Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, July 1, 2012

Bertudung VS Lepaskan Rambut.

Assalamualaikum.... Salam Sayam.. ^^,

Bertudung vs Freehair dalam erti kata lain, tak bertudung la kan. :D sedar atau tak, masyarakat cukup prejudis dengan dua golongan ini. Tak faham maksud prejudis? ceit, tanya encik google la. Malah, bukan stakat prejudis, juga mencetuskan diskriminasi.

kawan aku yang freehair ada cakap, masa dia mula2 sampai Terengganu, makcik2 pakcik2 tengok dia macam tak pernah tengok orang. like, 'hey, got prob?' and even, mostly penduduk pantai timur ni, tend to pandang serong for those yang free hair. senang citer, contoh kata kalau ada dua orang gadis untuk diambil bekerja, sorang lagi bertudung tapi pakai pakaian sendat2, make up tebal2, manakala yang freehair ni, hanya tak bertudung, tapi pakaian longgar dan simpla saja, mesti yang bertudung tu terpilih :)

Contoh situasi prejudis,
Awek Bertudung: "Bukan payah pun nak bertudung, huh! panas lah sangat.. api neraka lagi panas la. Dah la macam2 fesyen sekarang ni tudung, dengan nak tak nak je pakai tu. nak tayang sangat rambut karat 24 tu. huh!"

Awek Freehair: 'Ni yang pakai2 tudung, bukan baik pun. Elleh, yang duk wat projek tepi pantai2 tu hak yang pakai tudung jugak, pakai tudung tapi pegang2 tangan, naik moto rapat2. Pakai tudung, tapi pakai legging, apecer? Baik tak payah pakai langsung!'

So, mostly senario macam tu la yang selalu terjadi. lets make it clear, bertudung ni "adat orang Melayu" orang Melayu, mereka bertudung bukan menutup aurat. Tapi apabila Islam dan adat Melayu bergabung, kita bertudung untuk menutup aurat.

as long as you cover your aurat, not just only cover your HAIR!


aku jumpa ramai gadis yang sopan, tapi tak bertudung. malah pada aku mereka lebih BERMORAL dan sopan dari kawan2 aku yang bertudung. malah, kalau aku lelaki pun, aku akan pilih mereka buat awek dari amik yang bertudung tapi tak tertutup tu, hoho! aku teringat kata2 seorang ustaz, manusia ni sama saja disisi ALLAH, apa yang membezakan mereka adalah iman dan juga amal soleh masing-masing. Menyedari hakikat tu, aku rasa, kita langsung tak layak nak judge seseorang dari segi zahiriah semata. walaupun dia tak bertudung, tapi mana tahu dia lebih baik dari apa yang kita sangkakan. STOP DISCRIMINATING people!

ehsan pungutan dari encik Google


kalau aku lelaki , awek cun yang terpilih ialah nombor 4 & 1. awek nombor 3 & 4 saalah style mungkin.
serta gadis seperti dibawah ini, keh keh keh :D 
bak kata orang, kalau nak bertudung tu biar la betul2 

aurat bukan sekadar bertudung. :)
cuma pada pendapat aku, bila kita dah bertudung, kita perlu sedar batas2 yang perlu dijaga sebagai kita membawa imej yang bertudung. Sebab tu bila gadis bertudung buat maksiat ianya lebih ketara. Manakala gadis tak bertudung, yes memang orang takkan mengata kalau kita pegang tangan, bergaul bebas memandangkan kita tak bertudung, tapi batas2 sebagai perempuan pun perlu dijaga, biarlah senantiasa kekal sopan gitu, sentiasa lah berubah ke arah kebaikan. Dan ingatlah yang Hidayah tu perlu dicari, bukan datang bergolek. Jadi, jangan jadikan alasan 'ala.. aku tak sampai seru lagi la nak pakai tudung, tak dapat Hidayah lagi..' there's no such thing! lagikan jodoh perlu dicari, apatah Hidayah dari Dia :)

happy reading! ^^,


nota kaki: tiada apa yang didiskriminasikan. when you judge others, remember that people judge you too based on what you have judged. aku bukanlah orang yang baik2 malah puaka laginya :D , tapi aku suka berkongsi kebaikan, for our own sake too.. peace!(doakan aku pun bleh jadi macam awek kat atas tu! auww! )





3 comments:

  1. awek tudung biru tu..gojes!!

    ReplyDelete
  2. perrrgghhh!!awek tudung biru tu..wow!!

    tp kan kalo bab2 tudung ni..xbrani nk komen..pape pon cari yg menutup aurat..pilihan ditangan saya!!!!
    rmai yg bertudung kerana da bese dan berfesyen..berfesyen xsalah.cme bia ikot batas2 die..tp rmai yg slah..haha

    kalo bab yg xbetudung plak..mmg terang2 da slh jgk..even baik skalipon..syariat da tetapkan ppuan kene tutup aurat dan salah satunya rambut..kn..kn..

    pape pon..esk wa ejas itu awek tudung biru..pheeewittt!!!auwww~~

    ReplyDelete
  3. Setuju2 :) kalau bab2 nak cari pilihan hati, semua nak yang tip top.
    entri ni cuma nak cakap pasal diskriminasi dan prejudis, serta kesalahan wanita sekarang bertudung, based on my experience. sebab TERKADANG, yang tertutup tak semestinya terlindung.

    Syariat ALLAh juga menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya bertudung sekadar menutup rambut. kalau bertudung, tapi fesyen macam gambaran2 kat atass tu, terang2 da salah jugak even baik skalipon rambut tertutup.

    aiyark! awek tudung biru macam tu,boleh didaapati di majlis2 agama, keh keh keh :P

    ReplyDelete