Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, September 30, 2013

Tap Taappp Tappers!

Sangat la dramatik tragedinya.
Macam2 hal... mula2 jadi, pastu cancel, pastu kena buat ini, last2 jadi jugak pergi.

Akhirnya, berjaya jugak pergi Tappers Cafe Sabtu lepas..~ wee~ :D

Tappers Cafe ni betol2 depan iCity Kampung Cina, dan betol2 sebelah loji kumbahan. (HAHA)
opss! but dont worry, it is fully hygiene, nothing smelly will dancing around ur nose ^_^

from the bridge. 

Menu dia agak menggoda. Ada something local, Hainan and also Western. Yang paling syok, portion dia mampu buat korang kenyang sampai malam. Haha! *pengsan! Macam mana nak diet, asik buat review pasal makanan je. :3

                        Menu
 Suka kedai yang bila dia bagi menu, pastu they do not wait for us. So, korang boleh write ur orders and amiklah berapa lama masa pun nak decide order. Haha! 
Aku ni pelik skit, kadang kalau waiter tunggu nak take order, mesti aku rasa bersalah sebab bia dia tunggu lama aku buat keputusan. Pastu sebab taknak bagi dia tunggu lama, cincai order je, pastu bila tengok menu lagi awesome, rasa.. humph! (korang rasa tak apa aku penah rasa ni..haa haa) Huhu! So, cara ni paling best, nak gaduh2 berperang menjerit nak pilih menu pun xpe :D 


        Ayam Hainan ni mcm trademark untuk Tappers Cafe ni. Isi ayam yang disalut telur. Aum gojes! 


Benji finally chose Ayam Masak Merah. Aku plak dari semalam lagi menari2, Fish Sweet Sour.

    3 main course untuk dua perut! Hee~ 

Awal2 lagi aku da reserve perut dari pagi untuk lunch, tapi mampu habiskan nasi separuh je. Huhu! Selebihnya Benji cernakan :D Untuk menyahut seruan Demi Somalia, taknak membazir. (Kesian, Somalia tau, they are starving, and scarcity of food happen everywhere :"( kita plak senang2 bazir menyahut seruan syaiton) 

Nomnomnom time! 



Choc milkshake flooding on my tastebuds! The best thing, tak muak macam Secret Recipe yang aku penah try. Hewhew!


Muka kekenyangan...

Dengan hati kenyang gumbira, slowly creeping carrying  'spare part tyres' to BIG
BAD WOLF! 😱
Benji has no idea at all what is 'Serigala Besar Jahat'. Huhu! Pelik la, berapa kerat je yang tau pasa BBW ni. Da tu buat kat public library Kuala Terengganu, who would notice ada event kat sini. Aku pun tau last minute, ramai yang taktau sebab takde promo. Huhu!

        Tempat2, kereta dulu yang dia serbu. Ish ish ish! Tapi memang nak pengsan la tengok buku automobile murah2, dengan gambar2 kereta yang sangay awesome and rare! Dari harga 150++ jadi rm50 lebih je. Huhu!

Tapi banyak novel fav author aku takde. Tak tau la samaada da habis ke atau memang takde. Judith McNaught tak dapat dikesan, kalau Sophie, ade dalam 4,5 je. Huhu aku sempat la rembat dua. Hehe! Tak tahan tengok harga murah sangat :3 first time Big Bad Wolf kat Terengganu. Sepatutnya buatlah kat TTC, baru gempak ni, kat Pustaka Awam ni... alaahaai~

Akhir sekali, pulang dengan hati yang gumbira :3

Take care!
Happy reading ^_^




Nota kaki: jangan lupa baca doa makan, dan doa lepas makan, InsyaAllah makanan tu akan lebih barokah :)


Penaja bersama, bergambar dengan buku Sup Ayam. 


Happy reading! XOXO



Thursday, September 26, 2013

Oh Tappers!





Tap tttaaaapp taapppp taapppers!
*gagap, tap tap tap air liuq meleleh.

I've been craving to go to Tappers, long time agoo...
But, there's no Tappers in Kuantan, Kelantan, Kedah, Penang moreover Terengganu.

But, suddently...
(Shine bright like a dimond)
I was soo surprised when seeing Tappers is now OPENED in Kuala Terengganu!
Im gonna die! (Agnes voice :D) Tappers dalam Terengganu kot. My goodness!

Nescaya, nanti kalahlah Uncle Chua jika Tappers semakin berleluasa. hoho! :D
Da cun2 set masa, nak pergi Tappers kat area Kampung Cina ni Sabtu ni, tup2
tak jadi plak. Buat penat je aku melamar Benji ajak pergi Tappers, tapi takpela.
Dia lebih rela cancel date temankan kawan dia yang tiba2.. (tiba2 oke) ajak pergi Kelantan.
Sob sob...

Buat anda2 di sekitar Terengganu yang ada kelapangan hujung minggu ini,
silalah ke Tappers, amik set lunch. wuii menggoda2, menari2 depan mata hee~
Tappers Cafe merupakan sebuah cafe yang ala kolonial Enggeris gitu.
Hiasan dalaman dia mostly white and very cozy.
Kawan2 aku cakap makanan dia best, sooo i really wanted to try... sob sob!
Sekarang pantang ade kedai makan best2 kat Terengganu,
rasa macam kena tarik2 tangan je suh menerai kedai tu. hikhikhik!

Nak tahu lebih pasal Tappers Cafe yang berjaya buat aku drooling sampai kaki ni, cek sini.
Tempat yang sesuai untuk korang lepak2, very breezy ambience with the interior indeed.
They also have open air table for smokers especially. =)
Disebabkan aku yang propose Benji nak ajak lunch kat sini, jadi aku da studi la.
Bila aku da studi, banyak la aku godek2.
Haa, korang boleh tengok sini untuk tau Set Lunch dorang. *Drewling! :P~
Drink untuk Set Lunch tu boleh pilih, ada satu nama ape ntah, macam suspen je nama dia,
tapi sirap bandung je pun. haaa haa.. ni kawan aku la ni cakap. (sob sob sebab aku tak pegi lagi)
Tadi macam biasa, sebelum aku pergi satu2 tempat tu, aku selalu godek2 TripAdvisor kat iPhone dulu, tup2 keluar la Tappers Kuala Terengganu ni, ada la dalam 5,6 reviews.
Ranked yang ke9 antara restaurant kat KT ni.. (woooo)
Nanti aku pergi, aku kasi review kat tripadvisor jugak naa.. hehehe~
Pergi ngan si Penyu la senang, bagi makan pellets je tak banyak hal.  :P *hiks


gambar ehsan google.


ehsan google.

okelah,
buenos noches!
Cuidate!
Slow2 angkat kaki nak masuk bilik, esok ade family day.
Sabtu yang malang.sob sob~


nota kaki: apa boleh buat taik kambing bulat. tido sambil megigit hati.













Tuesday, September 24, 2013

Pipi and hoglets! Aum!

They are sooo cute! Im gonna die! 
Pipi + Puni = 4 cute hoglets!
Dorang beranak 20 Ogos aritu. Hoho~



Sekarang empat2 ekor ni ade orang nak beli, tapi aku plak rasa alahaaiii~~ sayanggnya nak jual. Da le masing2 manje awww aww sangat! Geraam!

Dua jantan, dua betina. Hewhew!

This is Pipi 

Very dark snowflakes. ^_^

Pipi adalah seekor ibu yang penyayang dan sangat baik hati. She even trust me to hold her hoglets. Baiknye!

Puni plak, bapak yang pemalu. Ehehe!
Ni adalah Puni. He is Salt and Pepper.
Sangatlah pemalu. Tak bleh duk diam langsung, manjang nak menyorok je. Ehehe! 

Sekarang aku dan Benji ada cucu daa. Weee~ ehehe! 
Papaa and Puni. ^_^


And here.....
Mamma and grumphy Puni! Ehehe! (Abaikan tudung yang berkemut mcm belacan tu. Haha)

Comel tak dorang?? Haaa baik calap comel! Comel kan??? Eheehe!
Korang rasa tak apa aku rasaa? Aaaaa aku rasa nak lambung3 je dorang ni, geram comey sangatt!!! 😱😱😱 haha!



Nota kaki: Sesiapa yang bela Hedgehogs di sekitar Terengganu boleh la roger2, kot2 kita boleh buat TTS gathering sesama, bawak anak2 durian ni main2 ^_^ meh join 'Terengganu Hedgehog Lovers' 

Baring atas Patrick


Baring kat perut Patrick.
Kaki disilang,
Mata pun da kelam.
Sekarang, asal nak ke 11 malam je,
Mesti mula la mengantok sakan.
Adoii! Mcm mana nak stay malam2..

Tangan kiri da mula rasa lenguh lepas derma darah tadi. Alhamdulillah, berjaya derma untuk kali kedua. InsyaAllah, akan terus menderma selagi termampu.
;)




Nota kaki: wajah rahsia hati. 

Rindu kat Itting. 😘😘😘
Lucu muka baby GIRL ni tdo. Hehe

Saturday, September 14, 2013

Selepas bertapa di pulau...

Tanggal 1 Julai 2013 aku mula masuk Chagar Hutang untuk buat Projek Tahun Akhir. Seruan Dr. Juan suruh aku stay pulau 2 bulan berjaya disahut apabila tanggal 1 September 2013 aku ngan anak2 penyu keluar ke pulau. Sekarang anak2 penyu sihat di akuatrop UMT.


Sabtu
12:01malam

Aku tak tahu nak start menulis macam mana. Korang rasa tak ape yang aku rasa? Haa, mesti tak rasa kan. Bila korang ada banyakkk banyak banyak menda nak cite, pastu tak tahu mana nak mula. Aku baru perasan. Bulan Ogos, langsung tiada coretan *sigh. Aku tau blog aku da mula ditinggalkan :D heee~
Maaf, berada di pulau yang serba tiada dari segi kuasa letrik, coverage telefon betol2 buat aku macam Lost In The Jungle :D hari2, masa dihabiskan bersama penyu tercinta. Pagi petang siang malam menikmati muzik si bayu, nyanyian si murai, usikan si monyet. sungguh, sungguh aku rindu waktu2 di Chagar Hutang =)

Projek Tahun Akhir 1

Projek Tahun Akhir 1 - cucuk probe dalam sarang penyu!

i miss her soo much!

Banyak benda nak cerita.
To make it short, 
aku putuskan, 10 perkara yang berlaku 
yang aku rasa aku nak tulis. 
yang aku rasa aku nak share. lalalaa~ :P


1. 2 bulan aku kat Chagar Hutang, mengamalkan cara hidup asli kontemporari.
Hanya da tenaga solar, kena pandai2 jimat, kalau mendung tak boleh nak cas battery.
Tiada hiburan elektronik, tiada liputan telefon, langsung! Nyamuk bukan sahaja
aktif dimalam hari, malah siang hari turut berleluasa dengan girangnya. 
Terasa sangat 'mesra alam' auuww!

2. Kaki aku berbelang, muka ada 2 tone. tangan ada banyak stickers baru hadiah daripada
nyamuk Chagar Hutang dan sand flies. oh i lap u olls!

3. Nak tahu pasal kehidupan aku di Chagar Hutang, simply #wid_fyp or #chagarhutang. Ada aku buat souvenir kat Chagar Hutang sebelum berakhirnya projek disana. The only Tulisan Jawi there.
i made it in the last night there... :)

4. Masa kat pulau Benji text, masa tu duk lepak2 kat Long Beach Redang. Pipi da beranak.
ada empat ekor hoglets! Aaaaa im soo exciting!
Sekarang anak2 durian tu tak buka mata pun lagi. ehehe!
(Gambar Pipi dan anak2 will coming so sooooon. ^_^ )

5. Payah la kalau nak satu benda tu, pastu tunggu je. Baik kita mintak terus. Haha!
jadi, aku mintak bunga kat Benji masa nak masuk pulau tu. kuikuikuii!
Let he be the first man in my life give me flowers. muehehhee!
He knows what flowers i adore to. kuikuikuii~

two stalks of sunshine 'you are my sunshine'
two stalks of  pink carnation 'thanks for your love'
statics 'forget me not'
i tried to not ask him, why he chose two stalk each. 
but i insist to know, i wish i know the meaning before going off to pulau, and lost connection.
two ' you & me' ^_^

6. Aku hanya sempat puasa lebih kurang 3 hari je kat rumah. sob sob sob!

7. Raya tahun ni biasa2 je. 'Kehilangan' mak sdara aku takda la memberi impak sangat. haha!
Cuma sepupu2 mungkin sedikit sebanyak terasa...
we only can hope the best. But we still have a loving family.
Hanya orang yang tak bersyukur dan tak bijak menghargai je sanggup memperjudikan
kebahgiaan keluarga untuk lelaki lain. :"(
Poksue, sedarlah hakikat yang sebenar, semoga Allah merahmatimu Poksue.
Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.
Apa pun terjadi, dun ever take your family for granted.

Hanya inilah keluarga yang aku ada. 
Arbok tegar memakai baju t-shirt oren. Itulah gayanya kalau mak dah takde.
Anak2 comel sanggup ditinggalkan, hanya kerana tuntutan kemahuan sendiri.
Takpe arbok, chesue akan selalu menyayangimu, sampai bila2 sayang :)
Tahun ni, ada orang baru sambut beraya dengan kami.
Itting in the housee! Di riba sugarmummy, sopan memakai headband. ehehe!


8. Tahun ni geng2 LC datang serang rumah. kuikuikuii~

1. Geng2 TLRC   2. Aku dengan Shima   3. Jemput2 makan!   4. Kak ayie dengan Itting   5. Di kebun salak.

9.  Tahun ni ramai betol intake baru masuk ke UMT. Sampai penuh asrama. ish ish ish!
Dan baru2 ni, ade satu freshie yang buat aku tercari2 beliau di malam pertama 
sesi ramah mesra mentor mentee junior senior. haha!
Penat aku cari beliau, tapi tak jumpa, last2, jumpa geng2 beliau aje.
^_^ Selamat menjadi warga Samudera dik.
Kos ini sungguh menerujakan! aaaum!

10. Gracias for reading! ahaha!
(nak kabor yang aku amik Bahasa Sepanyol sem ni, esok kelas pertama Sepanyol!)
Hajat di hati, bila pegi alHambra mampula nak cakap
buenos dias, me gusta Andalusia! :D 
Cuidate! :-*





nota kaki: Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Permudahkan urusan matiku. Berilah yang terbaik untuk Islam, selamatkan Mesir, hapuskan syiah. Hanya itu doaku dari kejauhan. Syahidlah saudaraku, syurga pasti milikmu. Amiin....