Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 29, 2012

Ustaz Don da kawin!

It is a 'wow' effect for the first time aku tengok diorang berkahwin. ^^,
bukan main suka lagi sugarmummy aku bila dapat tengok gambar Ustaz Don kawin,
katanya, dia lagi suke tengok ustaz Don berserban, hehe!
peliklah la maama aku ni, takkan kawin pun nak pakai serban.. :D

tadi, sedang menggodek2 gambar kawin beliau, aku terjumpa ni,
jadi, sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama. :)



1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


suwit! :D -gambar ehsan google

jarang orang buat acara kawin macam ni,
dan inilah kali pertama aku tengok orang buat.. :)
apa yang elok, kita boleh praktik sekali nanti..^_^
Husna pakai baju kawin yang menutup aurat, sedia untuk solat terus. cool!

solat sunat kawin -gambar ehsan google

a husband and wife -gambar ehsan google


ustaz Don da menamatkan zaman bujangnya 25 Ogos 2012, anda bila lagi?
hahaha! ^_^

happy reading peeps




nota kaki;
ni baru betul2 nota kaki! haha!




Monday, August 27, 2012

Aktiviti Malam Raya

biasa malam raya, mesti masing2 sibuk, macam2 benda nak kena buat, semata2 supaya esok raya semuanya indah lagi meriah. Semuanya nak kena sempurna, raya hanya setahun sekali bak kata orang, jadi mestilah nak meriah auww auuww gitu. Biasanya antara aktiviti malam raya ialah....


  • Baju raya yang nak digosok, di try dulu. kadang tu, nak gosok baju pun kena amik turn. awek2 mesti sibuk duk praktis cara2 nak belit tudung, yang si jejaka tak kurang juga sibuk praktis pakai sampin, songkok siap. da puas tayang2 baru la start menggosok.
  • Para mak2, ibu2 mesti sibuk kemas rumah rumah, masak ketupat buat rendang. Mesti kena buat last minute right on time bila pengumuman raya umumkan esok nak raya. Ayah2 plak, mesti da pastikan kereta da tip top untuk beraya, lampu lip lap da meriah terpasang khas untuk malam raya. Kakak2 mesti sibuk isikan kuih raya dalam balang kuih da. Abang2 plak, da siap sedia dengan arang2, ready tunggu arahan nak bakar lemang atau sate. ^^,
  • Bebudak kecik plak, mesti da sibuk cari beg tote, belek mana2 dompet yang boleh diguna pakai untuk isi duit raya. Siap ada target lagi duit raya berapa. Time aku dulu, mesti guna beg silang la, pastu pastikan da aim, rumah sapa yang nak g serang dulu. haha!
  • Malam last puasa, bila da heboh aje esok raya, bermulalah perang festival bunga api. Tak kurang jugak bertanding bunyi meriam buluh dengan mercun2. Antara mercun yang selalu menggoda aku time raya2 dulu, mercun ketupat, bola, katak dengan mercun telur.. pepeperghh! betapa meriahnya esok dah nak raya
  • aktiviti survey2 lampu raya setiap rumah. kecik2 dulu, bebudak mesti berarak je bawak tanglung. tanglung plak tin yang ditebuk pastu letak lilin. ala2 macam lampu suluh gitu. biasa aku suka guna tin Nestum atau tin Milo. lagi seminggu nak raya, tin tanglung da ready made. hehe! tapi budak2 sekarang tak main da menda macam tu. Bila da besar skit, malam raya aku naik moto dengan kakak aku, pastu jadi juri tak bergaji, tengok rumah sapa paling meriah lampu lip lap. Biasanya, rumah Kak Nah yang menang. haha! Meriah kau jah! :D
  • Lagu raya mesti berkumandang tanpa henti, di radio mahupun di televisyen. Masing2 mempunyai lirik yang agak sama, cuma melodi aje berbeza. Malah masing2 sibuk tukar ringtones handphone ke irama raya. Amboii sakan nak raya nih! Takbir raya pun turut berkumandang selang 2,3jam.
  • Memberi dan membalas mesej2 raya. Ada tu, sampai tak sempat nak baca habis pun mesej, kadang tu mesej terlampau panjang sampai *some text missing, tak lekang hp dari tangan. Ada jugak yang main tag aja kat facebook dan twitter. maklumlah, dunia da maju, zaman da berubah.
  • Yang paling seronok sekali, bila aku diminta tolong letakkan duit raya dalam sampul raya. biasanya guna sampul free yang biasa bank2 yang bagi, tak pun sampul free masa shopping raya dulu. Masa kita kecik2, kita yang dapat duit raya, tapi bila da besar, da kerja kita pulak bagi mak ayah, kakak abang duit raya. paling tidak saling memberi hadiah raya. amalan tu tak pernah hilang dari keluarga aku. saling memberi dan menerima. Macm tukar2 hadiah gitu. :)


happy reading! ^^.
peace!



nota kaki: walau apa pun, aku selalu cemburu tengok keluarga orang beraya. meriah sakan. balik kampung jumpa atok nenek. tapi aku langsung tak pernah berpeluang merasa nikmat memeluk cium atok nenek di pagi raya, hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dari kejauhan. Apa pun, jangan tidur di hari raya!





Sunday, August 26, 2012

Mengantuk Masa Memandu

5 Syawal 1433H.

Aku tidur pukul 5 pagi, gara2 mata terasa terlalu kebal untuk tertutup. Nak2 hidung tersumbat gara2 selsema. Sambil layan facebook, aku layan cite Pontianak Beraya Di Kg. Batu. dari pukul 3 sampai pukul 5. da habis baru aku tidur. Boleh pulak aku gelak sensorang da macam pontianak bila tengok Erra jadi pontianak terbang sana sini dengan Rozita Che Wan. haha! Sudahnya, pukul 5, aku paksa mata tidur jugak.

Selesai solat subuh, aku sambung tidur, pastu bangun pukul 9 pagi. Aku pun tak tahu, penyakit apa yang datang menyerang, tiba2 aku semangat nak pergi beraya umah member2 kat belah2 Bandar Kuala Terengganu. da la hidung dah jadi kilang cendol, bersin 3kali seminit, tidur tak cukup, tapi semangat pulak nak pergi beraya jauh2 which is the journey is about 2 hours. (aku tahu, ni suma gara2 hormon endorfin punya teruja sebab nak pergi beraya umah buah hati. haha!)

Perjalanan nak balik rumah masih jauh, dalam 98km. Tapi mata aku da stim. dengan hidung aktif mengeluarkan cendol tanpa henti tambahan pulak, aku tak cukup tidur. biasa aku selamba je drive jauh. Biasa ulang alik, Temerloh-Paka, Kelantan-Terengganu, tapi kali ni memang aku gila mengantok.

Dulu2, masa naik kereta jalan jauh ataupun balik kampung satu family, kiteorang ada cara nak hilangkan mengantok, biasanya cara Teka Teki paling menjadi, haha! Teka teki mestilah lucu, dan haruslah RELEVAN. (teka teki kakak aku paling bangang! haha).

Kakak: Ada monyet nama Nina, Nini, Ninu. Makan pisang atas pokok. Tiba2, Nina mati tercekik. Nini ngan Ninu tak mati pun. Haa kenapa Nina mati?

macam2 aku ngan paa aku jawab, sebab Nina makan pisang basi la, pisang Nina buruk la. Suma salah, last2 skali jawapan dia. "Sebab Nina tak baca Bismillah....."
haghamm! hahahahah!  time tu mesti keta kecoh, kata teki teki bangang la, tak relevan la, mana ada monyet baca Bismillah.. haha! mengom btol! *hahaaha! gelak tutup mulut
pastu turn aku pulak, Teka teki. (Teki teki aku lagi bangang! hahahaa!) So, bila keta da bising2, takde la mengantok. haha! Serius seronok! ^_^,

Pasang radio ataupun lagu feveret. Masa aku drive tu, nasibla aku bawak pendrive sendiri nak cucuk, alamatnya kalau aku guna pendrive sugarmummy aku, memang dah ke batu 2 la aku gamaknya. (pendrive sugarmum aku penuh lagu P.Ramlee, klasik2 dulu2, ngantok wei!) Sume lagu2 jiwa aku, Pitbull, Usher, Firehouse, Avril..bla.. bla... nak lagi mustajab untuk hilang mengantok, karok dalam keta skali. :D




Aritu, masa aku drive dari Temerloh ke Paka, aku memang gila mengantok, kakak aku kat sebelah siap suruh aku benti tdo lagi, padahal jam baru 11pagi. haha! gila ke ape nak benti tido, karang malam baru sampai rumah tido punyer pasal :P Bila aku da mengantok gile, aku pesan kat kakak aku kat sebelah.
"weh nanti bila da nampak aku mata stim2 macam ngantok tu, jerkah kuat2 eh, tapi jangan buat sekarang"
Selang 5 minit, tiba2 dia juah kat aku. "WOIIIIII!!!" gila punyer kakak, sikit lagi aku nak terbabas terkejut dia jerkah macam tu sekali. Zapp! terus cerah mata aku. haha!
*kalau tak berani, jangan buat. Please considerate about the situation, karang ke longkang t. ahaha!

Selain tu, agak2 kalau korang mengantok, sediakan jajan siap2 dalam keta. Biasa kalau long journey, aku suke belikan kuaci(tapi aku tak suka kuaci, orang lain yang makan), 100plus, pastu coklat bar (biasanya van houten ataupun cadburry). Agak2 kalau mengantok tu kunyah je apa yang ada. haha!

bukan stakat jajan, biskut raya pun boleh! 

Malah, kalau terasa mengantok, cuba minum mineral water, pastu tarik nafas tiga kali, dan cuba lihat sesuatu yang hijau. Refresh skit. Tapi kalau semua langkah2 nak hilang mengantok ni tak menjadi, nampaknya korang memang kena berehat, benti tido 15-20 minit, basuh muka. Tak pun benti je mana2 kedai, pekena nescafe ke apa, borak2, regang2kan otot, pastu baru sambung perjalanan semula. =)
Yang penting selamat sampai, lambat atau cepat lain kira. SELAMAT, tapi kalau selamat ke ambulans, takda makna jugak.

So, this is some stuffs that i would do, whenever aku mengantok. Sudahnya, masa aku drive da sampai Dungun tu, aku suruh member aku jerkah. Nasib baik Noji jerkah sopan sikit, takde la aku nak terbabas. hahaahaa!  Selamat sampai, dan masih mampu menulis entri ini. Apapun, 5 Syawal 1433H tahun ni sungguh bermakna, malah bermula 1 Syawal lagi, sudah menjadi kenangan abadi. auuwww! hahaa!


please, fasten your seat belt. :D hehe!


happy reading! ^_^




nota kaki: i cant bare to see my sisters and parents crying. But, Benji i would like to see you crying... :P





Monday, August 20, 2012

Perutusan 1 Syawal

Labu labi sakit hati,
Selamat hari raya Aidilfitri,
Labu labi segak bersampin,
Mohon maaf zahir & batin. ^_^,

Nah, berkepul2 orang pakat update gambar2 raya. Macam warna muncul kat new feed FB aku. Oren, biru, putih, hijau, merah, hitam, kelabu taik anjing pun ada. Aku tema ungu, korang?
Tak kurang jugak untuk pakwe2 makwe2 sibuk mengepos gambar2 beraya sedondon,
dah sweet sangat lah tu, haha!
Apa yang sangat obvious tahun ni aku usha, ada macam2 gaya, macam2 fesyen BERAYA tapi aku tetap selamba dengan baju kurung dan bawal. haha! aku tak reti nak belit2 putar2 pusing2 tudung tu, nanti kang tercekik mampos je. haha! :D
Tapi tak dinafikan, tudung2 yang gojes dirias nampak sangat ayu, Love it! (tapi aku ni fail bab2 fashion terkini, haha! argh lantak!). Malah, jejaka tampak segak lagi kacak bila bersampin dan bersongkok.
but none of my family members bersampin. huhu!

Apa pun, aku selaku pemilik Oh Lala Land, ingin menyusun 10 jari, memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika ada penulisan aku, waima tingkah laku aku yang menyinggung hati dan sanubari para pembaca serta insan-insan yang mengenali diri ini secara langsung atau tak langsung.
Jadikan kemaafan itu, satu titik permulaan baru, bukan satu pengakhiran, if that so let it be a happy ending. :)


Setulus hati, Salam Lebaran...

Aidilfitri tahun ni, semua keluarga aku cukup korum, tiga beradik semua beraya kat rumah. Cuma, kakak aku yang first demam, jawab dia meringkuk je la dalam bilik. sob sob.
Lagi berseri bila tahun ni, aku dapat DUA kad raya better than last year, xdapat langsung. huhu! :D
dulu masa sekolah, pos2 kad raya ni merupakan trend, tapi tahun ni aku tak sempat nak tulis2 kad raya. huhu.

KAD RAYA, masih relevan digunakan berbanding E-MAIL, SMS, FB, TWITTER atau segala apa media elektronik lagi lah. yang canggih manggih lagi. Pada aku kad raya masih relevan kerana;

- kad raya, korang boleh rasa, pegang dan teliti. Terzahirnya kad raya yang ditulis sendiri.
nampak kesungguhan dan keikhlasan orang yang mengirimkan kad raya tu.

- KESERONOKAN menerima kad raya dari abang posmen, 
tak kan sama dengan menerima email atau sms
(malah kadang2 kita tak sempat pun nak baca sms raya yang forward2 aje)

- Kad raya ada nilai sentimental. The sentimental value that you can feel it.
The memory that you can touch. =)


Perutusan 1 Syawal tahun ini, adalah bertujuan untuk menyeru kita sama2 memaafkan satu sama lain. Malah disamping itu, nikmatilah keamanan yang masih ada di Malaysia. Siapa sangka, Aidilfitri tahun depan tidak seaman hari ini. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang terzahir. Syukur juga ke hadrat ALLAH yang masih memberi peluang dan ruang untuk kita menyambut raya tahun ini, tidak seperti saudara2 kita di Palestin mahupun Burma. Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk semua, InsyaAllah.





p/s: gwa agak sibuk nak update blog. Mulanya banyak kisah pasal kuih raya, duit raya gw nak kongsi, tapi tak sempat nak update. huhu. Apepun, setelah sekian lama gwa tak baca Bumper Raya Ujang, 3 hari sebelum raya, gwa berjaya rembat kat terminal bas. Tapi gwa miss bumper puasa. huhu! BEST! ^^,

RM12.90 huhu rabak poket time nak bayar. 

Salam Lebaran dari aku dan keluarga. =)
kakak aku dah 6bulan sarat. InsyaAllah, at the end of November will celebrating a new family member.
Sadly, my first sister and her family absence. Teruk beliau demam :"(


missing a sister. (should have 4 more, she, her husband and 2 children)

and also, Salam Lebaran maaf zahir dan batin dari Benji & Wid, buat teman2. ^^, Auwww! haha!

*giggling as i look at this photo. :D




happy reading! :)







Thursday, August 16, 2012

Baziir Ramadhan

Pabila Bazaar Ramadhan menjadi bazir Ramadhan.

haip! Assalamualaikum readers :)

phew~ rasanya da lama gila aku tak update blog. Bukan niat dihati nak abaikan blog Oh Lala Land ni, cuma kekangan masa untuk menulis. idea penulisan da ada, cuma hanya mampu bermonolog dalaman seorang diri. tak terluah dek kata-kata. Aish, sepanjang bulan puasa ni, macam2 kerja nak kena uruskan. bulan puasa ni la, nak kejar pahala, nak kemas rumah, nak bersiap untuk beraya segala bagai mak nenek. huhu. sejak tinggal aku sorang je kat rumah tiga bilik ni, aku la yang selalu parents aku harapkan buat itu ini. Sugardaddy suruh tolong dia varnish kerusi, angkut pasir, angkat sofa bla..bla... Sugarmummmy plak, suh aku masak berbuka, buat kuih, lipat kain, kemas rumah, vakum rumah, mop lantai, tukar kusyen. Kakak aku plak, mintak tolong fetch her kids from school. haha! Busy ngalahkan PM! :P

Salah satu perkara yang sentiasa sangat terjadi di bulan Ramadhan ni ialah, pembaziran. Dekat area rumah aku ni, ada TIGA penjual bazaar Ramadhan. so, diorang akan bagi kat jiran2 mana2 kuih2 lauk2 yang lebih menjual tu. rumah aku antara selalu yang dapat makanan free. Jadi, kuih muih, lauk pauk yang dapat tu, kadang2 tak termakan oleh kami tiga beranak, alamatnye ke tong sampah la. nak simpan, lauk tu dah tak boleh tahan lama, membazir kan?

Malah, apa yang aku rasa membazir, ialah, plastik dan polisterin. kadar penggunaan plastik dan polistrin meningkat 5x ganda sempena musim ramadhan tau (Dr. Armand 2012). pergh, memang membazir alam tu! Dulu-dulu ada sorang makcik kat kampus ni, jual nasi lemak. sapa2 yang tak bawak bekas, kena bayar 30sen kalau nak guna polisterin. Jadinya, ramai student yang bawak bekas beli nasi. Bijak!


Bazar Ramadhan. - ehsan Google.

Ada orang nak berjimat cermat sempena puasa ni, tapi lagi poket rabak ada lah! Masa aku pergi Bazar Ramadhan Kerteh, aku tergoda tengok pulut panggang ni atau orang Terengganu panggil Pulut Lepa. Sebijik 80sen! Bapak mahal. Penjual2 kat sini, saja amik kesempatan, sebab the buyer power kat sini rata2 berkerja kat Oil and Gas. Kuasa pembeli tinggi, jadi harga pun meninggi, kalah harga di Keyyel nu. Sudahnya, aku beli la 2 bijik. Tapi langsung tak best, inti seciput je, pulut berkepul2. Tapi disebabkan taknak  membazir, aku makan perabih jugak. huhu! Memikirkan orang2 Somalia yang takde makanan untuk di makan, tapi kita kat Malaysia, makanan siap terbuang lagi.

Aku terfikir, apakah jawapan yang terbaik bila Imam tu hanya menangis pabila ditanya, 'apakah hukum berpuasa bagi orang-orang di Palestin yang tidak ada makanan atau minuman untuk bersahur dan berbuka, sah ke? '

juadah aku berbuka tiga hari lepas, amik lauk je. kalau amik nasi cepat kenyang,
da takleh makan banyak2, da la bayar ikut kepala. huhu! t membazir, hehe!

Aku pun turut terfikir (aish banyak betul aku terfikir, haha! :D ) bila ada sorang Imam muda (takdela muda sangat dia tu.huhu) mengatakan, manusia akhir zaman sekarang, lebih mementingkan bergaya di hari raya, dari bergaya di akhirat, apabila 10 malam terakhir sibuk nak bersiap raya, bukannya sibuk nak mengejar pahala. Bijak jugak kata2 dia tu sehinggakan buat aku terfikir sejenak.

Walau apa pun, cuba kita fikir balik, apa ertinya Ramadhan? Tujuaanya untuk kita mengawal NAFSU, dan turut merasai susah payah dan kelaparan yang dialami oleh orang2 yang tidak bernasib baik. setan, taghut jin dah xde, yang ada cuma nafsu je yang untuk dilawan. 
Berjuang untuk melawan nafsu itu adalah jihad, wallahua'lam. Nak2 yang perempuan, nafsunya ada 9. MasyaAllah, patutlah aku tengok baju raya, subang raya, gelang raya, kuih raya, selendang raya.. macam2 raya la, asek duk menari2 je depan mata. huhu nafsu betul! Aish! Jihad2! :D

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Eh, bukan2! isu DLCW da lepas. ehem! *semula.
Akhir kata, manfaatkan Ramadhan ni, sempena semua pintu neraka tertutup rapat, dan pintu taubat terbuka luas, gunalah sebaiknya. cuba elakkan membazir. Timbang tara semula, itu adalah keperluan ataupun kehendak semata. :) ikut kemampuan ye.

Happy reading! ^^,




p/s: gwa rasa, cara paling best nak perform collect pahala Ramadhan kaw2, adalah beli baju raya pada bulan Syaa'ban, nak lagi selamat, bulan Rejab da standby. Tapi risiko la, risiko takut baju raya tak muat! Haha!
gwa tak berani nak buat, tapi apakata lu orang buat dulu, hehe!


saya pemalu! auww! :D


Sunday, August 5, 2012

Confession No. 3

Here, another confession. -  4th August 2012 (15 Ramadhan)
I'd prefer to confess in my blog because, 
when i see you, i run out the words, to say.
(saya jadi gagap! :P hoho )

currently fit to our situation.

as the car is moving fast,
as the love songs playing in the radio...
as i see you beside me, i can see my future.
as i see you smile, i can see my life with you. you make me alive darling.
building all my hopes with you, make up silly sweet dreams together,
will never can describe how much i love you.
as so you know, we're complement each other.

You're my darling when you love Him more than me.
You're my hero when you love your Mother more than me.
(because i want my son to love me more than his wife too :D )
You're my love when i can rely on you,
and You're my everything when you always remind me to Him.
and the obvious one, you always make me Smile Smile Smile!
^_^

Hey Arjuna Hati,
when we first met, i honestly had no idea that you would be sooo
important in my life!
(sumpah saya tak tahu budak bertopeng hantu kat frenster 4 tahun lepas, yang langsung xda makna, now my boyfriend!)
you have my heart, you got my attention and the chaotic one is
awak buat saya selalu rindukan awak! Lovesick!
and one thing i will never do ; to stop loving you....love you until the end of my life.....



you're my heart, you're my soul,
i'll be holding you forever stay with you together,
you're my heart, you're my soul,
yeah i'm feeling that our love will grow,
you're my heart, you're my soul,
that's the only thing i really know...



secretly, i'm begging to Allah to give me chance to live with you.
thanks sayang, hadir dalam hidup saya.. auwww! :P
ada kenangan antara kau, aku dan 100Plus ^^,
- coretan kata hati, Hikayat Skyline -




nota kaki: ada sebab mengapa senyuman itu sentiasa terukir, dan ada sebab mengapa tulisan ini ditulis.
apa yang boleh aku cakap... bila aku bahagia seumpama ini, apa aku inginkan, kawan2 aku pun dapat miliki kebahagian yang diimpi.


he is my man, and i love him.








Friday, August 3, 2012

Resipi Puding Gula Hangus

Masa sahur tadi, abang ipar aku tepon, nak tinggalkan anak2 dia kat rumah. Maknanya, harini, Jumaat, 3hb Ogos 2012 aku kena babysit anak2 la jawab dia. So, awal2 pagi lagi dia da hantar anak dia, yang lelaki tu darjah 4, yang perempuan tu darjah 6.
Pagi2 lagi budak2 tu request suh aku buat Puding Gula Hangus, sebab baru 2 hari lepas aku cadang nak buat puding. huhu~ Pagi2 buta suh wat puding, memang tak la aku nak buat kan. haha! Jadi, aku pasang cerita kartun SeeFood, pastu aku kemas2 rumah, da settle suma barulah aku mulakan projek :D

Sapa peminat Puding Gula Hangus? Sebenarnya puding ni, senang je nak buat, tak leceh, bahan2 pun memang selalu ada. Biasa kalau aku yang nak makan, aku suh orang yang buatkan. Tapi, kalau aku yang buatkan, aku suka tengok orang yang makan.  ^_^.


1. 10 biji telur.
2. 2 sudu tepung kastard.
3. Satu tin susu air masak.
4. Satu tin susu pekat manis.
5. 2 tudung esen vanila.
6. 2 tudung Pewarna kuning.

So, bahan2 simple. Orang bujang pun boleh buat. Tak rumit pun. huhu!
Campurkan keenam2 bahan ni dalam blender, kemudian kisar je la.


campurkan sekali tepung kastard masa nak kisar tu. Kisar sampai nampak kembang dan gebu. Jangan ada ketul. Kemudian, sediakan loyang untuk kukus bahan ni. Gula mesti dihanguskan dalam loyang. Aku tak reti nak explain, jadi aku tunjukkan gambar aje. hee~


Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam loyang macam Imej 1. Kemudian panaskan gula tu, oleng2 loyang sampai gula hangus tu rata. Tapi jangan sampai gula tu hangit, nanti kang pahit puding korang. hoho! Satu lagi, tak perlu tambah air da, cuma gula sahaja. Akhir sekali, bila gula hangus da rata, masukkan bahan yang dikisarkan tadi ke dalam loyang.

Haa, da siap, cuma tinggal nak kukus aje. Masukkan loyang dalam kukusan. Make sure, air dah panas mendidih. Kukus selama 1 jam 15 minit. Pandai2 la korang tengok, masak ke tak lagi puding tu. Tadi masa aku buat, dekat 1 jam setengah. Nak tahu masak ke tak, cucuk puding dengan lidi. Kalau puding melekat kat lidi, maknanya tak masak lagi la tu.


Imej 3, puding da siap. Bila da masak, rehatkan puding dalam talam, (puding pun nak kena berehat mak aih, hahaahah!) Telengkupkan loyang ke dalam talam, pastu balikkan. Kena buat elok2, karang berterabur puding tu. 4- Puding Gula Hangus siap. ^^, 
See... senang je nak buat, daripada korang beli kat Bazaar tu yang belum tentu sedap ke tak, baik buat je. Tak payah pun, campak2 bahan dalam blender je.Hahaa! kompom menjadi la!

yeahh! puding gula hangus menari2 depan mata. :D
nampak tak, bila telengkupkan air gula tadi tu buat puding nampak moist.

Yeah, lepas je puding ni lepak2 dalam peti sejuk jap, pastu terus aku potong2, masukkan dalam bekas. Adat di bulan Ramadhan, bila orang bagi kita juadah berbuka, takkan kita nak balas dengan bekas kosong, jadi aku balas dengan puding ni. Siap anak buah aku tapau dua bekas wat balik umah dia.

=)

Happy reading dan...
Selamat Mencuba!





nota kaki: Bak kata sugarmummy aku, besar pahalanya memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Pintu Rahmat dan Taubat terbuka luas sepanjang sebulan Ramadhan. Sesungguhnya, 10hari pertama Ramadhan adalah fasa Rahmat, 10hari kedua fasa Keampunan (Maghfirah) dan 10 malam terakhir, yakni malam LailatulQadar, adalah fasa kemerdekaan; pelepasan dari azab neraka.
Puasa kan setahun sekali, jadi kita enjoy! ^^,