Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, July 31, 2012

Kata Dia





nota kaki: someone said this to me. thanks for everything dear.



Monday, July 23, 2012

Perutusan Ramadhan 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan datang lagi, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan tahun ni. Masuk je bulan barakah ni berduyun2 pakwe2 post tentang kemuliaan Ramadhan, siap tukar profile picture ke bersongkok, berbaju melayu (yang tahun lepas mungkin,, hehe!),gambar orang bersujud, berdoa tadah tangan, gambar solat terawih, malah tak kurang jugak makwe2 yang da mula post2 pasal kuih raya, tudung raya, jubah raya, apa2 yang raya je la *keh keh keh! Ada yang siap tukar profile picture berbaju kurung, bertudung ayu sopan lagi, auww! *i suke yu! Bagus2, ramai yang meraikan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ni.

Aku selaku pemilik blog Oh Lala Land, serta jari jemari yang menaip ni *ktak! ktak! kepak jari.
ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni, lebih bermakna buat kita. Harapnya, terhasillah sedikit anjakan paradigma kita dalam beribadah. Puasa ni, adalah satu cara untuk mengawal nafsu. Walaupun setan dan iblis diikat ditambat tapi kita tak lepas dari hawa nafsu sendiri. Adapun berpuasa, dapatlah mendisiplinkan diri sendiri dan diet mustajab untuk perut.

Sempena bulan ni, apakata kita reset semula niat2 kita, betulkan semula apa yang tak betul, tambahkan sikit apa2 yang kurang, kurangkan sikit apa yang da terlebih, dan jadikan bulan ni, satu temasya untuk korang "collect" pahala. ^_^


Mana yang sihat, saja2 wat sakit perut gastrik tak semena, siap kau kalau aku tahu! aku penyet2 kepala kau macam ayam tandoori penyet tu tau! Alasan lupa nak niat, tak terjaga nak sahur tu, haa jangan nak tunjuk sangatlah kekurangan kepandaian tu, niat untuk sebulan terus, da tu, time berbuka makan spare untuk sahur siap kalau agak2 ko tu tido mati liat nak sahur. ni nak marah ni, nak marah ni *genggam buku lali. Yang Melayu jangan tiba2 tukar bangsa jadi warga Nepal ke, Myanmar ke pastu sebat makan nasi celah kelapa sawit, karang ada yang naik van jenazah. haha!

Nah tengok video ni...



Oke sekian, Ihya Ramadhan. Wassalam...~ :D

nota kaki: awal2 Ramadhan ni, ramai lagi orang terawih, tunggulah da akhir2 bulan nanti.. uhuhuhu

Friday, July 20, 2012

Dugaan Sebelum Ramadhan.

Orang kata, dugaan atau musibah tu satu ujian.
Aku ada terbaca status sorang kawan aku; setiap musibah yang terjadi adalah kafarah dosa. Makna kata,
musibah atau kesusahan yang menimpa tu, akan menebuas dosa-dosa kita. Kawan usrah aku ada cakap, ingatlah, bila kita ditimpa kesusahan, ianya adalah balasan daripada dosa-dosa kita yang lalu. Maknannya, Tuhan bayar cash terus kat dunia. huhu~

7th July ago, rumah cousin aku kena pecah masuk. Cash, 3 handphones, 1 readboy hilang. Habis tingkap kena kopak. nasib la pintu bilik kena kunci, silap haribulan ngan cousin2 aku kena rompak skali, hoho! :D

and, another accident happened on 15th July, my car crashed with Hilux kat Sungai Soi, Pekan. duit mngalir lagi, huhu! Alhamdulillah kereta je teruk, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

and the latest one, the heartbreaker one, semalam, tangan Arbok (what i used to call my lil cousin) patah! tengah2 aku syok men masak2 kat dapur (hehe), tup2 dapat call dari mak sdara aku, bagitau tangan Amni a.k.a Arbok patah. jatuh masa main kat playground. katanya dia terjatuh tangga masa main2 ngan kawan dia. aish! terkoci2 aku ngan family bergegas pergi klinik. Sampai je klinik, tak sempat nak kata apa, mak sdara aku suh aku dukung bawak Arbok masuk ambulans. So, that was the first time aku naik ambulans, hee~

yeah, in the ambulance. shaky.
mak aih, ambulans tu laju giler. perjalanan yang sepatutnya 35minit, tapi jadi 15minit je. hehe! rasa macam best je, boleh langgar trafik light, pastu sume kita bagi laluan, SMOOOOOTH je perjalanan, ekekeke! :D
So, naik ambulans sampai Hospital Dungun, lepas xray, tangan Arbok dislocate and fractured. both tulang radius-ulna. nak tak nak, kena hantar pergi Hospital Besar Kuala Terengganu gak, sebab kat Dungun takde Ortho.
scary kan, tengok tangan dia. masa ni dia tak benti2 menangis. once balutan da terbuka, dia da start
rasa sakit. masa MA, tarik tangan dia (auch!) nak betulkan, lagilah dia meraung. :"( poor my girl
dia jatuh pukul 2:50PM hari Khamis, and pagi Jumaat, tangan dia da kena simen. Alhamdulillah all is well, tapi kesian tengok dia. Aku antara orang paling raapt ngan dia, and ehem! I'm the only one can call her Arbok. Royalty! Hahaha! So, bila aku tengok dia duk nangis merengek je, ngan aku2 skali terasa tacim terus. huhu!


owh, this one masa kat Hospital Dungun. sob sob


yeahh! Super Kid, hehe!

malam Jumaat tu, aku terus rush pergi HSNZ.

right after arrived kat HSNZ at 10:00PM
So, pagi Jumat tadi, lepas xray terus simen. pastu terus beliau tertido. huhu.


tangan bersimen, :D


masa dia dah bangun. huhu! Her thumb is swollen! huhu!
yeah! finally my sweetheart revived! hehe! bila dia da da sedar. apalagi. mulut bertih jagung dah start. huhu!
hehehe, lucu bila dia ckp "tahun ni boleh main bunga api sebelah tangan je la.." hahaha! budak bertuah sungguh!

yeah! Kimi, Icha & Arbok. dia bosan duk atas bed manjang  (baru sehari da bosan, buas!)

semoga budak tecik ni cepat2 baik. kecik2 da patah tangan. macam mana la tangan terlipat masa jatuh tu agaknya. aish!


nota  kaki: every one things happened, there's must a lesson lies behind. :) 



Tuesday, July 17, 2012

Love Story - Part 1

hey Benji...
my love towards you is endless,
boundless and will never fade. InsyaAllah

since i was tooo slow in expressing my feeling towards you :D
(yeah, sokmo2 awak je yang mulakan dulu)
so i'll writing what i'm feeling towards you,
and express it through this way
due to i'm unable to speak properly in front of you, haha! :P


you know what...



and...we always laugh together...



you are..



you're always there for me...
(Thanks sayang!)



i don't even know you always like this... 



and i was also like this,
same as you... 



i never know you will be..... so important.



and we're finally being US





dearest Benji, i do love you more than you will ever know
and i hope this love will not fade untill jannah



nota kaki: saya sayang awak sangat, hehe  ♥  
terima kasih untuk segalanya.
#Credit to HJStory for these adorable animation.

Saturday, July 14, 2012

Kerja Lapangan Sains Samudera @ Pulau Bidong

Assalamualaikum~
Salam sayam...
haii, rasanya lama da aku tak update blog, and someone asked me to update. hoho!
entri da ada, tapi aku tak publish2 juga, hehe!

Bermula 25 Jun ~ 13 Julai, aku ada Kerja Lapangan MMB 3000 a.k.a Field Work, which is, subjek ni aku
amik untuk sem 3, subjek wajib, kalau gagal kena repeat! hoho! lepas pergi site, kena analisis sample, interpreting data, buat presentation (the creepy part!) and finally buat report.
first week, kiteorang buat kerja makmal, planning for sampling, pastu lagi seminggu stay kat Pulau Bidong!

Hari Pertama @Bidong 8Jun
Group aku buat PhyRES (Physical & Remote Sensing).
got to handle instruments, mostly instrument2 ni dalam 10K above, huhu! kalau Hydrolab Datasonde Multiparameter tu harga dia about 85K, peperghh! rasa macam campak kerete VIOS je ke laut. huhu.
Datasonde Multiparameter mengalami kerosakan on the sampling day, so replace guna Quanta still the same function as well, boleh measure salinity(kemasinan), pH, suhu, depth, water conductivity, DO and turbidity.
ada a few instruments nak kena handle. yang paling tak tahan, kiteorang sampling dari pukul 2 petang sampai 6 petang. group aku ada 14 orang, hanya 5 orang je tak mabuk laut, kekeke! (aku mabuk laut jugak weh, mana tak mabuk kalau kapal da benti 2,3 jam, terumbang ambing, maunye bagi ikan makan muntah, haha!)

Niskin Water Sampler - untuk ambik sampel air.

she's seasick! huhu

Valerport Current Meter - to measure water current

trying hard to record dalam keadaan panas + mabuk gaban. hahaha!

the same day, terus analyse water sample collected. ada 3 station , every station ada 3 botol
water sample. tiring! phewww!

Hari Kedua @Bidong 9Jun
BioGeoChemistry. this part quite challenging jugak. this part is summarising all 3 subjects practical, Biology Oceanography, Geology Oceanography, and Chemistry Oceanography. collecting sediments for heavy metal study, benthos organisms and preserve the benthos. most instrument yang digunakan hari ni, sume berat Bongo Net need to tow, Smith McLyntyre lowered using gear, towing Sledge using gear.
Sledge bersama hasil tangkapan.! hoho! you can see Patrick Star over there :D

the orange one is Smith and sieves + solution to preserve.

MABUK LAUT! ahahaa

Kitahara Net is doing Biology Oceanography by collecting the phytoplankton

Smith Mclyntyre.

Bot sebelah tengah buat PhyRES. exchange, :D


towing time! *mohon jangan muntah atau berak. hoho




Hari Ketiga @Bidong 10Jun
Snorkel + Manta Tow. Snorkel untuk observe coral dan buat coral mapping using quadrat2 yang da dibuat. apa yang aku boleh kata, part ni memang exciting! siang tu kiteorang snorkeling pastu malam tu kiteorang candat sotong :D owh ya, Manta Tow kind of, macam alternative way to observe coral, the fast way indeed. korang hanya pegang board and bot akan tunda korang.. EXCITING!

Quadrat at 30M 

Quadrat at 20M

yeay! Ikan Nemo ni aku jumpa dua ekor je kat bidong. beliau
hanya berkeliaran dekat2 soft coral je.

this is slug. huhuu dare to touch?

MANTA TOWING TIME
yeahhh!!

SQUID JIGGING time!!

squidwardd jogging on the floor :P

Hari Keempat @Redang 11Jun
hari keempat, kumpulan aku da bergerak pergi ke Chagar Hutang kat Pulau Redang. Chagar Hutang is turtle sanctuary belong to UMT to protect the turtle nests, and arrange their hatchlings time. :)
so by the time group aku stay kat Chagar Hutang, the night we stay up, ada 8 ekor punyu mendarat. 5 ekor bertelur, and another 3 just body fitting. fyi, hanya pernyu betina aje yang mendarat, dan penyu jantan takkan pernah naik ke darat da. mereka mendarat pun untuk bertelur. Penyu bertelur dimana tempat dia menetas dulu (tempat lahir). kat Chagar Hutang ada 2 spesis je yang datang, Green Turtle and Hawksbill (sila google). Leatherback a.k.a Penyu Belimbing dulu mendarat kat Kuala Abang, tapi sekarang tak da. sob sob.

my group.. <3

the sunburn of me.. after 3 days sunbathing! hoho!

remarkable. 

anak penyu!!

the newbie ancient mariner.. welcome to the world sweetie...   

Hari Kelima @Bidong 12Jun
kiteorang stay satu malam je kat Redang, pagi terus balik ke Bidong semula. sesampai aje kat Bidong, terus packing and cleaning then return to campus. sampai aje kat kampus, terus masuk lab, analyse nutrient.
and on 13Jun (jumaat) for the whole day berkabung kat lab. tiring! but i do love to explore new things!
So, ni la apa aku belajar, lagi 2 tahun InsyaAllah aku grad. aku suka marine life, and adventurous thing that's why i choose this field for sure.

nota kaki: woow! terima kasih sebab sudi baca entri aku yang berjela ni sampai habis. hoho! anyway, sayangilah bumi dan laut kita. kalau tak mampu, at least sumbanglah sokongan untuk membantu, itu pun da memadai, sesungguhnya, aku benar2 melihat bumi semakin tua sekarang. huhu!

take care! happy reading! ^^,


Friday, July 6, 2012

5 Barang Perlu Dibawa Bila Ke Pulau

Pergi ke pulau memang best, tapi paling best kalau jadi backpackers ke pulau, baru betul2 extreme woo!
tak adventure la pergi pulau tapi check in hotel, tak survival la! haha!
So, for those yang memang rancang nak ke pulau, baik korang rancang betul2, apa nak bawak. Most of the times, barang2 kat pulau ni boleh tahan cekik darah jugak. so better korang siapkan awal2. 5 barang yang WAJIB bawak la gwa cakap lu...

1. Sunblock (Penghalang Matahari)

Sunblock yang paling berkesan sekarang Sunplay. Sekarang paling tinggi SPF yang ada, Sunplay SPF 130 PA+++. SPF stands for Sun Protection Factor. PA stands for Protection Grade of UVA. aku rasa sume orang tau SPF ni penting sebab nak protect kulit korang dari terbakar or sunburn, and lagi tinggi SPF lagi bagos. Aku ada terbaca satu artikel ni,  SPF 80 maknanya, korang boleh expose to sunlight up to 80mins, and kalau SPF130 mestilah after 130mins, then reapply the sunblock to skin. Dulu Banana Boat Sunblock, paling femes, tapi sekarang Sunplay take over, and aku da try Sunplay SPF 80 PA+++ spray body mist, anti peluh, dan kalis air serta tak melekit, BEST! :D senang nak guna, just spray je. Korang tau tak, baju kain cotton yang korang pakai hanya mempunyai SPF 5 sahaja, tak mampu nak melindungi kulit korang kat pulau nanti, walaupun pakai baju lengan panjang.

UV body mist is practical for traveller, spray anytime je. 

2. Flip Flop aka Selipar

the sand is golden, and crytallised, the water is like clear crystal. pergi pulau, for sure korang akan main air, main pasir, kaki basah pasir terlekat, so the most practical footwear adalah flip flop. Tak perlu bebankan diri sangat la nak bawak heels atau sport shoes. Besides water grip shoes pun bagos, if any la. (sebab most water grip shoes mesti rm100++ ) Flip Flop yang agak menggoda dan femes sekarang ialah iPanema and yang paling ramai orang pakai plak, Fipper si anti kulat, anti tergelincir. tapi aku tak galakkan sangat Fipper, sebab dia tak kukuh sangat, mudah slip macam pakai selipar jepun je :D

striking at the beach. - gambar ehsan Google
3. Sleeping Bag (Bag Tidur)

Siang: Pantai sejuk, darat panas
Malam: Pantai suam, darat sejuk. aku rasa tak perlulah la aku nak bukak buku oseanografi nak terangkan pasal sains kitaran bayu laut dan bayu darat. The point is, waktu malam memang sangat sejuk, kalau korang traveller yang tak duk dalam hotel or mana rumah tumpangan, i bet that you really need to bring sleeping bag or seumpama dengan itu samaada sweater ke, comforter ke. tapi the most ideal equipment, mestilah sleeping bag yang begitu menggoda dan mengasyikkan. duk je diam2 dalam bag tu, pastu tengok ke langit, perghh! korang da rasa macam check in hotel THOUSAND STARS! ^^, its coool, superrr cool! tapi aku teringin nak beli sleeping bag macam ni , hehee! :D

wake up to see the sunrise, sleep under thousand stars, not just only 5 stars
plus, sleeping bag boleh bukak zip dan dijadikan tilam.
4. Toiletries (Barang Mandi)

takkan la korang nak pergi pulau 4,5 hari dengan bau hapak busuk masin macam tu. at least korang mesti bawak barangan keperluan peribadi jugak, ubat ketiak ke, syampu ke, sabun, bedak bla..bla.. bla.. kat pulau pun kena grooming jugak, melainkan korang spesis Orix. plus, bukan stakat ubat nyamuk je korang kena pikir, ubat korang pun korang kena take note. kang tak pepasal kejung tengah2 pulau sebab takde ubat. :D So, jangan amik ringan menda2 macam ni, sentiasa kekal bersih dan sihat walau pun dipulau, barulah gojes auww auww gitu! *sambil libas rambut.

HAHA! Ronaldo auww gojes.

5. MP3s, Books, Tablet, Ball bla..bla..bla...

cuba bawak the most practical things kesukaan korang. kalau orang tu ulat buku mesti korang enjoy baca buku sambil lepak2 kat tepi pantai, dengar mp3 lagu country music atau ala2 beach musical gitu, so takdelah korang bosan sangat. bawaklah gadgets yang boleh hilangkan kebosanan korang masa kat pulau nanti. even, bawak je bola ke apa ke yang korang nak, jangan malas. :D and always do enjoy your vacatuion vacation guys! :D

enjoy it like the way you love it. 

happy reading! :)


nota kaki: i'm off to Bidong Island for 5 days, doing my fieldwork. and i'm all prepared! the most exciting part is surveying turtle hatching sanctuary at Chagar Hutang, kat Pulau Redang, Manta Tow & Candat Sotong. i will update soon. jadi budak Sains Marin memang syok! :D




Tuesday, July 3, 2012

IDEA.

apa perasaan korang kalau korang ada idea. pastu korang ceritakan idea korang tu kat seseorang yang korang percayai dan korang paling rapat... Tup2, dia dulu yang gunakan idea korang dan laksanakan dulu, without your consent. Its terrible heh? that's what i feel right now.

nota kaki: mungkin ada hikmah, fikirlah dari segi positif, sesungguhnya ada yang lebih baik menunggu.
(trying to coax myself :| )



Oooo Obor-Obor :D


Dari asrama aku nak ke fakulti, jarak nak kena jalan tu lebih kurang 1km.
Nak ke fakulti kena lalu Jalan Bewok Biawak (JB). Jalan Biawak ni quite scary gwa cakap lu, nak2 waktu malam. nak kena jalan sorang2, lagi la naya. Dapat nama Jalan Biawak, sebab laluan pejalan kaki tu, banyak gila biawak. laluan alternatif tu shortcut untuk ke fakulti.
kalau pagi2 tu, paling sikit 3 ekor la korang boleh tengok biawak duk lalu lalang kat situ.
Jalan Biawak ni duk kat area paya bakau masin, Mengabang Telipot, so normal la kalau lalu situ da rasa macam lalu mini zoo. ada biawak, ada ikan, ada mengkarung.. nasib takde BUAYA je. :D

So, lately ada baaaaaaaaaanyyyakkkkk gila obo-obor kat Jalan Biawak!
musim beliau kot sekarang ni, kalau Spongebob ngan Patrick ada, kompom mereka shukew ni, ekekee! Air paya pun berbuih-buih macam muntah Badang kalau ada mende alah ni,
We are the mariners, yang baru je belajar pasal marine life ni, teruja auww auww gitu bila tengok mereka-mereka ni berkeliaran kat paya ni. Apalagi......


ni la Paya air masin kat Jalan Biawak. Air tengah pasang, air pasang pagi surut pukul 5, ewah! :D

antara budak2 marine yang teruja gaban tengok Jelly fish ni.

jelly fish hunters.

muka semanis mereka, menjadi ketakutan para obor2, haha! HUNTER tegar. :P


this is how this feature look in the water, once you touch, mereka mudah mati. kesian kan? :"(
aku berani tengok, takut beliau mati nak usik.. kalau sentuh ngan tangan, tengok2 mereka2 ni da kojol, fragile.


not just jelly fish, siiiput shedot pun ada. hee~

weeee~sebijik macam Jelly fish Spongebob and Patrick punyer ^^,

hasil tangkapan. :D


dulu JB ni takde atap, sekarang baru ada siap ngan lampu lagi.

antara budak yang excited gaban dapat jelly fish haha!
orang kata siput sedut ni boleh makan, tapi tak tahu la.. but you better dont.

Siput Sedut - Mengabang Telipot Mangrove
lagi Jelly fissh.... kalau Patrick Star ada, kompom beliau pun gembira ^^,
this is underwater captured.
ni yang da berjaya masuk akuarium. aku tak bela, kawan aku yang bela. huhu.
lagipun nak bagi makan apa la kat beliau ni, beliau makan plankton and organisma2 kecil dalam air tu, da tu mana nak cekaunya, takkan nak bagi makan cereal plak. :D 

masih aktif hidup bergerak! ^^
Once upon a time, masa kiteorang pergi sampling kat Jalan BIawak, for plankton observations ataupun adik beradik kepada Sheldon :D hehe!



Mariners.~


HAPPY READING! :)


nota kaki: credit to Kak Rose! for her awesome pictures! such a cool waterproof underwater camera, Jellyfish pun teruja, mesti mereka rasa dihargai dan femes. auww!


weee~ seronot kan mereka2 ni ^^, 
I'm gonna meet with Squidward while squid jigging, meet with Patrick Star, Sponges, Arthropod (Mr. Crab), Gastropod (Gary) and of course Sheldon... all at Bidong's Island semasa buat Field Work during 
8 to 12 July. owh ya, also will visiting to Chagar Hutang at Redang Island to meet with our ancient mariner. :)