Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, May 16, 2013

Short getaway to Pulau Kapas, Doing CVT

Marine Ecology Trip 2013 in memories.








* CVT - Coral Video Transect

Hi! Salam'Alaykum~
sekarang aku rasa, nak tengok cermin pun tak lalu, sedeyhh pedih kalah mengundi pun  belum hilang lagi, tambah lagi sadis bila tengok cermin, da rasa macam red indian girl plak. haha! :D
Hitam! sunburn! tu baru dua hari pergi Kapas. Sesungguhnya cuaca sekarang sangat2 la panas.
Sebagai mariner, KEEP COOL, and become Bangla. hahha!
Ye la, penat2 jaga muka, tup2, skali pergi kerja lapangan, zaapp! Hitam balik. haha!
kalau setakat hitam je takpe, ni gelupas hidung aku ni haa, dry sangat.

Field trip kali ni, memang santai. Pergi 2 hari satu malam. Cumanya, tak selesa, sebab tido dalam khemah, but no worriees, aku tido dekat pantai dalam sleeping bag. Dr. Z pun tido kat pantai je. haha! baru best! Tapi kalau siang tu, macam buat sauna dalam Khemah. Phew! meleleh2 peluh. Tak sanggup eden nak cite.

Kali ni, budak2 Marine Science gabung dengan Marine Biology. Objektif kerja lapangan ni, untuk
1- Human Impact (include Human interaction)
2- Buat Coral Video Transect (CVT)
3- Beach Safari.

Kiteorang bertolak pagi, dari Jeti Marang, perjalanan bot mengambil masa sekitar dalam 20 minit, tapi kalau speed boat tu, dalam 12 minit boleh sampai. Ada dua buah bot, Disco 1 and Disco 2. (Owh, aku panggil Disco, tapi nama dia bot Discovery UMT 1 & 2. hehe!) So, shuttle la ulang alik punggah peserta. Camp site berada di Kapas Coral Beach Resort. Next to Mak Cik Gemuk Resort. (Eh, baru aku tau MakCik Gemuk tu sangat kaya dan famous noks! haha!)

Bila da siap briefing and unload barang semua, setiap group kena buat human impact. So, ramailah student2 UMT duk berkeliaran, interview orang sana sini, amik gambar human impact/destruction, like rubbish, and also anthropogenic pollution. It is such a shame, bila aku nampak 2,3 orang Mat Salleh duk dive renang2, pastu member dia tiba2 berlari naik ke darat. haa ape korang rasa? Kenapa aku malu? Haa, eh dia tak bogel, dia pakai seluar :P ce teka, ce teka. Yang aku rasa malu, bila nampak jejaka kachak mat salleh tu berlari2 naik ke darat bawak sampah.I repeat. BAWAK SAMPAH. Alaa sampah bekas plastik biji kuaci tu. Paper plastic kuaci tu. Haa yang tu. Sekaligus, membuatkan aku budak2 marine science rasa malu. Orang luar, sedar kepentingan nak jaga pantai kita, tapi boatman dan staff2, selamba hisap rokok, puntung buang dalam laut. Rasa kecik besar kecik besar je tengok dorang time tu. aissh!

Some of the interviews dari pihak resort kat sana, owner Qimi Chalet ada cakap... "Mat salleh, kalau jumpa botol bekas air, diorang kutip, tapi orang kita jumpa botol, jumpa sampah diorang sepak, wat dok tahu. Saya rasa malu." Sebenarnya, inilah taraf pemikiran rakyat Malaysia. Attitude, too little about the environment awareness. Sikap ignorant ataupun tak amik peduli. Aku tak sanggup nak tengok kalau Pantai2 dan pulau kat Terengganu rosak macam apa yang aku lihat kat Pantai Beras Basah, Langkawi. Pulau2 kat sini jauh lebih bersih, lebih cantik dari pulau2 kat Langkawi tu. Aku tak sanggup nak mandi kat Pantai Beras Basah tu, penuh sampah. Apela dorang ni, memperjudikan warisan anak cucu semata2 kerana keuntungan. *sigh.
No wonder, every sem, ade beach clean up dari budak2 UMT. Kesedaran cuba dipupuk. Kadang aku lepak kat pantai, aku kutip jugak sampah2 aku jumpa. Merata dorang ni buang sampah. Sedih.


*tak mandi pantai pun, cuit2 kaki je. haha!
Sebagai budak Marine Science,pas tengok polisterin memutih sepanjang pantai ni
terbantut nawaitu nak mandi pantai. Failed.
(kenapalah pihak2 penganjur tak sepakat nak bersihkan pantai2 ni, haizzz)


Next activity, barulah kiteorang buat objektif utama, CVT. Saat2 yang dinanti pun tiba. phew!
Kusuka! Kusuka! KukukuSukaa! :D heee~
Bayangkan pukul 3 petang kiteorang nak kena buat CVT ni, pastu ikut turn kumpulan. Ahli kumpulan aku 11 orang, tapi 6 orang je buat CVT sebab, yang lain2, takde booties. Masa petang tu, air da surut, jadi kedalaman dalam 1.6m lebih kurang. Sea Urchin plak, berlambak2, bimbang takut terkena sea urchin, jadi better diorang duk kat tepi2 je. Seronok, yang pegang kamera sorang sahaja. Akan ada tape untuk dijadikan transect line, Underwater Camera GoPro digunakan untuk buat video, ikut transect line tu, setiap group kena buat 50meter. buat 20m, pastu rest 5m and sambung balik. Satu transect 100m, and 2 group. 1 group 50m, satu lagi 50m. Ada 10 groups, so, lama jugak la nak kena tunggu turn, group aku plak yang terakhir, penat snorkeling barulah sampai turn. So, video tu kena buat minimun 4 minit, tapi lagi lambat lagi bagos. hahaa! Tapi agak payah untuk first time nak buat, dengan arus kuat, first trial, kiteorang buat less than 3 minutes, jadi repeat balik, nasib bateri kamera cukup2 je (ye la, da kami group last). Aku tunggu dekat transect 75, Ummi tunggu dekat transect 90. So, member aku yang recording tu, ade dua 'badigol' ngan dia. haha! Buddy-go (sebenarnya) akan direct dia, and cuba assist dia record.

Sambil2 tunggu dorang sampai kat checkpoint aku, aku lepak2 dulu, usik2 Giant Clamp, usik Christmas Tree. haha! mesti dorang tension ngan aku. Kerang Gergasi tu aku cuit2 ngan kaki, dia mesti tertutup. Pastu Christmas tree tu, kita pergi dekat skit, dia terus gulp! masuk dalam substrate. (err substrate tu macam, erm macam tapak dia la.. huhhu tak reti nak explain :D )

ni Giant Clamp :D
*gambar ehsan google
Christmas tree. omeyy! ^^,
*gambar ehsan google















Aku ade terjumpa 17 ekor Sea Urchin dalam satu koloni tu. perghh! seriau jugak. Sea Urchin ni kalau dalam air spine dia gile keras la, da la tajam. Tapi once naik ke darat, it is very fragile, korang boleh repih2 ngan jari je spine tu. huhu! Jadi ade orang kena Sea Urchin atau landak laut, kiteorang buat, bawak dia ke darat, pastu ketuk2 kaki yang kena duri landak laut tu ngan kasut, kasi hancur. calcium carbonate je pun tu. Tapi kalau ade alergik dengan landak laut boleh pengsan woo. :D

Nanti, lepas da buat CVT, the video kena process guna CPCE. Yeah i love it! ^_^,

See, banyak kan. huhu! meremang plak tengok. ni antara yang kecik2 je
member aku snap.
Haa, gambar dekat. Omey Landak Laut ni~ da la ada mata ^^,
*gambar ehsan google :D


Sea urchin ni boleh jadi indicator. Bak kata Mr. Yong kalau banyak sea urchin, meaning the water quality rendah kat situ. Indeed.

Last activity, before balik ke darat on Saturday, pagi tu, kiteorang buat Beach Safari. Survey the specimens and snap picture. Tu aje, Pulau Kapas, adalah Marine Park, so, sebarang apa specimen tak boleh bawak balik. Pergh! gila penat panjat tangga jelajah sampai ke bay seberang sana. huhu! Goyang2 kepala lutututtuttt ni haa :P

Memang agak penat la. Sampai rumah petang Sabtu, da mula terasa pengumpulan asid laktik di labu betis, lenguh jangan cite la, dengan panas, backpack phew! Tapi best! =) =) =)


Mariner has no racism. ^_^

bergambar depan Resort Mak Cik Gemuk! :D

ni masa snorkeling petang tu, lepas da settle buat CVT.

bagi ikan makan roti. mereka seolah mengerti. :)
Macam tak caya aku jumpa Qimi Chalet. suke lettew tu Qimi :P

Dengan ahli kumpulan masa duk buat survey.
Ni gambar2 hari Sabtu, kiteorang pergi the other side of the bay. dalam 700m jalan kaki la, yang tak tahan nye, tangga curam gile. pergh! boleeh hilang gigi kalau tersungkur tu. huhu! scary! tanjat gegurl! >.<"


ya Allah, cantik!
kayak. Mariners headed to the sea.

Sorang2 muka da macam udang bakar.
seronok. tak semua orang dapat peluang yang sama. Bila ada peluang, guna sebaiknya. belajar betol2. kekekek! (apa aku membebel ni :P )

ni camera underwater untuk amik gambar benthic organism

 aku tak massuk air time ni, aku da malas nak basahkan badan, da nak balik. Jadi aku buat survey kat rocky shore area je. Tak banyak benthic. aku jumpa sekor je, gastropod. Satu spesis tu je.

sun sun sun!
Selesai. Beach Safari tu aktiviti last kiteorang.

dari kiri, Kapas Beach Resort, campsite kiteorang. Beach Shack, tempat nak sewa alatan & kanan tu Mak Cik Gemuk punyer. :D (ala, ternampak jari la plak. haha!)
sempat jugak la sewa kayak RM15. pergh! Penat buat CVT, terus main kayak. Masa main tu air pasang, arus deras. pergh penat jugak. kalau hari2, boleh naik muscle kat lengan ni. :D



aktiviti masa snorkeling. Manja2 dengan gamat :D hee~
Si ummi ni senget, gentel2 gamat, pastu sapu2 kat muka. haha!


nota kaki: Pulau  ni ada keistimewaan sendiri. Ianya tenang, sunyi tak macam Redang yang sering overpopulation. Pasir macam kapas. Dari segi batu karang, memang agak menduka citakan. Terlalu banyak dead coral. huhu! Apa pun, lets pray, hopefully the climate change doesn't destroy all the coral sooner or later. Oke, Tata~ Camat malam ^^, *off laptop, nak tido, esok nak process video coral pulak.



2 comments:

  1. cantik gmbar 2 wid :) bestnya dapat berenang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2, pergi pulau2 kat terengganu. berbaloi. :)

      Delete