Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Friday, August 3, 2012

Resipi Puding Gula Hangus

Masa sahur tadi, abang ipar aku tepon, nak tinggalkan anak2 dia kat rumah. Maknanya, harini, Jumaat, 3hb Ogos 2012 aku kena babysit anak2 la jawab dia. So, awal2 pagi lagi dia da hantar anak dia, yang lelaki tu darjah 4, yang perempuan tu darjah 6.
Pagi2 lagi budak2 tu request suh aku buat Puding Gula Hangus, sebab baru 2 hari lepas aku cadang nak buat puding. huhu~ Pagi2 buta suh wat puding, memang tak la aku nak buat kan. haha! Jadi, aku pasang cerita kartun SeeFood, pastu aku kemas2 rumah, da settle suma barulah aku mulakan projek :D

Sapa peminat Puding Gula Hangus? Sebenarnya puding ni, senang je nak buat, tak leceh, bahan2 pun memang selalu ada. Biasa kalau aku yang nak makan, aku suh orang yang buatkan. Tapi, kalau aku yang buatkan, aku suka tengok orang yang makan.  ^_^.


1. 10 biji telur.
2. 2 sudu tepung kastard.
3. Satu tin susu air masak.
4. Satu tin susu pekat manis.
5. 2 tudung esen vanila.
6. 2 tudung Pewarna kuning.

So, bahan2 simple. Orang bujang pun boleh buat. Tak rumit pun. huhu!
Campurkan keenam2 bahan ni dalam blender, kemudian kisar je la.


campurkan sekali tepung kastard masa nak kisar tu. Kisar sampai nampak kembang dan gebu. Jangan ada ketul. Kemudian, sediakan loyang untuk kukus bahan ni. Gula mesti dihanguskan dalam loyang. Aku tak reti nak explain, jadi aku tunjukkan gambar aje. hee~


Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam loyang macam Imej 1. Kemudian panaskan gula tu, oleng2 loyang sampai gula hangus tu rata. Tapi jangan sampai gula tu hangit, nanti kang pahit puding korang. hoho! Satu lagi, tak perlu tambah air da, cuma gula sahaja. Akhir sekali, bila gula hangus da rata, masukkan bahan yang dikisarkan tadi ke dalam loyang.

Haa, da siap, cuma tinggal nak kukus aje. Masukkan loyang dalam kukusan. Make sure, air dah panas mendidih. Kukus selama 1 jam 15 minit. Pandai2 la korang tengok, masak ke tak lagi puding tu. Tadi masa aku buat, dekat 1 jam setengah. Nak tahu masak ke tak, cucuk puding dengan lidi. Kalau puding melekat kat lidi, maknanya tak masak lagi la tu.


Imej 3, puding da siap. Bila da masak, rehatkan puding dalam talam, (puding pun nak kena berehat mak aih, hahaahah!) Telengkupkan loyang ke dalam talam, pastu balikkan. Kena buat elok2, karang berterabur puding tu. 4- Puding Gula Hangus siap. ^^, 
See... senang je nak buat, daripada korang beli kat Bazaar tu yang belum tentu sedap ke tak, baik buat je. Tak payah pun, campak2 bahan dalam blender je.Hahaa! kompom menjadi la!

yeahh! puding gula hangus menari2 depan mata. :D
nampak tak, bila telengkupkan air gula tadi tu buat puding nampak moist.

Yeah, lepas je puding ni lepak2 dalam peti sejuk jap, pastu terus aku potong2, masukkan dalam bekas. Adat di bulan Ramadhan, bila orang bagi kita juadah berbuka, takkan kita nak balas dengan bekas kosong, jadi aku balas dengan puding ni. Siap anak buah aku tapau dua bekas wat balik umah dia.

=)

Happy reading dan...
Selamat Mencuba!





nota kaki: Bak kata sugarmummy aku, besar pahalanya memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Pintu Rahmat dan Taubat terbuka luas sepanjang sebulan Ramadhan. Sesungguhnya, 10hari pertama Ramadhan adalah fasa Rahmat, 10hari kedua fasa Keampunan (Maghfirah) dan 10 malam terakhir, yakni malam LailatulQadar, adalah fasa kemerdekaan; pelepasan dari azab neraka.
Puasa kan setahun sekali, jadi kita enjoy! ^^, 



No comments:

Post a Comment