Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan datang lagi, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan tahun ni. Masuk je bulan barakah ni berduyun2 pakwe2 post tentang kemuliaan Ramadhan, siap tukar profile picture ke bersongkok, berbaju melayu (yang tahun lepas mungkin,, hehe!),gambar orang bersujud, berdoa tadah tangan, gambar solat terawih, malah tak kurang jugak makwe2 yang da mula post2 pasal kuih raya, tudung raya, jubah raya, apa2 yang raya je la *keh keh keh! Ada yang siap tukar profile picture berbaju kurung, bertudung ayu sopan lagi, auww! *i suke yu! Bagus2, ramai yang meraikan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ni.
Aku selaku pemilik blog Oh Lala Land, serta jari jemari yang menaip ni *ktak! ktak! kepak jari.
ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni, lebih bermakna buat kita. Harapnya, terhasillah sedikit anjakan paradigma kita dalam beribadah. Puasa ni, adalah satu cara untuk mengawal nafsu. Walaupun setan dan iblis diikat ditambat tapi kita tak lepas dari hawa nafsu sendiri. Adapun berpuasa, dapatlah mendisiplinkan diri sendiri dan diet mustajab untuk perut.
Sempena bulan ni, apakata kita reset semula niat2 kita, betulkan semula apa yang tak betul, tambahkan sikit apa2 yang kurang, kurangkan sikit apa yang da terlebih, dan jadikan bulan ni, satu temasya untuk korang "collect" pahala. ^_^
Mana yang sihat, saja2 wat sakit perut gastrik tak semena, siap kau kalau aku tahu! aku penyet2 kepala kau macam ayam tandoori penyet tu tau! Alasan lupa nak niat, tak terjaga nak sahur tu, haa jangan nak tunjuk sangatlah kekurangan kepandaian tu, niat untuk sebulan terus, da tu, time berbuka makan spare untuk sahur siap kalau agak2 ko tu tido mati liat nak sahur. ni nak marah ni, nak marah ni *genggam buku lali. Yang Melayu jangan tiba2 tukar bangsa jadi warga Nepal ke, Myanmar ke pastu sebat makan nasi celah kelapa sawit, karang ada yang naik van jenazah. haha!
Nah tengok video ni...
Nah tengok video ni...
nota kaki: awal2 Ramadhan ni, ramai lagi orang terawih, tunggulah da akhir2 bulan nanti.. uhuhuhu
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa :D
ReplyDelete