Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, February 13, 2014

Dah lama tak berjumpa...

Assalamualaikum!

Haii... betulla rasa lama betul tak jumpa, lama da tak buka dashboard blogger dan update blog.
Busy busy busy busy busy busy! Kadang bila ada idea nak menulis, tup2, ada orang datang nak borak2 la, ada call masuk la, terus terbantut idea. Tapi takpe, that is life kan. =)

14 Febuari 2014 (Jumaat)

-Rumah Oren, 
-Mejalani semester terakhir, hari Ahad ni first day lecture, (seniorrrr :D )
-Thesis writing is in progress, analysis data of anak penyu is calling, (oomaaii)
-Proposal event Save our Sea (SOS) kat Kuala Abang is in progres,
-Proposal Bakti Siswa Anak Yatim kat Batu Rakit da submit untuk 2nd time,
-Tempat Latihan Industri (praktikal) alhamdulillah da dapat, CEMACS USM da tawarkan tempat,
cuma belum bagi feedback lagi, borang feedback kena amik ka fakulti.
-Hedgehog yang hilang aritu da jumpa! Finally! now ada 4 hedgehog. 
Ibu dan anak lelaki with me, Puni & Sweetie stay with Benji
-My epong5 rosak camera shutter, almost a month hantar claim warranty, 
tak tau la bile den dapat, harap2 dapat yang baru tapi tu laa, aku ni sasau skit kalau takda camera, 
nasib ada iPod ngan torchlight kental ni.
-During cuti sem tak pergi keluar Terengganu pun!Cuma beberapa hari lepas finally pergi Kuantan, after 1 year tak pergi Kuantan. Indeed Kuantan soo many changes, compact and sesak, no wonder la banjir. huhu!
-Experimenting a few cakes Red Velvet, Rambo cake (rainbow, hehe) , pavlobalobalobaa, kek pisang blaa.. blaa
-FINALLY, RESULT AKU TAK CEK LAGI!!! (horror emo)
Cuak nak bukak mynemo nak cek result! hahaha  biar la dulu, lets enjoy this Friday first. hehe! *geget kuku


Kebelakangan ni asik terfikir pasal nak kawen je. *eh! haha! dun get me wrong. Aku rasa korang pun akan alami menda yang sama kan kalau korang kat tempat aku. Masa CNY aritu, kenduri kawen sana sini. Pastu timeline facebook aku manjang post gambar kawin. Tu belum cerita story kawen kat blogger ni lagi. 
Orang sekarang pantang cuti skit, kawen lalu! :D hehe! Tambah plak pages photography wedding aku liked, sah2 la update gambar kawin je. huhu! terbuai kenangan mak jemah tengok pelamin gojes2, baju fabulos-fabuloso bagai, veil terletak cantik, ada bridesmaid tersusun je kiri kanan. peerghh! leleh Mak Jemah tengok uoolls! Pastu plak, haritu aku melawat anak member aku. Heyy member aku umur sama baya da ada baby boy kacak sorang, da tu dia plak bawak keluar album2 glossy glass dia. peerghh! lagi aku geget hati duk bina angan nak kawen macam ni, macam ni macam tu.. ye dak? hehe!




nota kaki: Tengok baby, rasa nak ada baby. Tengok orang kawin rasa nak kawin jugak. Tengok orang makan rasa nak makan jugak. Haa, tak caya try la, see how, what your eyes see can influence you.

Kalau gitu, tengok la awek2 menutup aurat sempurna, mesti hati slow2 rasa nak jadi macam tu jugak (tengok Felixia Yeap , Wawa Zainal, Irma, Heliza... blaa blaa Kak Ajis) InsyaAllah, ameen! Lelaki plak, tengok la contoh2 terbaik menjadi ketua keluarga, dengar ceramah2 Ustaz macam Ustaz Don ke, Pencetus Ummah tu ke.InsyaAllah kalau kita ada usaha walaupun sedikit, Allah senang nak bagi rahmat dia. InsyaAllah.

Sampai bila kita nak dalam keadaan statik, jom la sama2 perbaiki diri sediit demi sedikit. Jadikan hari ni molek sikit dari semalam. Kalau semalam Itting jalan jatuh2, harini dia jatuh skali dua je.. *eh! ckap pasal anak sdara plak :P

Oke la, tata!
take care! Toodles! =)


Saalam sayamm dari Mak Jemah. heeh heehh heee!









Wednesday, December 25, 2013

Hijrah Cintaku - Bila sampai seru. Tata 2013

Haa,  ni bukan sampai seru nak kawen ke nak tunang ke hape cik bedah sume.
Sekarang baru aku faham perasaan orang yang da 'sampai seru' untuk berubah.
Pernah aku tanya, kenapa dia tu tak kawen2 lagi, sume da cukup lengkap...
"ala.. dia tak sampai seru lagi la tu..."
artis2 pun selalu guna ayat... "saya akan berubah bila sampai seru nanti...."

Jadi sukalah aku untuk katakan, sampai seru ni macam korang da dapat an-Nur atau hidayah dari Tuhan.
Alhamdulillah. =)

Aku tiba2 ni nak update blog hari ni, selepas lama menyepi.
Balik dari pertandingan bola tampar sukan Jabatan Sains Marin (JSM) wakil kos haritu, aku terus siap2
nak pergi ceramah Hijrah Cintaku by Fatimah Syarha. Dalam kepala aku dapat rasa, aku mesti akan berubah je lepas dengar ceramah ni. Balik dari ceramah, lama aku termenung panjang...
Malam tu buat aku tahajjud, buat solat sunat. Mungkin aku da dapat seru untuk berubah. Aku bertuah sebab Allah da bagi hidayah untuk aku, untuk berubah. Percayalah, bila sampai saatnya, korang dengan rasa rela hati untuk berubah, perasaan tu sukar digambarkan. Korang sendiri akan rasa tuntutan untuk berubah, akan rasa sendiri dalam diri. Pada saat tu, airmata sendiri akan mengalir mengenangkan kesilapan dulu. Dan akan mungkin rasa takut untuk berubah, bimbang tak mampu nak bertahan.

Aku pernah dengar satu cermah ni, sekali Hidayah tu datang, jangan sia2 kan. Sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan buka pintu hati kita. Pegang kata2 tu, aku yakin, Hidayah ni da sampai. Suda sampai seru untuk aku berubah. =) Hidayah tu memang takkan datang bergolek. Betul. Aku percaya, Hidayah tu datang lepas aku pergi dengar ceramah Ustazah Fatimah Syarha. Aku rasa rohani aku da lama kosong dengan pengisian agama, usrah pun aku da lama tinggalkan. Mungkin inilah masanya. Allah da tentukan untuk aku.


Hijrah ini satu tuntutan dalam hidup. Kadang terdetik dalam diri, sampai bila aku nak terus macam ni. Untuk dapat 'seru' tu kena berusaha. Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Lagikan pelacur jika diberi Hidayah oleh Allah, dia akan lebih mulia dari kita. 

Pada yang takut untuk berubah, bimbang tak mampu nak istiqamah, takpa, kita perlahan, yang penting azam untuk berubah sebaik mungkin. Sebab hidup kita di akhir zaman ni hanya sementara. Banyak yang aku dapat sepanjang ceramah Utz. Fatimah Syarha tu, banyak yang terkena batang hidung sendiri. "Bila kita da biasa buat maksiat, keluar berdua.. kita rasa menda tu macam biasa je....tak rasa berdosa.." Memang menda ni padu kat muka aku, hukhukhuk! Keluar dating sesuka hati, tanpa ada tujuan pun, untuk bercanda bersuka ria. hoho! Tapi perlahan2 lah kita berubah. Aku pun sedang cuba untuk berubah. Semoga kita semua mampu mencapai sebaik mungkin sebagai hamba Allah. InsyaAllah.

"Nabi waktu berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pun, baginda bukan keseorangan, baginda bawak pengikut, sahabat2 baginda... Jadi, kita cuba cari teman untuk sama2 berhijrah, kalau takda teman pun, cuba dekatkan diri dengan orang2 baik.... :) " - Utz. Fatimah Syarha.

Inilah Ust. Fatimah Syarha & suami dia ^^. Nak bergambar pun berebut. huhu!
Terima Kasih Ustazah atas ilmu bermanfaaat ini.
May ALLAH shower you both with blessed. Ameen! 

Ada banyak video ceramah ustazah kelahiran Ganu ni kat youtube, boleh dengar. best2 sume :3
Yang ni highly recommended.




Cinta itu fitrah. Cinta Allah, cinta Abadi. Biarlah dia mencintaiMu lebih dari menyayangiku.







nota kaki: lama aku tak menulis di blog. Aku kekangan masa, huhu~ sibuk berprojek tahun akhir bersama penyu, sibuk cari tempat intern, buat darf thesis, berbolok2 dengan final exam lagi. hoho~ ni Bulan terakhir aku bersama anok2 penyu. =) Take care. wish me luck! ^_^





Anak penyu mamma ^_^ olololoo sayam2..  :D
*kikikikikiii


Friday, November 22, 2013

Hujan seolah mengerti

Hari khamis, macam biasalah. Hari Khamis hari untuk buat projek tahun akhir. Dari pagi sampai ke petang, hujan seolah terus terusan memuntahkan isi perut. Air di sekitar kampus da makin naik. Masuk harini, da tiga hari hujan non-stop.

Tapi, hujan tak menghalangkan niat aku dan KakMira nak jumpa Prof Liew. Minggu lepas da jumpa Dr. Juan. Bangak jugak kena bebel pasal proposal. Itu ini, blaa blaaa blaa... Minggu ni plak jumpa Prof Liew. Berbekalkan payung, dengan kasut getah ungu aku tu, aku jalan laju2 meredah hujan pagi ke rumah KakMira. Dalam 3minit sampaila, umah kiteorang kentut pon boleh dengar.

Dari rumah KakMira kiteorang terus berjalan ke fakulti. Jalan kaki. Basah tetap basah walaupun berpayung. Da la sekarang baju kena berjimat. Cuaca macam ni, stok baju selalu suntuk, ye la lambat kering. Huhu! Kiteorang kalau berjumpa mesti tak benti la cakap nye.

Akhirnya, sampai la ke bilik Prof Liew. Aku da cuak2, KakMira ngan aku masing2 pandang2. Tiba2 kehilangan kata2 bila depan Prof Liew. Tiba2 aku terkeluar.
'So?' The awkward moment. Somehow, it blurts from me! Huhu! 
Panjangla boraknya ngan Prof Liew. Like father and daughters. Prof Liew pun tak baca lagi proposal kiteorang, katanya takda mood. Ye la, sapa nak ada mood, dengan situasi macam tu. Kalau aku, mau 3 hari 3 malam jadi cendawan kuyu. *sobsob!

Akhirnya, dua2 orang nangis depan Prof Liew. Sob sob! ='( Aku pegang kata2 dia sampai ke hari....

"Whatever you do, make sure you always make your parents feel that you need them... Same case with me, i have nothing against him, maybe now for me to play with my grandchildren, spend more time with family..travel..."

Pemergian Prof Liew akan digantikan dengan kedatangan 4 orang Professor baru. But, none of them expert in turtles. Prof Liew sarat dengan idea, ilmu dan tiap kali aku jumpa dia, dia mesti ada je solution for my every problems. Aku ngan KakMira ingatkan ni hari terakhir dia, tapi dia akan habiskan sem ni, dan baru berhenti buat selamanya. Dah dua kali contract Prof Liew extend, dan kali ni VC tak nak extend lagi. That is really heartbreaking part. ='( not only for us pur students but also for lecturers.
Prof Liew dan Prof Chan antara yang pertama kisahkan pasal penyu, dan Prof Chan is founder of Chagar Hutang.

Lepas jumpa dia, aku da lega sikit. He opened my eyes, motivate us. And what made me so impress, dia positif. Itulah Prof Liew, orangnya sangat tenang dan penuh dengan idea. Macam2 dia nasihat aku ngan KakMira, sharing his study life, about his projects and the most important thing is, he always positive and calm. Tapi dari mata dia, aku tahu dia sedih. Aku boleh nampak, aku boleh rasa. Saat kiteorang nangis, hujan pun seolah memberi mood yang sama...

Selagi Prof Liew ada disini, aku akan gunakan ilmu dia sehabis baik. Whatever it is, always be positive. Look at the bright side... 




Nota kaki: life must go on. Every cloud has a silver lining. =)


Sunday, November 10, 2013

Proposal Presentation Final Year Project!

Alhamdulillah~
Finally, lepas berhempas pulas buat proposal dengan slide pembentangan proposal, sekarang boleh tarik nafas lega sikit. Agak terlewat aku nak share kat blog, aahh tapi bia r, nak share jugak! Haha

Gila laa cuak masa nak present tu. Masa hari kejadian, kebanyakan budak Marine Science buat pasal fizikal thingiess, jadi buat kat bangunan FMSM tingkat 1, pastu budak2 Marine Biologi, of course la buat pasal Bio punya hal kan, jadi duk tingkat 2. Jadi, tak ramai budak sains marin yang buat pasal Bio2 ni. Jadi duduknya aku membentangkan pasal Penyu di tingkat 2. Pheewww! Memang cuak gila vangangg la. Sampai aku cakap  laju giloooss! Masa pembentangan 7 minit sorang, pastu QnA 5 minit kot, tapi mostly memang lebih la 5 minit. Bukan mostly, semuanya lebih dari 5 minit.

Especially yang aku, masa aku present ada 3 lecturers, Mr. Yong, Dr. Siti ngan Dr Ros. Mr. Yong la banyak kenakan aku. Hahhaa. Bila pikir2 balik, soalan Mr. Yong tu sume aku boleh jawab. Tapi nak wat macam mana, time kat depan tu bila nervous, sume jadi huru hara. Huhu! Bila da lepas present, duk diam2, barulah 'haaa! Padahal jarak penyu ngan kamera tak penting, as long as we got the pattern of the scute!' Hahahaa! Sekarang baru terfikir jawapan yang padu untuk soalan2 yang kena tanya tu. Sob sob!
And, aku ingat aku sorang je rasa macam tu, rupanya geng2 aku yang lain pun sume rasa benda yang sama.

Jadi, kalau korang pun macam tu, don't worry. You are not alone.

Sebenarnya, pembentangan kertas kerja projek tahun akhir ni memang bagus. Korang akan sedar dan tahu mana kurang, mana baik projek korang. Dengar pendapat dari orang lain selain dari spervisor korang sendiri. Proposal  Presentation of Final Year Project is a must, also to make sure, people from others field also can understand what we are doing.

So, to sum up, for those will be going to enroll subject Projek Ilmiah Tahun Akhir ( PITA) korang boleh la slow2 fikir nak buat projek tentang apa. Tak lepas subjek ni, korang tak bergraduat tauu! Huhu!

Aku buat pasal 'Analysis of Scute patterns of hatchlings and their mother of green turtle at chagar Hutang Redang Island.' Tajuk tu mungkin akan berubah banyak kalii sebelum korang berjaya dapatkan tajuk yang betul2 menepati objektif korang.

Biasanya, lecturer boleh detect student yang buat kerja last minute. Dan memang ada yang kandas PITA. Huhu! Jadi, best of luck! 


Photo of the day.
1. Partner in crime - with kak mira
2. Tengok Dr. Ros gile garangg laa, tengah marah2 pasal tulis reference APA format tak betul, intext citation salah.. Blaa blaa! Huhu gila scary lah!
Selebihnya, kita raikan kejayaab kita dengan GCB! Hahha!



Nota kaki: you never know how strong you are... Until being strong is the only choice you have. - Cayla Mills


Monday, October 7, 2013

Bahayanya 'Comfort Zone' 1

Dalam hubungan mesti ada pasang surut kan...

Kadang, bila kita da secure dengan relationship, we tend to be ignorant. Kalau dulu kita lain, benda hal kecil2 kita jaga lagi, tapi sekarang... Kecil2 hal tu, langsung tak penting dimata kita.

Aku amik satu situasi.
Si M bukan nama sebenar cakap, dulu jalan ngan laki dia pegang tangan, tapi sekarang... Laki jalan dulu, dia ngan anak ikut belakang. Memang la benda tu somehow nampak kecik je dimata kita, tapi pada insan yang merasa? Kita tak tahu. Kalau dulu kita pegang tangan dia, takkan sekarang da tak heran nak pegang tangan dia? Come on la, she's giving you a baby. Kalau dulu dia cantik ramping, tapi sekarang dia tak secantik dulu, ye la dia nak kena jaga anak itu ini, ingat senang ke nak beranak? Huhu!

Sampaila M ni cakap kat aku, pastu aku senyap2, forward mesej viber dia kat laki dia. And sekarang aku tengok jalan pun da sama2 semula. Alhamdulillah.. =) Kadang kita lepas pandang, bini memang la jalan pelan2 bawak anak, tapi dia tu nonong je di depan.

Typical man la kan, masa mula2 nak mengorat dulu bukan main lagi itu ini nya.  Pada kita benda kecil2 pun dia prihatin lagi. Tapi bila da go on for a long time in a relationship, bila da stabil, bila da in comfort Zone they didnt really care and concern at the small things. 

Kalau dulu si S dengan pakwe dia selalu berbalas mesej, tapi bila da 1,2 tahun bersama nak text sms 5 keping shari pun payah, senang cerita call je. Mula2, tiap2 hari call 30minit, lama2 15 minit.. Pastu 5minit je. Jadi, kalau ko hilang makwe ko nanti, ko jangan sibuk2 nak gelabah. Ko yang abaikan dia dulu, take for granted. You just giving chance to others to be better than you. 

Ini semua bukan aku saja reka, tapi ni semua kisah kawan2 aku. Aku banyak jadi bahu tempat sahabat teman meluahkan rasa. Kadang bila da lama bersama, keadaan akan jadi suram. Memang orang cakap senang, haa kawin je la cepat2, tapi kita tak tahu masalah dorang. Kalau da rasa  relationship da muram, masam kusam, cuba cari cara nak spice up semula, macam mula2 kenal dulu. Ada banyak cara, cari dalam buku, cari dalam internet. Bersepah2, please give some efforts to save ur relationship! ^_^

Kisah entri aku kali ini, ada dinyanyikan oleh Pink. Hakikatnya jalan cerita cinta macam ni sering berlaku dalam hubungan. Beware with 'Comfort zone'!


Cuba renungkan bait2 lirik lagi Pink ni :3
Pink ft. Nate Ruess

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You still lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean
.............................

Si lelaki tu cakap... 
'I thought that we were fine'...
Sebenarnya, dia langsung tak tahu, yang sikap dia tu sendiri membunuh hubungan mereka. Please, dont be ignorant, dont take someone for granted after giving big effort to win her/his heart.

Sekian,
Happy reading... =)




Nota kaki: hey Benji, i miss the old us, the way we used to be. Sending silly remix techno song, ET, wiggle2 yeah.. Blaa blaa... And yet, i miss the crazy code we used to play around. But now, it is really hard for me to get a damn reply comment from you. Even mentioning ur name, you wont come up. Anyway, the old Benji always win my heart. He is the reason why i put him in my heart. But seems now, i lost my Benji. I've seen Dody and his partner, i've seen Zatil situation. Indeed, you already know how is Dody and the rest... Em im sad for ur lost Benji. Perhaps we should take a break. Farewell.