Sabtu
12:01malam
Aku tak tahu nak start menulis macam mana. Korang rasa tak ape yang aku rasa? Haa, mesti tak rasa kan. Bila korang ada banyakkk banyak banyak menda nak cite, pastu tak tahu mana nak mula. Aku baru perasan. Bulan Ogos, langsung tiada coretan *sigh. Aku tau blog aku da mula ditinggalkan :D heee~
Maaf, berada di pulau yang serba tiada dari segi kuasa letrik, coverage telefon betol2 buat aku macam Lost In The Jungle :D hari2, masa dihabiskan bersama penyu tercinta. Pagi petang siang malam menikmati muzik si bayu, nyanyian si murai, usikan si monyet. sungguh, sungguh aku rindu waktu2 di Chagar Hutang =)
Projek Tahun Akhir 1 |
Projek Tahun Akhir 1 - cucuk probe dalam sarang penyu! |
i miss her soo much! |
Banyak benda nak cerita.
To make it short,
aku putuskan, 10 perkara yang berlaku
yang aku rasa aku nak tulis.
1. 2 bulan aku kat Chagar Hutang, mengamalkan cara hidup asli kontemporari.
Hanya da tenaga solar, kena pandai2 jimat, kalau mendung tak boleh nak cas battery.
Tiada hiburan elektronik, tiada liputan telefon, langsung! Nyamuk bukan sahaja
aktif dimalam hari, malah siang hari turut berleluasa dengan girangnya.
Terasa sangat 'mesra alam' auuww!
2. Kaki aku berbelang, muka ada 2 tone. tangan ada banyak stickers baru hadiah daripada
nyamuk Chagar Hutang dan sand flies. oh i lap u olls!
3. Nak tahu pasal kehidupan aku di Chagar Hutang, simply #wid_fyp or #chagarhutang. Ada aku buat souvenir kat Chagar Hutang sebelum berakhirnya projek disana. The only Tulisan Jawi there.
i made it in the last night there... :) |
4. Masa kat pulau Benji text, masa tu duk lepak2 kat Long Beach Redang. Pipi da beranak.
ada empat ekor hoglets! Aaaaa im soo exciting!
Sekarang anak2 durian tu tak buka mata pun lagi. ehehe!
(Gambar Pipi dan anak2 will coming so sooooon. ^_^ )
5. Payah la kalau nak satu benda tu, pastu tunggu je. Baik kita mintak terus. Haha!
jadi, aku mintak bunga kat Benji masa nak masuk pulau tu. kuikuikuii!
Let he be the first man in my life give me flowers. muehehhee!
He knows what flowers i adore to. kuikuikuii~
two stalks of sunshine 'you are my sunshine'
two stalks of pink carnation 'thanks for your love'
statics 'forget me not'
i tried to not ask him, why he chose two stalk each.
but i insist to know, i wish i know the meaning before going off to pulau, and lost connection.
two ' you & me' ^_^
6. Aku hanya sempat puasa lebih kurang 3 hari je kat rumah. sob sob sob!
7. Raya tahun ni biasa2 je. 'Kehilangan' mak sdara aku takda la memberi impak sangat. haha!
Cuma sepupu2 mungkin sedikit sebanyak terasa...
we only can hope the best. But we still have a loving family.
Hanya orang yang tak bersyukur dan tak bijak menghargai je sanggup memperjudikan
kebahgiaan keluarga untuk lelaki lain. :"(
Poksue, sedarlah hakikat yang sebenar, semoga Allah merahmatimu Poksue.
Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.
Apa pun terjadi, dun ever take your family for granted.
Hanya inilah keluarga yang aku ada. |
Arbok tegar memakai baju t-shirt oren. Itulah gayanya kalau mak dah takde.
Anak2 comel sanggup ditinggalkan, hanya kerana tuntutan kemahuan sendiri.
Takpe arbok, chesue akan selalu menyayangimu, sampai bila2 sayang :)
Tahun ni, ada orang baru sambut beraya dengan kami.
Itting in the housee! Di riba sugarmummy, sopan memakai headband. ehehe!
8. Tahun ni geng2 LC datang serang rumah. kuikuikuii~
1. Geng2 TLRC 2. Aku dengan Shima 3. Jemput2 makan! 4. Kak ayie dengan Itting 5. Di kebun salak. |
9. Tahun ni ramai betol intake baru masuk ke UMT. Sampai penuh asrama. ish ish ish!
Dan baru2 ni, ade satu freshie yang buat aku tercari2 beliau di malam pertama
sesi ramah mesra mentor mentee junior senior. haha!
Penat aku cari beliau, tapi tak jumpa, last2, jumpa geng2 beliau aje.
^_^ Selamat menjadi warga Samudera dik.
Kos ini sungguh menerujakan! aaaum!
10. Gracias for reading! ahaha!
(nak kabor yang aku amik Bahasa Sepanyol sem ni, esok kelas pertama Sepanyol!)
Hajat di hati, bila pegi alHambra mampula nak cakap
buenos dias, me gusta Andalusia! :D
Cuidate! :-*
nota kaki: Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Permudahkan urusan matiku. Berilah yang terbaik untuk Islam, selamatkan Mesir, hapuskan syiah. Hanya itu doaku dari kejauhan. Syahidlah saudaraku, syurga pasti milikmu. Amiin....
No comments:
Post a Comment