Sahabat, rakan, kawan, teman semua mempunyai istilah yang berbeza. Sementara menunggu isyak, aku on laptop, tangan laju buka tab blogger dashboard. Aku rasa, aku perlu menulis.
Selama ini, aku lah paling hebat nasihatkan orang itu ini, tapi bila kena batang hidung sendiri, aku tak ketahuan, tak tahu nak buat macam mana, nak selesaikan macam mana lagi. Bulan 3 la aku rasa paling teruk, dan akan aku pastikan berakhirnya bulan ini, wujudla semangat baru untuk sem 4 ni. EnshaAllah =)
Aku rindu, nak borak,nak cakap macam dulu2. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan, bila tiap kali, asek aku yang mula dulu, beria cerita itu ini. Banyak benda aku nak cerita kat dia, pasal aku pergi jumpa Doktor Razak siang tadi, bincang pasal fyp, pasal aku taknak pair ngan coursemate aku yang tu, pasal aku kluar pergi TTC, pasal gambar Itting da boleh meniarap, semuanya kita biasa borak2, tapi sekarang, aku rasa freaking awkward to talk. :"(
Kisahnya, bermula gara2 Tweet. Kadang sosial network ni bahaya jugak, boleh jadi miscommunication and misunderstand. Kadang, orang baca tweet atau status dengan nada/itonasi yang lain sampai orang boleh terasa. Padahal kita just to say. Tweet ni, macam kata hati. Hanya ALLAH je mampu baca isi hati kita, tapi once dah tweet, so orang tahu la. Penting untuk kita simpan isi hati. Sekotor, sejahat, sedengki, sesakit atau sebaik mana pun hati kita, biarlah jadi rahsia je. Tapi bila da tend to tweet, da jadi macam 'mengumpat atau memarah' dalam hati tu, tau dek orang.
Aku pernah tweet, aku nak marahkan pakcik cleaner, skali member aku plak yang terasa. haha! :D
Teruk betol mood swing aku bulan ni. Kadang, aku duk saja2 pun tiba2 air mata boleh mengalir. Pagi2, masa nak mandi, tiba2 aku rasa kosong, rasa useless. Nak2, ditambah ada krisis ngan member aku. Biasanya, aku ngan dia akan pillow talk sebelum tidur, updating each other. gelak2, dia cite pasal kisah sharian dia, aku plak cerita pasal kisah sharian aku, tapi ni da nak masuk 3 hari, Jumaat-Sabtu-Ahad. aku dah rasa macam 3 tahun. :"( i miss you... (ya allah, cepat la baikkan hubungan kami ni). Mungkin aku mood swing, think seriously what she said on twitter, jadinya aku nak makan hati plak, eii payah betol jadi pompuan, cepat btol terasa. huhu!
Tiba2, aku rasa, mata aku da macam panas je menaip entri ni. Roller coaster of emotion. Aku shopping, aku beli je apa semua aku nampak, aku makan je benda aku tak berapa nak pun, aku makan je, aish. tak paham betol ngan simptom kali ni. huhu! Aku homesick, nangis2 call sugarmummy, cakap nak balik. Maa boleh plak gelak. huk3~ teresak2 nangis kat dapur peluk Patrick (time tu dia takde, g jlan2 ngan kawan dia) on phone ngan kawan aku huhu! aku badmood ngan pakwe aku, nak taknak je layan dia, gara2 ade krisis kat rumah. aku selalu fikir...
"Good life starts from home..."
sebab tu aku selalu pentingkan dan rapat ngan housemate, roomates rather than coursemate. huhu!
Apa pun, aku nak cakap... aku rindu, aku harap kita oke2 je, krisis ni tak berpanjangan... ="( i miss you "Njai".
"Sahabat sejati takkan pernah berubah hati walaupun musim sering berubah,",
(Hoore! Hoore!, 2012)
ayat ni sangat bermakna pada mula2 lagi aku dengar. :)
okelah, till then.
Toodles..
Happy reading
Pakcik jual lokcing! |
lagi, petang tadi masa nak pergi amik motor Kak Maa kat bengkel, aku nampak aiskrim, terus aku mintak2 Kak Maa belikan dulu, padahal aku tak bawak duit, dan, padahal aku bukan nak makan sangat pun. Tapi, tah! Cuba mencari serotonin sendiri, untuk menceriakan hari2 yang kusam. huhu!
mengelat, ni bukan aiskrim colek, tapi aiskrim potong je. hoho! eskrim potong pon boleh =) |
da la, Isyak da masuk, take care peeps!
*big hug ^^,
nota kaki: saaat2 macam ni, terasa diri sangat2 la useless. sobsob. tak tahulah kenapa. Jom la Pipi, pasni mama mandikan kamu. :-*
Pipi, baby hedgie girl growing big day by day! ^^ like her momma! |
No comments:
Post a Comment