Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, September 24, 2013

Pipi and hoglets! Aum!

They are sooo cute! Im gonna die! 
Pipi + Puni = 4 cute hoglets!
Dorang beranak 20 Ogos aritu. Hoho~



Sekarang empat2 ekor ni ade orang nak beli, tapi aku plak rasa alahaaiii~~ sayanggnya nak jual. Da le masing2 manje awww aww sangat! Geraam!

Dua jantan, dua betina. Hewhew!

This is Pipi 

Very dark snowflakes. ^_^

Pipi adalah seekor ibu yang penyayang dan sangat baik hati. She even trust me to hold her hoglets. Baiknye!

Puni plak, bapak yang pemalu. Ehehe!
Ni adalah Puni. He is Salt and Pepper.
Sangatlah pemalu. Tak bleh duk diam langsung, manjang nak menyorok je. Ehehe! 

Sekarang aku dan Benji ada cucu daa. Weee~ ehehe! 
Papaa and Puni. ^_^


And here.....
Mamma and grumphy Puni! Ehehe! (Abaikan tudung yang berkemut mcm belacan tu. Haha)

Comel tak dorang?? Haaa baik calap comel! Comel kan??? Eheehe!
Korang rasa tak apa aku rasaa? Aaaaa aku rasa nak lambung3 je dorang ni, geram comey sangatt!!! 😱😱😱 haha!



Nota kaki: Sesiapa yang bela Hedgehogs di sekitar Terengganu boleh la roger2, kot2 kita boleh buat TTS gathering sesama, bawak anak2 durian ni main2 ^_^ meh join 'Terengganu Hedgehog Lovers' 

Baring atas Patrick


Baring kat perut Patrick.
Kaki disilang,
Mata pun da kelam.
Sekarang, asal nak ke 11 malam je,
Mesti mula la mengantok sakan.
Adoii! Mcm mana nak stay malam2..

Tangan kiri da mula rasa lenguh lepas derma darah tadi. Alhamdulillah, berjaya derma untuk kali kedua. InsyaAllah, akan terus menderma selagi termampu.
;)




Nota kaki: wajah rahsia hati. 

Rindu kat Itting. 😘😘😘
Lucu muka baby GIRL ni tdo. Hehe

Saturday, September 14, 2013

Selepas bertapa di pulau...

Tanggal 1 Julai 2013 aku mula masuk Chagar Hutang untuk buat Projek Tahun Akhir. Seruan Dr. Juan suruh aku stay pulau 2 bulan berjaya disahut apabila tanggal 1 September 2013 aku ngan anak2 penyu keluar ke pulau. Sekarang anak2 penyu sihat di akuatrop UMT.


Sabtu
12:01malam

Aku tak tahu nak start menulis macam mana. Korang rasa tak ape yang aku rasa? Haa, mesti tak rasa kan. Bila korang ada banyakkk banyak banyak menda nak cite, pastu tak tahu mana nak mula. Aku baru perasan. Bulan Ogos, langsung tiada coretan *sigh. Aku tau blog aku da mula ditinggalkan :D heee~
Maaf, berada di pulau yang serba tiada dari segi kuasa letrik, coverage telefon betol2 buat aku macam Lost In The Jungle :D hari2, masa dihabiskan bersama penyu tercinta. Pagi petang siang malam menikmati muzik si bayu, nyanyian si murai, usikan si monyet. sungguh, sungguh aku rindu waktu2 di Chagar Hutang =)

Projek Tahun Akhir 1

Projek Tahun Akhir 1 - cucuk probe dalam sarang penyu!

i miss her soo much!

Banyak benda nak cerita.
To make it short, 
aku putuskan, 10 perkara yang berlaku 
yang aku rasa aku nak tulis. 
yang aku rasa aku nak share. lalalaa~ :P


1. 2 bulan aku kat Chagar Hutang, mengamalkan cara hidup asli kontemporari.
Hanya da tenaga solar, kena pandai2 jimat, kalau mendung tak boleh nak cas battery.
Tiada hiburan elektronik, tiada liputan telefon, langsung! Nyamuk bukan sahaja
aktif dimalam hari, malah siang hari turut berleluasa dengan girangnya. 
Terasa sangat 'mesra alam' auuww!

2. Kaki aku berbelang, muka ada 2 tone. tangan ada banyak stickers baru hadiah daripada
nyamuk Chagar Hutang dan sand flies. oh i lap u olls!

3. Nak tahu pasal kehidupan aku di Chagar Hutang, simply #wid_fyp or #chagarhutang. Ada aku buat souvenir kat Chagar Hutang sebelum berakhirnya projek disana. The only Tulisan Jawi there.
i made it in the last night there... :)

4. Masa kat pulau Benji text, masa tu duk lepak2 kat Long Beach Redang. Pipi da beranak.
ada empat ekor hoglets! Aaaaa im soo exciting!
Sekarang anak2 durian tu tak buka mata pun lagi. ehehe!
(Gambar Pipi dan anak2 will coming so sooooon. ^_^ )

5. Payah la kalau nak satu benda tu, pastu tunggu je. Baik kita mintak terus. Haha!
jadi, aku mintak bunga kat Benji masa nak masuk pulau tu. kuikuikuii!
Let he be the first man in my life give me flowers. muehehhee!
He knows what flowers i adore to. kuikuikuii~

two stalks of sunshine 'you are my sunshine'
two stalks of  pink carnation 'thanks for your love'
statics 'forget me not'
i tried to not ask him, why he chose two stalk each. 
but i insist to know, i wish i know the meaning before going off to pulau, and lost connection.
two ' you & me' ^_^

6. Aku hanya sempat puasa lebih kurang 3 hari je kat rumah. sob sob sob!

7. Raya tahun ni biasa2 je. 'Kehilangan' mak sdara aku takda la memberi impak sangat. haha!
Cuma sepupu2 mungkin sedikit sebanyak terasa...
we only can hope the best. But we still have a loving family.
Hanya orang yang tak bersyukur dan tak bijak menghargai je sanggup memperjudikan
kebahgiaan keluarga untuk lelaki lain. :"(
Poksue, sedarlah hakikat yang sebenar, semoga Allah merahmatimu Poksue.
Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.
Apa pun terjadi, dun ever take your family for granted.

Hanya inilah keluarga yang aku ada. 
Arbok tegar memakai baju t-shirt oren. Itulah gayanya kalau mak dah takde.
Anak2 comel sanggup ditinggalkan, hanya kerana tuntutan kemahuan sendiri.
Takpe arbok, chesue akan selalu menyayangimu, sampai bila2 sayang :)
Tahun ni, ada orang baru sambut beraya dengan kami.
Itting in the housee! Di riba sugarmummy, sopan memakai headband. ehehe!


8. Tahun ni geng2 LC datang serang rumah. kuikuikuii~

1. Geng2 TLRC   2. Aku dengan Shima   3. Jemput2 makan!   4. Kak ayie dengan Itting   5. Di kebun salak.

9.  Tahun ni ramai betol intake baru masuk ke UMT. Sampai penuh asrama. ish ish ish!
Dan baru2 ni, ade satu freshie yang buat aku tercari2 beliau di malam pertama 
sesi ramah mesra mentor mentee junior senior. haha!
Penat aku cari beliau, tapi tak jumpa, last2, jumpa geng2 beliau aje.
^_^ Selamat menjadi warga Samudera dik.
Kos ini sungguh menerujakan! aaaum!

10. Gracias for reading! ahaha!
(nak kabor yang aku amik Bahasa Sepanyol sem ni, esok kelas pertama Sepanyol!)
Hajat di hati, bila pegi alHambra mampula nak cakap
buenos dias, me gusta Andalusia! :D 
Cuidate! :-*





nota kaki: Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Permudahkan urusan matiku. Berilah yang terbaik untuk Islam, selamatkan Mesir, hapuskan syiah. Hanya itu doaku dari kejauhan. Syahidlah saudaraku, syurga pasti milikmu. Amiin....



Wednesday, July 31, 2013

Terkenang~

6.20pagi
Ramadhan yang ke 20, 1434H

Aku terjaga. Termimpikan nasib sepupu aku pasal pemergian ibu mereka. Pemergian yang bukan ke alam barzakh, tapi seolah pelarian ke tangan lelaki lain. 
Maasa aku keluar  dari pulau untuk mencari line telefon, maa ada bagitau, pasal penceraian satu2 nya bapa saudara dengan isteri dia. Akhirnya talak tiga jua, saat terdengar berita tu dari suara lirih bonda sendiri, terus aku terbayangkan wajah sugul Arbok. Sepupu kecil yang masih bertadika yang paling manja dengan kami semua. Entah macam mana aku boleh termimpikan dia. Allahuakbar... 

Pagi ni seperti biasa, aku tidur di pantai, menunggu penyu. Tapi rasanya, tak sampai 3 ekor penyu pun bertelur. Bulan terang menyinar, sehingga bayang sendiri pun jelas dilihat. Pagi ni, aku pulang ke rumah. Akhirnya... setelah sekian lama berkurun dipulau ni membuat projek tahun akhir. Sesungguhnya, hati betul2 menggamit rindu pada sepupu cilik itu....



"Dari jauh, aku lihat wajah sugul pok sue, menemani arbok di taman permainan. Badannya yang dulu berisi, kini kelihatan begitu susut, mukanya cengkung, dari sinar matanya, seolah terpancar satu kesedihan yang sukar untuk aku tafsirkan. Sungguh aku tidak percaya, itukah bapa saudaraku yang dulu. Ya allah... Ku lihat arbok, bermainan buaian, seolah hanya jasad sahaja yang berbuai, tapi jiwa entah kemana... Terasa pipi ini panas mengalir air jernih dari tubir mata, lantas kuseka dengan telapak tangan.... "


Nota kaki: mimpi.... Mimpi mainan tidur. Kekeke! Hormone swing betei aku ni, terjaga je terus emosional. :D

Tuesday, July 30, 2013

Rindukan Lala Land!


Tiba2 petang ni jari rasa tergerak untuk buka application Blogger kat hp ni. Selama ni dibiar bersawang je, aish! Tulis dulu, publishnya belum. Huhu!
Serasa da berkurun aku tak menulis blog, tiba2 rindu pula pada Oh Lala Land ciptaan sendiri ni. :) 

Tamat je peperiksaan akhir sem ni, aku terus sibuk. Sibuk dengan program penyu tanpa sudah. Haha! 

Berada di Chagar Hutang pada saat ini, betol2 mencabar. Tapi nasib baik projek pertama aku da settle, tinggal projek kedua je yang masih perlu dibereskan.

Sisa cuti semester kali ni lebih banyak dihabiskan di Chagar Hutang berbanding di rumah. Saban kali bila aku telepon ma (bila dapat coverage) maa mesti cakap "tak merasa nak buka puasa dengan adik mana la tahun ni..." *Sob sob! Salah satu pengorbanan besar kena buat demi Projek Tahun Akhir aku. Masuk harini sudah tiga minggu aku disini. 

Pada minggu pertama kat pulau ni, masa dirasa begitu lambat berlalu. Tiap2 hari aku homesick! Haha! Da la coverage takde.  Nak call maa, call buah hati lagila payah. huhuu! Tapi nasib baik staff kat sini baik2 and volunteer slot O 2013 paling superb, and gimme such good beginning to work here! Now, i can adapt to the situation. ^_^

Tadi petang pegi mancing ngan En Adi & En Zaidi, kuikuikuii~ mata aku da menari2 da kerapu sama sotong buat berbuka puasa kejap lagi. 

Nah, amikla beberapa gambar aku berperang atas bot. Hahaa! (Berperang sampai muntah, akhir skali, en zaidi hantar aku balik dulu, pastu dorang sambung mancing. Kikiki~ maaf, the boat yawning really annoyed me, hewheww)

Muka excited, masih belum mabuk! XD

SOTONG MABANG!!


I can smell what The Rock is Cooking! Yeah, En Zaidi ini!

Kui2, Mak Jemah excited main dakwat sotong sampai hitam kuku :P

Akhirnya ikan kerisi idaman hati berjaya ditangkap! :D

Dan ini, ikan favourite gwa. Haha!
Masa ni aku da mabuk2 tapir da. Haha! Sempat la jugak call maa sama Benji buat hilang rindu. ^_^


Take care!
Thanks for reading! :-*
Auwww! Hahahha!


Nota kaki: Chagar Hutang gimme me enough time to find myself again. Such a perfect getaway from any hectic life. Sweet escape and enjoy with the turtle!

Mak Jemah aka Wid dan projek anak penyu belaannya. XD hahaa!
Toooodleees~!