Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 7, 2013

Aku dan Binatang belaan.

Semalam macam biasa, rutin hari Khamis aku tukar air tangki anak penyu. 
Sambil2 siphon out the water tu, borak2 ngan Timah, sambil2, terangkan tag nombor anak penyu. Dulu pening jugak nak pikir macam mana nak tag anak penyu ni, nak tindik flipper dia, tak boleh, sebab beliau ni kecik lagi. Last2, figure out, kita boleh la guna UNI Paint.




           Keadaan masa tukar air. 


Anak2 penyu ni membesar, jadi karapas dia akan 'moulting' gitu la, sebab tu tanda cepat hilang. Marker ni biasa orang guna nak buat art kat cermin atau gelas. Nice colour. Timah guna yang ni jugak untuk tag ketam2 dia. Dulu aku guna liquid kat anak2 penyu ni hehe! 

Lecturer Genetik cakap, binatang dan pokok2 ni sebenarnya tahu samaada kita ni sayang kat dorang atau tak.  Diorang lebih tahu dari manusia. Macam kalau kita syok kat orang tu, tapi orang tu taktau kita syok kat dia kalau kita tak cakap, tapi makhluk2 tak boleh berkata2 ni lebih tahu sebenarnya kita betul2 sayang kat dorang ke tak. Kalau kita timbang dia, ukur pastu buat ala kadar macam tu dia tahu la kita ni macam ni. Aku plak, tiap2 kali ukur mesti cakap2 ngan dorang. Geram! Budak2 ni comeyy sangat! ^_^. Dr. kata kalau kita jaga dorang elok2, dorang pun akan jaga kita elok2. Menarik kan? =) macam mana dorang jaga kita? Ye la jaga kita dengan dorang takkan mati, dorang sentiasa sihat aktif bahagia... Pastu aku terfikir, ada logiknya jugak. Start dari bulan tujuh, da almost 3 bulan aku jaga anak2 penyu ni. Dari pulau bawak le ke mainland. 




Tiap2 hari kalau nak bagi makan, mesti dorang berebut2 kat tepi tangki tu. Ya allah, sayangnya dorang! Pagi tadi, masa bagi makan, si J dengan D jenguk2, kpala kat tepi tangki, macam mintak dibelai, seolah mengadu yang dorang kena buli, flipper dorang kena gigit. Sob sob. Tadi cek2, J ngan D tak da kecederaan baru da, nampak flipper macam da oke skit, tapi still kesian sebab kena gigit :"( 

Nampak tak flipper depan D, kena geget skit. Lama aku duduk perhatikan dorang. Bimbang takut ade yang mengigit. Kalau dorang berani attack depan mata, memang ada la yang kena kurung nanti. Rasakan!

Dari kecik, kita dihadapkan dengan cerita seperti Bambi, Lion King and also Finding Nemo. Dorang boleh berkata2 dan bercakap sesama dorang. So dari kecik kita di set macam tu kan. Tak salah pun sebenarnya. Yea animal interacts among them, tapi Islam ada beritahu, setiap benda yang hidup, mereka sentiasa berzikir pada Allah. Macam ikan, penyu, landak ke apa... Setiap bukaan mulut mereka, mereka menyebut dan berzikir pada Allah. Bahkan batu pun sentiasa ingat pada Allah. Sebagai Islam, kita prrcaya benda tu. Tiap2 kali nak bagi makan, aku mesti bagi salam kat anak2 penyu ni. Hewhew! Biarlah dorang ini penyu Islam. Haha! :D

Lepas settle bagi makan anak2 aku, aku jenguk2 kat ketam2 projek Timah. Syok jugak tengok ketam ni. Ehehe! 

Best tengok ketam2 ni makan. Satu fakta menarik pasal ketam ni, bila dorang rasa terancam dorang akan putuskan pincher dorang. Eeemm apa ek pincher ni, haa sepit besar tu. Sepit tu tumbuh semula bila dorang nak bertukar kulit (moulting) bila nak jadi lagi besar. ^_^

Dekat akuatrop UMT ni ada lobster!!! Aaargh! Rasa nak amik buat balik, masak merah! Aaumm!

 
Besarr gilaa! Geram! Hohoo! Dorang buat research pasal makanan lobster ni. Satu lobster satu tangki. Huhu! Gojes! 😱

Yang ni masih juvenile. Hoho~!

Kat Akuatrop ni, macam2 ada. Lobster, udang, udang galah, ketam nipah, siakap, tilapia, plankton pun!!! Terbaru ni, ANAK PENYU in da house! Ohooho~!


       Oke, kami da siap uruskan binatang belaan kami. Ehehe! Jom balik!



Hari Jumaat yang hening.
Happy reading. ^_^




Nota kaki: sayangilah haiwan, sesungguhnya, setiap detik, kita mengancam kehidupan mereka.


Mama and hoglets! Muuuaaahh muuuaaahh sayang korang banyak2! :-*

No comments:

Post a Comment