Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha tighten the bonding

Salam'Alaykum all the readers...
Happy Eid Adha to all muslims.

Aidil Adha this year is quiet merry. Despite, one of my sisters can't celebrate together, gotta work during this raya, look after her patients. and my Sugardaddy wasn't around. So, kerja siang2 dan agih2 daging rely to my brother-in-law and my uncle, as so you know, family aku kekangan kaum lelaki. hoho! Aish, tahun ni lama betul tunggu daging sampai. hoho! Clock nearly at 4 o'clock baru boleh lunch daging. huhu!

10 Zulhijjah.
Seperti biasa, aku bangun pagi jadi housekeeper dulu, pastu ramai2 berkumpul rumah mak sdara aku. Masak dan makan2 kat sana. Phew penat! Tapi petang tu, lepas asar, tiba2 datang idea nak pergi Mesra Mall dengan motor. Aku yang sudah low bateri pun terus jadi energetic semula. haha! Lama betul aku tak ride motor jauh2, dapat naik motor pergi Mesra Mall pun jadila wat lepas rindu nak ride. Mungkin next time aku balik umah ngan LC aku je kot. Baru adventure. heee~

Nasib tak hujan petang tu, walaupun langit mendung seolah membendung air. Asal bawak motor je, mesti hidung aku da berair srot sret da. Walaupun aku da habis pulas throttle, Ego ni mampu pergi 120 je. Acu bawak 100 lebih, mesti Kak Nor kat belakang da cucuk2 bontot aku. Ceit, potong stim betol la warning sign dia tu. huh! Dyana plak, mentang2 dapat bawak LC abam dia, rapat plak main angin ngan aku. Ceit, da la ekzos NCM 4821 tu macam Boeing 888 da bunyi, Yoshimura gamaknya. huhu! (Macam jentera mesin padi pun ada bunyinya. haha!)


muka aku sangat suck, jadi replace ngan forever alone tu. haha!
argh! aku sungguh rindu detik2 dapat spend time ngan girlfriends. Aktiviti ni tak dirancang. On the spot punyer acara. Dapat jugak aku lepas gian nak karok. haha! Bila tanya sapa nak karok, sume kata taknak. tapi bila aku da purchase 5 lagu, sibuk plak cikkiah2 ni nak nyanyi skali. haha! Sekali nyanyi lagu Beribu Sesalan, Suara Ning dengan Jac memang terus kelaut, suara Shila je agak2 menjadi skit. hahha!


Letih weh nyanyi lagu Christina Peri, semputttt. HAHA!
tapi mampu membuatkan aku release tension :D

Girls' stuff. we're headed to Chamelon. Kedai yang aku-mesti-masuk every time datang mall ni. Ada la sebarang dua yang aku tersangkut kat sini. haha!

DARE TO WEAR? haha!

lepas pergi Guardian, masuk Watsons, pastu masuk Vincci. aish. raya2 macam ni pun ramai orang. sumenyer cun melecun berbaju raya merah jambu, putih kuning biru. gojes2! aum! cuma aku masih kekal bersweater polka dot kelabu putih ni yang da bercampur bau asap kenderaan nasib takde bau lembu je. huhu. Sebelum pergi ke Burger King, singgah Popular jap, melilau tengok buku, tup2 terjumpa....

yeah! finally terjumpa buku ni! ILUS!
I Love U Stupid!
best woo buku ni, aku teringin nak baca. Dyana beli dulu, nanti aku pinjam. haha! Sebab novel Mocking Bird - Harper Lee, masih tak tersentuh dan 7 Hari Mencintaiku masih belum habis walaupun da lebih 7 minggu baca. hoho! Bila nak ada masanya kalau asyik kerja ngadap plankton dan report. Kalau ada masa free pun, aku tak akan luangkan free time tu dengan membaca da. penat mata wes!

Masa nak pergi mall, masing2 suma kenyang. Tapi lepas jalan2, pusing2 da jadi lapar semula. HAHA! sudahnya kiteorang lepak kat Burger King.

she's my besties ever!
credit to Dyana sebab blanje kiteorang, haha mentang2 dia da keje. Dyana kawan aku dari sekolah rendah-menengah. She's a very close friend. Taraf kawan2 kiteorang da macam, selamba je kalau aku cakap; " weh, pergi mandi, ketiak ko da busuk" haha! kawan yang selamba kena swap bontot time jalan. kawan yang selamba aku tarik tali bra sampai bunyi 'ktaahh!' (gross aite, haha!) kawan yang sesuka hati je nak molest2 sana sini. :P kawan yang boleh share food, things and money. kawan yang aku boleh share suka dan duka aku. kawan yang aku boleh menangis kat riba dia masa balik dari matriks dulu. kawan yang kiteorang bebas nak cakap apa2 tak puas ati pun,, 'hey bitch, gimme back my umbrella', dan kawan yang aku gaduh2 tumbuk2 jugak.

even we less texting, less calling, tapi dia antara kawan yang selalu ada dalam doa2 aku. Semalam aku agak terharu bila dia cakap...

"wei, aku ada baca blogmu pasal yang mu confess2 tu.. best la baca. rasa macam mu citer direct je kat aku, mu ingat aku tak baca blogmu ke? aku polo mu tau..."
"paceroh aku tunggu mu update blog, manalah entri2 baru ni, post lama je....tiba2 klua plankton.."

memang blog ni, untuk besties2 aku nak tahu pasal aku pun. i may update about what i'm doing at this blog to let you know, and she's very kindly text to me to update me..
"weh, aku dapat MSU, tapi aku hold dulu...."
"wei, aku da keje kat kedai Aya da sekarang.... bla...bla..."
hey, i do appreciate it. at least i know what happen to you.
always pray for you the best dude. XOXO



p/s: jangan sesekali lupa kawan lama, bila da dapat kawan baru. walaupun da ada kawan baru, dan kawan baru ko tu hebat HOTSTUFF, walaupun kawan baru kau tu, anak dato', anak prof, anak OK jangan sesekali lupa member lama. Sebab dulu, dialah kawan ketawa kawan menangis ko time sekolah dulu. Dialah tempat ko mengadu itu ini. Mungkin tanpa dia, kau tak akan jadi sekuat sekarang. Itulah namanya SETIAKAWAN, kawan :) - Hikayat Skyline




nota kaki: i have many girlfriends... and one boyfriend that i love-oh-so-dearly! ^_^,



Monday, October 22, 2012

aku dan hujan...

semenjak dua menjak, aku pun tak faham dengan diri sendiri. rajin pulak akhir2 ni, aku menulis blog.
mungkin inilah antara aktiviti paling praktikal saat bumi Terengganu sering dibasahi hujan.
setia dalam sweater Voir polkadot, bersama patrick disisi dengan lagu 3 Doors Down - I'm here without you playing in player, aku langsung mengabaikan report Osean Bio yang masih belum siap. hehe!
Patrick kata takpe, malam ni lepas balik meeting, boleh stay up. hee~

Patrick is sooo fluffy :D

asal hujan je, mesti aku rindu.. rindu rumah, rindu sugarmummy, rindu sugardaddy, rindu kakak, rindu girlfriends, dan.. aku rindu kau... ya. memang aku rindu kau. tiap hari aku rindu kau, tak pernah pudar pun.

aku dan hujan, asal hujan je, mesti aku duk dalam rumah je, berbungkus dalam comforter, berstokin dengan bersweater siap. masa2 macam ni mesti layan movie sambil makan ubi kayu rebus, berkumpul satu keluarga. oh, aku rindu detik itu. sungguh.

aku dan hujan, asal hujan je, mesti akulah orang pertama terkinja-kinja nak mandi hujan. kalau mintak approval sugarmummy tak boleh, harus aku pergi hantar proposal kat sugardaddy aku plak nak mandi hujan. Silap haribulan, aku dengan sugardaddy aku skali mandi hujan sama2 ^_^. paa, i miss our moments! seriously i am. :"( cepatkan masa berlalu, dan semua tu jadi kenangan sekarang

now, when i grow up,
whenever its raining, and i'm far away from home...
all these memories will keep chasing in my mind. rasanya baru semalam, aku berjoget ditengah hujan dengan cngoh, rasanya baru semalam aku kayuh basikal dengan kawan2 balik sekolah meredah hujan, rasanya baru semalam aku main sampan2 hanyut dalam sungai dengan budak2 rumah. rasanya baru semalam selipar jepun aku hilang dibawa air. rasanya baru semalam, lutut aku luka jatuh longkang masa hujan, sebab licin. dan seolah-olah baru semalam aku berjalan kaki menangis dalam hujan...

ya, aku suka hujan. i love rain. Because i believe, there will always be rainbow after the rain.
Hujan lambang kesedihan aku, sebab tu kalau hujan aku nak berada disisi insan yang aku sayang. :)

ehsan google. :)


nota kaki: eh, melalut plak aku berblog. tak tdo lagi ni, lagi sejam ada meeting plak. haaha! nap then meeting! :D





aku dan diet.

seperti biasa, balik dari kelas tadi, terus aku pergi timbang berat.
seolah2 aku dan penimbang tu da macam member baik. haha!
harini hanya 3 jam di MOSEA, after finishing the practical, rushing to my motorcycle and speed away to home. gerimis? takpe, tu pun kawan baik aku jugak buat masa ni.
Lencun jugak la sweater belang2 aku tu. sampai rumah, aku mandi, terus berbungkus dalam sweater
polkadot kelabu putih. sweater ni pun da lekat bau aku. ada bau rose, garnier, vaselin, ralph lauren semua melekat. *sigh!

kenapa aku nak diet? kenapa aku selalu skip lunch by the time my friends ask me to go out for lunch?
perlu ke aku nak diet?
hell yeah! ya, memang aku perlu diet. sebab...

1. skirt kesayangan aku da tak muat, mak aku plak bising suh diet. haha!
2. i'm 75kg now, and i want my 70kg back. at least. >.<
3. for my health, for sure.
4. to get better BMI. perhaps. :D
5. to ease my life. indeed. eh, jadi orang gemuk payah tau!

berat yang berjaya aku catatkan adalah sebanyak 86kg, masa aku nak SPM. phew~
but, bila masuk matriks, i lost about 10kg. no rice, no sweet drink. and after matriks i'm 69kg.
aku lost a few kg sebab frust bercinta, haha! the most miserable part in my life. ever.
Frankly, aku payah nak turun berat, also payah nak sakit. But, once i was sick, i can lost up to 5kg!
Kali terakhir aku sakit dalam rekod kesihatan aku, aku demam masa form 2, and i lost 3kg.
how i miss that moment! haha!! aku rindu nak demam =.="
bila lagi boleh manje2 ngan orang, time sakit je la boleh nk ngengada itu ini. hihi.

current weight, after lost about 2kg few days ago. :D


when there's a will, there's a way. aite?
i just want a healthy body. not overweight or obesity.


p/s: eh, berani kau nak buat liposuction eh? kelas kau jah!









Saturday, October 20, 2012

Oh Hujan

12:19 PM

sepertia biasa, walaupun hari ahad aku langsung takde kelas, tapi aku masih tercangak dekat MOSEA saat ini. MOSEA ibarat rumah kedua, plankton, benthos, sediment umpama housemates baru edisi lain. :D
Maklum saja, saat hujan mestilah hibernate dalam comforter tu adalah rutin aku. Tapi, ada saja panggilan hangit mengejutkan aku dari tidur.

9:30AM group members dah call aku, langsung mengejutkan aku dari mimpi, aish! Macam mana aku nak ke MOSEA kalau hujan da macam cat dog. *sigh!

20 minit kemudian, hujan da reda, adapun gerimis. Setakat gerimis manja, bukan masalah besar bagi aku. Lantas, aku rembat helmet,capai beg, anak kunci, 10 saat kemudian aku da atas motor. Acu nak pulas throttle minyak 'brrrrrrrrr.....' hujan lebat semula. apecer? Nak marah kat Tuhan? aku ni sape? masuk rumah semula, tak jadi la gaya nya nak pergi Lab dengan motor. Member aku call, katanya rider2 group lain pun stuck dalam hujan. kalau duk asrama len citer, Jalan Biawak mesti jadi bestfren punyer la saat2 tengkujuh macam ni. alih2 hujan makin kencang membasahi bumi, sudahnya, aku mintak tolong housemate hantarkan. siap sedia dengan payung, aku ke MOSEA menaiki kereta.


p/s: aku tak pernah demam kena hujan. thanks to my dad for training me this way. Jurnal Dr. Saifullah masih samar2, aku sambung dulu googling giggling dulu.


Monday, October 15, 2012

Plankton, new BFF

copepods, amphipods, mysiids, Sheldon, larvaceans, artrhopod, mollucs, echidonerm..
bla.. gastropod, annelida, polychate, planktoniella, thalassionema, bla..bla Patrick, sponge, spongebob...arghh!!
cant you fell the tense?! 
*try to read in just one breath, and you may know,
that i work like a zombie to ID all these planktons and benthos!

"akibat mulut badan binasa, akibat plankton nak blogging pun takde masa"

when i was a kid, my mom always said;
"jangan main pasir tu, kotor tu. yeaks"
"jangan main tengah panas, nanti karang demam..."
"jangan main selut2 tu, nanti abis kena baju."
"jangan jadi jantan sangatlah, pergi ngail sana sini"

but today.
i need to play with sand, and do particle size analysis.
i need stand up in the hot shining sun, to observe the rock, minerals and whatso on. (and i'm black now)
i need to play in mud and  with sediment, and my lab coat full of stains mom.
i need to play with these shells, bivalves, fish and most chaotic is PLANKTON. =.="
and, that's what a mariner always do.
as my mother always forbid me to this and this,
my father always...
"pergi la nak main hujan pun, sedap ni." see, my sugardaddy is awesome!
"jom ikut paa ngail kat ladang" wow! my father helped me put the baits yaw! ^^,
"tolong paa punggah pasir ni, pergi amik kete tolak nu dulu" and he taught me to do tough work.
sugardaddy taught me to play hard, and sugarmummy taught me to have a woman's heart indeed.

the combination of two hands, make what i'm today.
no matter, how stress i'm with all these assignments, data, IDs work, analysis...
but, as i hear their voices it makes me feel never better and enlighten my spirit. <3

and you, you, you're my sweetie pie, thank for everything, i miss you all the time! ^_^


dear harpaticoid that i love oh-so-dearly!



nota kaki: sambung untuk siapkan report copepods. drawing time!




Saturday, October 6, 2012

Pertandingan Citra Bot Berhias @Terengganu

Assalamualaikum...

Bot Bot Bot!
Sejak aku jadi mariner ni, agak peka sikit dengan
bot, kapal, ikan, laut, penyu dan segala bagai tentang marin la.
Sempena perasmian Payang Walk dekat Pasar Payang,
diadakan Pertandingan Citra Bot Berhias di Dataran Shahbandar.
setiap daerah akan hantar bot berhias masing2, agak hampa, apabila 
UMT tak hantar Bot Disco Discovery masuk acara sekali.
takkan semua disco-discovery pergi sampling kat Laut China semua, sob sob sob.
#hampa menunggu bot dalam hujan, memandangkan TESDEC & TATI ada hantar bot. huhu
Tapi, aku terus gumbira girang bila ada Bot dari Dungun & Ketengah. woww! gojes! ^^,
Jadi sempatlah aku amik gambar masa acara malam tu. :)

cekikdaud! Check it out~

Semangat walaupun hujan. Beca berhias pun ado...


Teganu Kita! ^_^

Cikgu gamelan aku, Encik Shahrul - playing gendang and also seruling

alahai kecik je dapat amik gambar MB berucap, hoho!


MB Tganu! Abam Id. ^_^ hehe

a few of UMT students (Anis Suraya in green, singging a song)

sepanjang hayat aku, sweet 20 da ni, aku tak pernah tengok bunga api
yang gila-lama-lawa-cun-meriah-cantik-tahap-dewa macam ni.
sesungguhnya aku seronok dapat tengok, tapi...
alangkah lebih baik jika saat seumpama ini mampu dikongsi dengan insan tersayang ^^,

GRAND OPENING! fireworks were shoot from Seberang Takir.

Bot pertama, aiseh aku lupa da daerah mana, haha! 

Badan Kerajaan.

its coming!

TATI college!

ahaa! kampung aku punyer BOT!

Bot Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH) tampil bertemakan Tasik Kenyir :D

aku suka idea dan bot tesdec ni. (gambar bawah)

BELON! sebab beliau ada BELON! ^^,

TESDEC serius lawa!

BOT BANDARAYA KUALA TERENGGANU!!!


my hometown, Dungun :)
i wish my mom and dad was here to share this moment.
masa aku kecik2, parents aku yang selalu bawak aku ke tempat2 macam ni,
dan sekarang, saat mereka tua, aku teringin untuk mereka ada bersama...

firework from bot!!

sungguh tegar bot ini membedil - Bot Kemaman

bot ni senget, nearly capsized, mungkin gajah rimau tu berat sangat kot :D

shooting stars! :D

see, kiteorang terpaksa berasak2 dengan orang ramai,



nasib baik aku dapat port cun untuk shoot. ^^,


my girlfriends! 

still shooting starss!! cayalah Bot Kemaman!

ala2 puteri bunia gitu, err letih gak makcik2 tu nk menumbuk padi sepanjang
 muara sungai tganu :D

udang udang udang!!! hehe maaf, aku agak excited tengok udam :D

itu adalah manusia sebenar, bukan replika, haa..
yang kat belakang tu barulah replika :D

wooowww wauuu waaauu!

Setiuuu-ku

lighting!

Marang setia dengan udang dan sotongnya.

Marang adalah bot terakhir.. GRAND CLOSING!!


Pemenang bot berhias,pada malam tu
Bot Bandaraya Kuala Terengganu.


the ending!

=)

happy reading! :)



nota kaki: masa pergi tempat2 crowded macam ni, silalah jaga barang2. Jangan biarkan orang amik kesempatan. huhu






Wednesday, October 3, 2012

4/10/2012

i'm giggling. :D
HAHAHAHAHAHAHHAAAA!! HAHAHAHAHAA!!


hahaha! :D

lelaki pun pandai guna emoticon/smiley gedik macam tu kah? haha!
actually kalau kat YM, the emo suppose to be cute, xder la macam mulut bengkak macam tu, haha!
tak selera tengok. :D (you know which one emo aite)



nota kaki: you're the apple of my eye yayang! you bring me up... hehehe
(hehehe, it breaks the boredom keh keh keh! :D )
*boleh je giggling dalam lab. hehe!


Terrible, Horrible and what ble ble Week.

just wanna share what i've been/done whatso ever through this week.


this whole week, i'm sooo reckless, careless and unawareness!
what the hell is bugging me right now. >.<

first, i lost my yellow kingston 1GB pendrive that has fieldwork data and full of notes,
then my friend found it at lab. (macam mana la aku boleh tertinggal precious thing tu kat lab, huhu)
second, i left my pencil case at lab BioD. the whole night, i search high and low.
sampaikan, terbantut kerja aku nak melukis plankton. =.="
third, aku tertinggal handphone pada masa yang hp sangat2 la diperlukan.
member aku call berkali2, sampaikan aku ternganga2 tunggu dia sejam lebih sebab 
tak dapat text dia, hahaah! my fault. :D
fourth, when i was cooking, boleh pulak aku leka basuh pinggan, terlupa yang aku sedang masak.
sampaila terbau hangit2 kat dapur. haha! :D failed!

FIFTH, i'm nearly crash!
aku kluar T-junction, aku tak sedar ada moto, nampak moto tu masih jauh, 
ingatkan sempat, mungkin dia bawak laju tup2 citt cittt citttt!! 
berdecit2 tayar motor tu break sebab nak elak aku.
kalau la aku boleh rewind balik, aku nak mintak maaf kat mamat tu, sob sob sob
kalau kena tadi, memang terus masuk unit kecemasan la aku malam tadi.
(rasa bersalah gila kat mamat tu :"( . Bro, i'm deeply sorry.
gwa da shaky time tu, jadi dengan spontan gwa terus pecut tinggalkan lu.
gwa da mengigil ketar lutut, masuk lecture pun masih trauma. maaf bro. :|


whenever aku tersilap langkah, tersalah jalan, tertinggal apa yang patut.
the first thing, aku akan istighfar panjang2.
i shouldn't hurt anybody because of my reckless doings.
and, should be more alert with my things.
*hup hup hup! jangan cuai, jangan melulu wid! talk to myself.



p/s: Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah dan hapuskan dosa. "Kadang2, rezeki kita tertutup sebab kita ada banyak dosa, Allah tak makbulkan doa sebab dosa2 kita. Jadi, banyakkan istighfar, sebab istighfar itu penghapus dosa. Istighfar membuka pintu rezeki (Solusi, 2012) " Astaghfirullahaladzim.... for my reckless and careless.