value that you can feel it.
The memory that you can touch. =)


Perutusan 1 Syawal tahun ini, adalah bertujuan untuk menyeru kita sama2 memaafkan satu sama lain. Malah disamping itu, nikmatilah keamanan yang masih ada di Malaysia. Siapa sangka, Aidilfitri tahun depan tidak seaman hari ini. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang terzahir. Syukur juga ke hadrat ALLAH yang masih memberi peluang dan ruang untuk kita menyambut raya tahun ini, tidak seperti saudara2 kita di Palestin mahupun Burma. Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk semua, InsyaAllah.





p/s: gwa agak sibuk nak update blog. Mulanya banyak kisah pasal kuih raya, duit raya gw nak kongsi, tapi tak sempat nak update. huhu. Apepun, setelah sekian lama gwa tak baca Bumper Raya Ujang, 3 hari sebelum raya, gwa berjaya rembat kat terminal bas. Tapi gwa miss bumper puasa. huhu! BEST! ^^,

RM12.90 huhu rabak poket time nak bayar. 

Salam Lebaran dari aku dan keluarga. =)
kakak aku dah 6bulan sarat. InsyaAllah, at the end of November will celebrating a new family member.
Sadly, my first sister and her family absence. Teruk beliau demam :"(


missing a sister. (should have 4 more, she, her husband and 2 children)

and also, Salam Lebaran maaf zahir dan batin dari Benji & Wid, buat teman2. ^^, Auwww! haha!

*giggling as i look at this photo. :D




happy reading! :)







No comments:

Post a Comment