Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 27, 2012

Aktiviti Malam Raya

biasa malam raya, mesti masing2 sibuk, macam2 benda nak kena buat, semata2 supaya esok raya semuanya indah lagi meriah. Semuanya nak kena sempurna, raya hanya setahun sekali bak kata orang, jadi mestilah nak meriah auww auuww gitu. Biasanya antara aktiviti malam raya ialah....


  • Baju raya yang nak digosok, di try dulu. kadang tu, nak gosok baju pun kena amik turn. awek2 mesti sibuk duk praktis cara2 nak belit tudung, yang si jejaka tak kurang juga sibuk praktis pakai sampin, songkok siap. da puas tayang2 baru la start menggosok.
  • Para mak2, ibu2 mesti sibuk kemas rumah rumah, masak ketupat buat rendang. Mesti kena buat last minute right on time bila pengumuman raya umumkan esok nak raya. Ayah2 plak, mesti da pastikan kereta da tip top untuk beraya, lampu lip lap da meriah terpasang khas untuk malam raya. Kakak2 mesti sibuk isikan kuih raya dalam balang kuih da. Abang2 plak, da siap sedia dengan arang2, ready tunggu arahan nak bakar lemang atau sate. ^^,
  • Bebudak kecik plak, mesti da sibuk cari beg tote, belek mana2 dompet yang boleh diguna pakai untuk isi duit raya. Siap ada target lagi duit raya berapa. Time aku dulu, mesti guna beg silang la, pastu pastikan da aim, rumah sapa yang nak g serang dulu. haha!
  • Malam last puasa, bila da heboh aje esok raya, bermulalah perang festival bunga api. Tak kurang jugak bertanding bunyi meriam buluh dengan mercun2. Antara mercun yang selalu menggoda aku time raya2 dulu, mercun ketupat, bola, katak dengan mercun telur.. pepeperghh! betapa meriahnya esok dah nak raya
  • aktiviti survey2 lampu raya setiap rumah. kecik2 dulu, bebudak mesti berarak je bawak tanglung. tanglung plak tin yang ditebuk pastu letak lilin. ala2 macam lampu suluh gitu. biasa aku suka guna tin Nestum atau tin Milo. lagi seminggu nak raya, tin tanglung da ready made. hehe! tapi budak2 sekarang tak main da menda macam tu. Bila da besar skit, malam raya aku naik moto dengan kakak aku, pastu jadi juri tak bergaji, tengok rumah sapa paling meriah lampu lip lap. Biasanya, rumah Kak Nah yang menang. haha! Meriah kau jah! :D
  • Lagu raya mesti berkumandang tanpa henti, di radio mahupun di televisyen. Masing2 mempunyai lirik yang agak sama, cuma melodi aje berbeza. Malah masing2 sibuk tukar ringtones handphone ke irama raya. Amboii sakan nak raya nih! Takbir raya pun turut berkumandang selang 2,3jam.
  • Memberi dan membalas mesej2 raya. Ada tu, sampai tak sempat nak baca habis pun mesej, kadang tu mesej terlampau panjang sampai *some text missing, tak lekang hp dari tangan. Ada jugak yang main tag aja kat facebook dan twitter. maklumlah, dunia da maju, zaman da berubah.
  • Yang paling seronok sekali, bila aku diminta tolong letakkan duit raya dalam sampul raya. biasanya guna sampul free yang biasa bank2 yang bagi, tak pun sampul free masa shopping raya dulu. Masa kita kecik2, kita yang dapat duit raya, tapi bila da besar, da kerja kita pulak bagi mak ayah, kakak abang duit raya. paling tidak saling memberi hadiah raya. amalan tu tak pernah hilang dari keluarga aku. saling memberi dan menerima. Macm tukar2 hadiah gitu. :)


happy reading! ^^.
peace!



nota kaki: walau apa pun, aku selalu cemburu tengok keluarga orang beraya. meriah sakan. balik kampung jumpa atok nenek. tapi aku langsung tak pernah berpeluang merasa nikmat memeluk cium atok nenek di pagi raya, hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dari kejauhan. Apa pun, jangan tidur di hari raya!





No comments:

Post a Comment