Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, December 25, 2013

Hijrah Cintaku - Bila sampai seru. Tata 2013

Haa,  ni bukan sampai seru nak kawen ke nak tunang ke hape cik bedah sume.
Sekarang baru aku faham perasaan orang yang da 'sampai seru' untuk berubah.
Pernah aku tanya, kenapa dia tu tak kawen2 lagi, sume da cukup lengkap...
"ala.. dia tak sampai seru lagi la tu..."
artis2 pun selalu guna ayat... "saya akan berubah bila sampai seru nanti...."

Jadi sukalah aku untuk katakan, sampai seru ni macam korang da dapat an-Nur atau hidayah dari Tuhan.
Alhamdulillah. =)

Aku tiba2 ni nak update blog hari ni, selepas lama menyepi.
Balik dari pertandingan bola tampar sukan Jabatan Sains Marin (JSM) wakil kos haritu, aku terus siap2
nak pergi ceramah Hijrah Cintaku by Fatimah Syarha. Dalam kepala aku dapat rasa, aku mesti akan berubah je lepas dengar ceramah ni. Balik dari ceramah, lama aku termenung panjang...
Malam tu buat aku tahajjud, buat solat sunat. Mungkin aku da dapat seru untuk berubah. Aku bertuah sebab Allah da bagi hidayah untuk aku, untuk berubah. Percayalah, bila sampai saatnya, korang dengan rasa rela hati untuk berubah, perasaan tu sukar digambarkan. Korang sendiri akan rasa tuntutan untuk berubah, akan rasa sendiri dalam diri. Pada saat tu, airmata sendiri akan mengalir mengenangkan kesilapan dulu. Dan akan mungkin rasa takut untuk berubah, bimbang tak mampu nak bertahan.

Aku pernah dengar satu cermah ni, sekali Hidayah tu datang, jangan sia2 kan. Sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan buka pintu hati kita. Pegang kata2 tu, aku yakin, Hidayah ni da sampai. Suda sampai seru untuk aku berubah. =) Hidayah tu memang takkan datang bergolek. Betul. Aku percaya, Hidayah tu datang lepas aku pergi dengar ceramah Ustazah Fatimah Syarha. Aku rasa rohani aku da lama kosong dengan pengisian agama, usrah pun aku da lama tinggalkan. Mungkin inilah masanya. Allah da tentukan untuk aku.


Hijrah ini satu tuntutan dalam hidup. Kadang terdetik dalam diri, sampai bila aku nak terus macam ni. Untuk dapat 'seru' tu kena berusaha. Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Lagikan pelacur jika diberi Hidayah oleh Allah, dia akan lebih mulia dari kita. 

Pada yang takut untuk berubah, bimbang tak mampu nak istiqamah, takpa, kita perlahan, yang penting azam untuk berubah sebaik mungkin. Sebab hidup kita di akhir zaman ni hanya sementara. Banyak yang aku dapat sepanjang ceramah Utz. Fatimah Syarha tu, banyak yang terkena batang hidung sendiri. "Bila kita da biasa buat maksiat, keluar berdua.. kita rasa menda tu macam biasa je....tak rasa berdosa.." Memang menda ni padu kat muka aku, hukhukhuk! Keluar dating sesuka hati, tanpa ada tujuan pun, untuk bercanda bersuka ria. hoho! Tapi perlahan2 lah kita berubah. Aku pun sedang cuba untuk berubah. Semoga kita semua mampu mencapai sebaik mungkin sebagai hamba Allah. InsyaAllah.

"Nabi waktu berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pun, baginda bukan keseorangan, baginda bawak pengikut, sahabat2 baginda... Jadi, kita cuba cari teman untuk sama2 berhijrah, kalau takda teman pun, cuba dekatkan diri dengan orang2 baik.... :) " - Utz. Fatimah Syarha.

Inilah Ust. Fatimah Syarha & suami dia ^^. Nak bergambar pun berebut. huhu!
Terima Kasih Ustazah atas ilmu bermanfaaat ini.
May ALLAH shower you both with blessed. Ameen! 

Ada banyak video ceramah ustazah kelahiran Ganu ni kat youtube, boleh dengar. best2 sume :3
Yang ni highly recommended.




Cinta itu fitrah. Cinta Allah, cinta Abadi. Biarlah dia mencintaiMu lebih dari menyayangiku.







nota kaki: lama aku tak menulis di blog. Aku kekangan masa, huhu~ sibuk berprojek tahun akhir bersama penyu, sibuk cari tempat intern, buat darf thesis, berbolok2 dengan final exam lagi. hoho~ ni Bulan terakhir aku bersama anok2 penyu. =) Take care. wish me luck! ^_^





Anak penyu mamma ^_^ olololoo sayam2..  :D
*kikikikikiii


No comments:

Post a Comment