Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, March 13, 2013

Kelas Datin.

Tengok tajuk da boleh teka ape kisah entri aku kali ni..
Sem 4, aku amik elektif subjek "teeetttt" (terpaksa dirahsiakan)...
Nekad sungguh, amik subjek Datin tu sebagai elektif. Mula2, ada dalam 20 orang lebih budak Samudera yang enroll subjek tu, last2 tinggal 7 orang sahaja, aku ulang, 7 orang sahaja, skali lagi. TUJUH ORANG SAHAJA. perghh! da la aku sorang je melayu, yang lain chinese, but it doesn't matter with me at all.

Rata2, drop subjek tu sebab tak tahan dengan Datin. Budak2 Nautikal wajib amik subjek tu, jadi Datin ni memang lebihkan  budak Nautikal la. Kuliah pertama lagi dia da cakap...
"yang mana amik elektif tu, lagi sikit lagi bagus... so i dont care if you all nak drop subjek ni..bla..bla.."

it is getting worse bila aku kena jadi class represent for marine science! Dia akan cakap English je during lecture, di mana, banyakkkkk gilerr grammatical error. tapi its okay, its okay.
Mula2, aku jadi class rep tu, dia cakap, "you both girls, you kena datang office i, ambil file ni. Meaning you guys kena datang earlier than others la... for every class" aku da macam. "whattt!!!" *dalam hati

Argh! kenapa la aku sanggup jadi class rep, ni sume gara2 terpujuk dengan member aku, dia nak drop subjek ni, jadi dia suh aku take over this 'job'. Aku ingatkan Datin ni oke2 je, tapi memang aku cari bala sendiri la jadi pak sanggup sangat kan~ aishh! Semua kelas dia yang dekat tingkat 3,4 atau 5. dia suruh class rep ubah, dia cakap dia taknak panjat tangga, pergh cayalah Datin. aku suh class rep Nautikal tu yang handle. Pastu masuk dalam lecture room, semua tanggal kasut, but she didn't. Even Captain Zainal pun tak pakai kasut, tapi Datin ni, selamba je pakai kasut. =.="
Satu malam tu, aku gila terkejut, nak cucuk pendrive pun dia suh aku cucukkan. Gila! Dia langsung taknak tunduk nak cucuk pendrive tu. pergh! pastu nak masukkan CD pun dia suh budak lelaki Nautikal tu yang masukkan, pastu mainkan CD, di mana dia hanya duk depan just bagi lecture.
Aaah, memang gaya Datin sangat! auww! i loiikkee Datin.

Aku tak tahu la, kenapa aku nekad sangat enroll subjek ni. Tapi somehow, aku suka Datin ni. =)
Dia baik sebenarnya. Dia selalu buat kelas ganti, kadang tu dari 5.30-7.30malam dia buat kelas. Kalau hujan, dia terus kensel kelas. Punyerlah payah aku nak ke kelas time hujan, smpai2, kelas kensel. aku tak tahu pun! sobsob! Tapi tu la, aku rasa subjek ni ada masa depan. Sebab tu aku amik subjek ni.

Semoga dipermudahkan untuk subjek ni. Hope i can cope with Datin during this sem. phew!


nota kaki: jadi class rep dia, serupa macam jadi pembantu peribadi dia.

No comments:

Post a Comment