Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 8, 2012

Newborn Itting

Yeayy!!!
Alhamdulillah! Finally klua pun anak sedara aku yang sorang ni. Keluar awal 10 hari dari yang doktor jangkakan. da tak sabar sangat da tu "Itting" ni nak klua, dia cakap sempit sangat da peyot mumi dia. ehehe!
 Tanggal 4 Disember 2012, hari Selasa, di KTS. Nasib baik hari tu kelas aku habis pukul 10 pagi, pastu free sampai malam. dari siang sampai ke malam aku berada kat KTS tu tunggu budak ni keluar. Take turn dengan abang ipar aku, masuk labour room temankan C'ngoh. huhu! Peritnya ibu melahirkan kita, sampai bergoncang katil2 tahan sakit. Ya Allah, tuhan je tahu betapa takutnya aku tengok macam tu. huhu! scary!
Lepas kena injek epidural kat tulang belakang baru la, kakak aku tenang skit, siap boleh main fb lagi. hehe!

Air Genggam Kacip Fatimah kot, ni maa yang bagi kat
C'ngoh. dan lagi amik gambar saat contraction baru 3cm. huhu. 

Sebelah aku ada Itting duk golek2.
Lagi dalam 20 minit, aku da kena balik ke rumah sewa.
Paa da cakap, pas Isyak dia terus je hantar aku. huhu! Rasanya tak puas 3 hari kat umah. Kalau boleh nak je aku pergi Ahad esok, tapi aku ada keja Mr. Yong yang nak kena beres. (Kali ni bukan pasal plankton, oke! :P ) Dengar ura2 kakak aku nak kasi nama Zaharatul Aisy, tapi nak panggil Qisya. Argh! aku pedulli hape, aku tetap nak panggil Itting! hehe! Sedang molek, tarikh lahir dia, sama dengan tarikh aku beli Tutti (sejenis binatang peliharaan) haha!

Sampai je rumah ari Khamis, aku terus jadi bibik, dimana ianya rutin biasa bagi aku. Bak kata maa, ringan bahu dia bila aku balik. huhu! Mana taknya, bilik aku langsung tak nampak rupa. Laju2 aku kemas bilik, kemas dapur, basuh toilet, sidai kain apa sume. Ari Khamis tu aku balik dengan maa, paa dan Aiman. Alang2, Aiman datang nak bersunat, terus amik aku balik. huhu! Senang betul budak2 sekarang sunat, main masuk kelongsong aje, ngelat! heh! Kimi pun tengah bersunat tu. huhu! Sunat arini, terus boleh naik beskal. tak macam dulu2. huhu!

Itting plak, lepas discharge KTS ari Selasa, Rabu tu dia kena admit masuk Hosp. Kemaman. Sebab kuning. Pakai spek lagi anak sdara aku bawah incubator. auw! :D sampai merah kulit beliau. Ari Jumaat kakak aku da bawak balik Itting, kata abang ipar aku, tak tahan. service Hosp. Kemaman suck gila, guard dia, orang nak pergi hantar makanan kat ibu pun dia tak kasi masuk. huhu! Poor Itting.

Aish, start dari ari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis tiap2 ari ulang alik dari Paka ke KT. Isnin dorang datang melawat aku alang2 Cngoh nak TCA baby kat KTS. Selasa air ketuban da pecah, terus masuk KTS, (lagi skali). Rabu datang KTS C'ngoh nak discharge. Khamis, Aiman plak sunat. Busy betei nek dan tok pa ulang alik untuk cucu2. hehe! ^_^

3 hari aku kat rumah. Seronok pulak rasa. da lama rumah ni tak meriah dengan budak kecik. =)
Petang tadi Kak Nor dengan pakwe dia Ijam baru sampai Paka. Humangaihh, aku pulak terlebih excited tengok pakwe Kak Nor bawak hamper besarr bapak punyer. Auw, nak produce baby banyak2 jugak la cenggini! Banyak baby, banyak hamper :P hahaha!

nah gambar dari ari Selasa sampai la ke hari Sabtu ni. =)



A gift of a beautiful child must surely be the ultimatee reward to a loving couple. 
Tahniah C'ngoh & Abang!

Candid, dari luar bilik. Bahagianya bila bergelar ayah.
Itting duk bawah warmer lepas selesai iqamat.


Boy, blue blanket. Tengok, ada baby pakai spek. huhu

^_^ Arbok da mula rengek2 nak tengok Itting!
Arbok tiba2 je sedih, da mula rasa inseure lettew,
takut orang tak sayang dia da. :P






See! Itting dalam blanket Pink tu! Beliau kat bawah warmer
dalam pukul 7:45pm selamat dilahirkan. setelah dari pukul 10 pagi bertarung. huhu




Finally. Gambar panas2 lagi dari daddy beliau.
Itting =)



ni gambar2 aktivit kat rumah. Siang ikan haruan untuk C'ngoh. Mandikan Tutti, Sim & Simi. Macam2 la aku buat. hee~
Malam semalam pak sdara aku hantar ikan haruan yang dia gi mancing. Hidup2 lagi ikan tu dalam sinki, terus kena siang

Semangat! dua orang abang ipar 'kerja' kan ikan2 tu. hehe!

Aish! Kimi, lepas sunat terus naik beskal. Dulu pas sunat baring je la. huhu!


Petang semalam, aku mandikan Tutti, da hancing plak belaan tu. huuhu!
Yang lucu nya, Arbok sampai terkentut terkena duri Tuttti. ahahaha!


Arbok! aku nak mandikan Tutti, sibuk dia mandikan Tutti jugak! :D

Sejuk Tutti. (Tiba2 aku rasa scary tengok gambar Arbok yang ni haha!)
Aisyah, sayang betul dia kat haiwan, menurun perangai aku =)


 
petang Jumaat. Pergi kebun lepak dengan budak2 ni. Beria pulak anak buah aku nak panjat pokok manggis. hohoh! bagus jugak ada galah bergerak ni :D


tak sangka ada bakat terpendam. haha! :P

Masuk kebun amik salak, kutip rambutan, kutip manggis.
Yeay! saya berjaya kutip lagi dua..!



Itting sayang...che sue da nak balik kampus. T che sue jadi babysitter baby ye.

Jangan malas2 hisap susu mumi tu. Be nice sayam.
Miss you, my BamBam!
Sume orang kata pipi kami sama! hahahaa! :P
pipi Itting lagi gembok la Benji! :P hehe


nota kaki: gotta go! paa da bising tu, nak hantar balik da ni. malam2 dia nak kena drive! Jaga diri sume. hehe! berjela plak entri kali ni. dear Benji and Yusri, thanks for coming KTS aritu. Itting kata sempat jugak jumpa dia. ehehe! ^^,









2 comments: