Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, October 20, 2012

Oh Hujan

12:19 PM

sepertia biasa, walaupun hari ahad aku langsung takde kelas, tapi aku masih tercangak dekat MOSEA saat ini. MOSEA ibarat rumah kedua, plankton, benthos, sediment umpama housemates baru edisi lain. :D
Maklum saja, saat hujan mestilah hibernate dalam comforter tu adalah rutin aku. Tapi, ada saja panggilan hangit mengejutkan aku dari tidur.

9:30AM group members dah call aku, langsung mengejutkan aku dari mimpi, aish! Macam mana aku nak ke MOSEA kalau hujan da macam cat dog. *sigh!

20 minit kemudian, hujan da reda, adapun gerimis. Setakat gerimis manja, bukan masalah besar bagi aku. Lantas, aku rembat helmet,capai beg, anak kunci, 10 saat kemudian aku da atas motor. Acu nak pulas throttle minyak 'brrrrrrrrr.....' hujan lebat semula. apecer? Nak marah kat Tuhan? aku ni sape? masuk rumah semula, tak jadi la gaya nya nak pergi Lab dengan motor. Member aku call, katanya rider2 group lain pun stuck dalam hujan. kalau duk asrama len citer, Jalan Biawak mesti jadi bestfren punyer la saat2 tengkujuh macam ni. alih2 hujan makin kencang membasahi bumi, sudahnya, aku mintak tolong housemate hantarkan. siap sedia dengan payung, aku ke MOSEA menaiki kereta.


p/s: aku tak pernah demam kena hujan. thanks to my dad for training me this way. Jurnal Dr. Saifullah masih samar2, aku sambung dulu googling giggling dulu.


No comments:

Post a Comment