Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 31, 2012

Aku dan Peti teman sepermainan.

situasi yang selalu jadi kat aku, waima time puasa pun. HAHA!

habit betol la bukak peti ni, dari kecik bawak ke besar.
Minggu exam ni, aku tak ssempat langsung nak buka peti, kalau dulu 5,6 kali bukak peti. Tapi sekarang nak bukak sekali dua pun macam tak sempat.

dalam masa SEMINGGU, 4 PAPERS will down. pergh! Hardcore betol jadual exam sem ni. phew!



nota kaki: Hadap Osean Fizik sat, lebih kurang lagi 19jam nak exam paper fizik! 
La haulawala kuwwata illah billah hil a'liyyill adzim...

Saturday, December 29, 2012

End of 3rd Semester.

Do look at the report deadline >.<

been soo busy, i'm nervous, i'm homesick,i miss home, i miss sugardaddy and sugarmummy, i miss my lovely Itting, i miss Arbok. i miss everythinglah at home!

3rd sem final, is quite tough. 4 Ocean subject, Bio, Physics, Geo and Chemistry. The public speaking course also shaking my brain! and the killer one, Report kerja lapangan, that covered 50%. huhu!
i'm afraid. i asked Paa and Maa to pray for me... =.=
Guys, please pray for me too~
Hereby, i would like to apologize to all Oh Lala Land readers...
Have a nice day, and have a blast of happy new year 2013! =)





nota kaki: sayang, it's ur request about my exam's timetable. sorry for the delay. =)
wish me lux dear! Sorry, susahkan awak untuk jaga Puni ngan Tutti sekali sepanjang saya exam, hopefully they're not burdening you. 

dearest Puni and Tutti, miss you both, jangan nakal2. *kiss



Friday, December 21, 2012

Lindungilah kami, demi hujan penuh Rahmat.

Sedari semalam, hujan mencurah tanpa henti.
Seolah si awan memuntahkan segala apa yang dah lama dibendungnya.
Seolah bumi bakal tenggelam dalam air.
Awan memuntahkan tanpa henti, matahari langsung menyepi dari pandangan.
Aku lihat, diluar tingkap, awan mendung masih berarak beriringan dengan hujan yang setia mencurah.

Baru sejam tadi, kawan aku  bagitahu.. dia sakit.
Terkejut juga aku dengar berita dia. Rasanya baru semalam kami bergurau senda, bergelak ketawa.
Berbalas2 tweet, usik mengusik. Tapi tadi, aku dapat DM dia, dia kata dia sakit. 
Hujan seolah mengerti, terus turun dengan lebat. Sedih aku. Ya ALLAH, semoga dia disembuhkan. 
Kawan yang sudah aku anggap seperti family sendiri. Sembuhkanlah segala apa penyakit yang mengganggunya Ya ALLAH, demi berkat hujan yang mencurah bumi ini. Lindungi lah kami dibawah rahmatMu. Allahhumma soyyiban nafi'an...


nota kaki: aku terasa kita seperti jauh. walaupun kita masih boleh, text, call.... 
romeo-india-november-delta-alfa!


Ya Allah Ya Rahman, lindungilah kami di bawah rahmatMu,
sungguh, aku sayang mereka. Lillahi Taala... 

Sunday, December 16, 2012

17 Disember 2012

Haii everyone.... Assalamualaikum. ^_^
today is sooo my day. first thing first, Alhamdulillah...
wake up in the morning, it is raining outside. Presenting my group speech for public speaking.
and yeah! it's splendid. Even i was failed to establish the credibility for my part, but Madam said our group is the best group. Madam did mention about Miz Sharon what has told her about me. Yet, i miss Miz Sharon. =) She has been kind to me during academic writing skill class. Indeed Madam Rosyati is an expert!
Oh my.... i will always love English, since primary school. Guess what, my english teachers and lecturers are always be my favourite! Starting from, primary school teacher Suria (year 1), Sir Suaree, Teacher Rasni (the best one!), and secondary school Sir Zainal(teaching me since form 1 and 2), Teacher Hazwati Hashim and finally Teacher Hayati. I miss 'em!

well, today....is soo my day, i smiled all the way back to home. ^__^ *grinned perhaps! hehe!
i smiled to a few stranger girls along Jalan Biawak *da lama tak lalu jalan ni, gara2 slalu naik moto kan.

Jalan Biawak, still the same. Oh, I 'miss' the smell.. haha!
Smiled to stranger girls are called friendly, but smiled to stranger boys, argh that is soo not me. It is call flirting! auuwww! :P
Smile! Smile! Smile. You know what, i smiled to cows too! hahaha! Crazy me. :P

the land is still wet, and the cows didn't smile at me back. :|
finally...i reached home.
Tik tok, no more smile, no more grin. I saw there's a lot of blood at Puni's cage.
Aish! Gelabah gaban la for sure! Plus, Puni is barely lying  in the cage.
Peliks, tak tahu mana datang darah banyak2, terus aku laju2 mandikan dia. Tukar bedding, replace makanan baru, cek kaki tangan beliau. Adakah ini gara2 aku bagi beliau makan mealworm? Serius aku cuak. Pastu nampak kaki dia semacam bengkak skit. Mungkin kaki dia luka kot. Tak tahu kenapa, semalam dia macam meronta2 nak keluar, kuat sangat kuis2 cage, sampai kaki luka kot. huhu! tak pun sembelit sampai berdarah.huhu! Sian Puni. Kalaulah dia boleh bercakap.. kalaulah aku paham isi hati dia.. hurm.. >.<" (senget widskyline nih!). Pastu tadi da oke,aku mandikan ngan dettol siap. Alhamdulillah, lega da aku.

Tolongla jangan wat aku heart attack waahai Puni oii... 2,3 ari lepas dia wat bodo je orang cuit2 dia, aku risau takut dia da mati dulu tanpa bagitau kat aku. huhu! Tapi ni dia da oke skit. aku tak berapa secure la bagi dia makan cacing tu, huhu! Bimbang takut cacing2 tu menari2 dalam perut dia. sampai keluar darah. Mustahil tak tu? Kesimpulannya, taktau berdarah kat mana, mungkin kaki dia luka kot. argh! Risau! da la, pasni awak makan whiskas je la. Love you lots Puni..and Tutti too. =)


nota kaki: Alhamdulillah... Ya Allah, apa pun terjadi, permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. Aamiin!


Update.
Haa, tadi aku jumpa 'kembar' aku! yang baru kawin dengan doktor dari Indon tu. Waaa! berseri2 muka dia. sempat jugak peluk cium dalam duk kalut2 nak beli yogurt masa nak masuk MOSEA kelas Mr. Yong Jaw Chuen. hehe! :D (siap nama penuh lagi Mr. Yong lagi kali ni haha!)

nota kaki: aish, boleh plak entri kali ni jadi summary of the day. haha! Such a bless day for me. Thanks Allah, thanks for everything... <3

Thursday, December 13, 2012

Pergi Dulu...

Andaikata aku pergi dulu...
aku terpikir apa akan jadi dengan FB aku? Gambar2 aku, adakah orang akan kenang, dan sedih2 semacam.
Status2 update aku, semestinya jadi kenangan.
Of course takda sape tahu password aku.

Twitter? apa akan jadi dengan sume tweet2 tu? adakah segala hamburan tweet tu akan jadi telepati dosa pahala aku kat alam kubur nanti? Mungkin ada tweet2 yang menyinggung mana2 hati.
Korang pernah terfikir tak pasal suma2 ni? *termenung sejenak.

Suma tu buat aku terpikir, bila Noji cerita kawan kepada kawan dia meninggal masa accident. Mati di tempat kejadian. Ada keluar dekat  Sinar Harian baru2 ni. Sedih, melihat FB kawan kepada kawan Noji tu.
DP dia gambar masa dia kecik dulu, cover photo plak gambar dia ngan parents dia. Kawan2 tak putus2 melawat profile dia dan aku sedikit sebanyak membayangkan apa akan jadi pada FB aku kalau aku pergi dulu.

Mati itu adalah rahsia, takkan lewat seminit mahupun awal sesaat pun. Kalau boleh, bila aku da mati nanti, akan ada seseorang tolong privatekan semua gambar2 aku. Biarlah gambar hasil seni fotografi aku je jadi tatapan atau rujukan untuk sahabat taulan. dan biarlah profile aku jadi tempat untuk kawan2 singgah untuk melepaskan rindu dan al-fatihah mungkin =)

Twitter aku? Aku pun tak tahu nak buat kat Twitter. Kat situ banyak luahan perasaan hati aku untuk Benji.

dan Oh Lala Land ni? Macam mana?
tak bertuan lah dia nanti? Aku putuskan, blog ni biarlah disini. Sesungguhnya, ada jugak sesuatu untuk dikenang bila aku da tiada di dunia ni.

Ceritera Oh Lala Land biarlah jadi kenangan suka duka kita sama2 nantikan :)




nota kaki: memikirkan insan yang dipercayai untuk memberitahu password2 aku ni. :)

Wednesday, December 12, 2012

Hedgie Lovers! Puni & Tutti

Hye readers! ^_^
As so you know, Tutti tu belaan baru aku. Tapi what's Puni?
hehee, Puni tu pendatang baru. Sugardaddy aku selalu pesan, kalau nak bela binatang, jangan bela sekor2 je. Belalah sepasang baru beliau tak sunyi. Oh so scheeeet my daddy ^_^,

Jadi, lepas je Itting keluar aritu, aku suh paksa Benji beli hedgehogs jugak sekor. haha!
(kena paksa tuu.. haha). Dibeli dari member aku merangkap coursemate aku, jadi murah la aku beli landak2 ni. kalau kat petstore mau harga dia dekat 300 sekor. Coursemate aku pun macam petsore jugak, segala benda ada dia ada jual, tarantula, rabbit, gecko, iguana, hamster suma ada, request je. Pastu baru2 ni, ular sawa dia da hilang. aku pun musykil macam mana boleh hilang. huhu! mesti budak2 rumah dia tak lena tido malam tu, terngiang2 ular sawa belit ngap kepala. hoho!

err, lets get back to our hedgie.....
haa! si Tutti ni betina, baby lagi, Baby Cinnamon Hedgehog ... baru dalam 4 bulan lebih kot. Masa mula2 adopt dia dulu, dia takut2 lagi, selalu sentap2 duri, luka juga la jari aku ni kena duri Tutti ni. biasa la tu. baru ganaz mak jemah! :D
tapi sekarang pun dia tak berapa jinak pun, mungkin dia takut2 lagi. sensitif.

See, langsung xmo tunjuk muka.
masa ni Tutti pun pergi KTS juga, sambut Itting ^^,

A few days later, datangla Puni. A Male Salt and Pepper Hedgehog.

See.. Cute gila Puni ni tido. Anyway menda alah ni kuat tdo sebenarnya. huhu!
The name given by Benji. huhuu! Puni ni bukan baby da, da adult da, dalam 7 atau 8 bulan la.. huhu!
mahal sikit dari Tutti. Tapi beliau ni jinak gila, duri dia tak mencacak2 macam Tutti pun. Tapi part yang tak laratnya, aktif sangat, banyak kali da hilang. Tup2 da takda dalam kotak, merayap tah ke mana masuk bilik anak dara rumah oren ni. hoho! But now, he's in cage already. 

Hajat dihati, nak bela Tutti, tapi alih2, Benji bela Tutti, aku bela Puni. heee~ :D
biar Benji jinak2 kan itu Tutti dulu. 

Sapa2 yang nak bela hedgehogs, pastikan anda cukup tough untuk hadapi duri dia mencucuk tu. huhu!
Kalau Puni, duri dia da lebat, panjang2. Boleh luka tangan tu kalau dia menggulung kat tangan. Tutti duri pun tak penuh lagi, pendek je. Okay la nak gulung gentel2 beliau pun. hehe!
Makanan pun tak banyak cite, makan whiskies, whiskas, frieskies apa makanan grain tu la, asalkan bukan dedak ayam tu. huhu! Tadi baru aku try bagi Puni makan meal worm. cute gile dia makan meal worm. cup cup cup! makan meal worm, sedut2 macam megi.. waaaaa.. comelnye Puni... ^____^
takdela la geli sangat meal worm ni, hehe! (sebab mula2 tu, aku geli nak bagi beliau2 ni makan cacing. hoho)

So, that's the story of my our pets. =)
Yaa, our pets. hehe! T study week, kasi Benji bela dua2 ekor, biar berkawan je dua ekor ni. takde la sunyi sangat duk jauh2. Dorang duk jauh2, bukan dorang boleh texting2, chatting2 macam korang tu haa. :P
kasi dorang dating overnight terus! ^_^,

First day Puni sampai, beliau duk dalam kotak kasut je. hee~
terpaksa pakai glove nak pegang Puni, duri beliau tangan auwww auww sangat da. hoho

Comel kan! ^_^, Tutti was soo shy as Benji wanna snap her picture.
Puni is having a little flu. Both Cute! 


happy reading! 



nota kaki: Sila jaga makan, pakai, minum Tutti elok2. Mandikan beliau dengan air suam tau. Haa, Kak azhie, t dapat anak, wid bagi akak bela sekor, gotel2 letak dalam handbag, kalau orang nak meragut ke apa, boleh baling hedgehog, macam alat perisai la lebih kurang :P  


Sunday, December 9, 2012

Yeay! My Second Purchase at Poplook!

Blush Penny Chiffon ^^,
Yeay! Finally, petang tadi da sampai penny chiffon ni.
aish, hajat dihati nak beli black penny, tapi da elok2 masuk cart, tiba2 boleh je not available da. sobsob!
pastu bila look over yang warna biru plak, dan2 je out of stock jugak. Dia launch pukul 11 pagi. 11:10 pagi da tak de stock! sobsob! last2 amik yang blush ni je la.. sama dengan member aku, Hanawa :D

Poplook ni oke sikit dari Zalora, service dia pun smooth je. =)
yang menjadi persoalan sekarang, dulu aku tak tergoda pun stakat tengok penny maxi dress ke apa, waima blouse pun. tapi sekarang mudah je tergoda. langsung merembat baju2 ni di poplook. 
aish! apakah sudah terjadi pada aku? apehal feminin sangat sekarang ni? hahaaha!
the question who no one can guest :P

k la guys, gotta go! ada kerja Hypoxia Mr. Yong yang nak kena settle.
take care!
^_^







nota kaki: hari yang sama, Tutti dapat partner baru, Puni. Puni sangat comel. Beliau sungguh jinak. tapi beliau gatal, suka nyendeng2 dekat awek2 dalam rumah oren ni. hoho. :P



Saturday, December 8, 2012

Newborn Itting

Yeayy!!!
Alhamdulillah! Finally klua pun anak sedara aku yang sorang ni. Keluar awal 10 hari dari yang doktor jangkakan. da tak sabar sangat da tu "Itting" ni nak klua, dia cakap sempit sangat da peyot mumi dia. ehehe!
 Tanggal 4 Disember 2012, hari Selasa, di KTS. Nasib baik hari tu kelas aku habis pukul 10 pagi, pastu free sampai malam. dari siang sampai ke malam aku berada kat KTS tu tunggu budak ni keluar. Take turn dengan abang ipar aku, masuk labour room temankan C'ngoh. huhu! Peritnya ibu melahirkan kita, sampai bergoncang katil2 tahan sakit. Ya Allah, tuhan je tahu betapa takutnya aku tengok macam tu. huhu! scary!
Lepas kena injek epidural kat tulang belakang baru la, kakak aku tenang skit, siap boleh main fb lagi. hehe!

Air Genggam Kacip Fatimah kot, ni maa yang bagi kat
C'ngoh. dan lagi amik gambar saat contraction baru 3cm. huhu. 

Sebelah aku ada Itting duk golek2.
Lagi dalam 20 minit, aku da kena balik ke rumah sewa.
Paa da cakap, pas Isyak dia terus je hantar aku. huhu! Rasanya tak puas 3 hari kat umah. Kalau boleh nak je aku pergi Ahad esok, tapi aku ada keja Mr. Yong yang nak kena beres. (Kali ni bukan pasal plankton, oke! :P ) Dengar ura2 kakak aku nak kasi nama Zaharatul Aisy, tapi nak panggil Qisya. Argh! aku pedulli hape, aku tetap nak panggil Itting! hehe! Sedang molek, tarikh lahir dia, sama dengan tarikh aku beli Tutti (sejenis binatang peliharaan) haha!

Sampai je rumah ari Khamis, aku terus jadi bibik, dimana ianya rutin biasa bagi aku. Bak kata maa, ringan bahu dia bila aku balik. huhu! Mana taknya, bilik aku langsung tak nampak rupa. Laju2 aku kemas bilik, kemas dapur, basuh toilet, sidai kain apa sume. Ari Khamis tu aku balik dengan maa, paa dan Aiman. Alang2, Aiman datang nak bersunat, terus amik aku balik. huhu! Senang betul budak2 sekarang sunat, main masuk kelongsong aje, ngelat! heh! Kimi pun tengah bersunat tu. huhu! Sunat arini, terus boleh naik beskal. tak macam dulu2. huhu!

Itting plak, lepas discharge KTS ari Selasa, Rabu tu dia kena admit masuk Hosp. Kemaman. Sebab kuning. Pakai spek lagi anak sdara aku bawah incubator. auw! :D sampai merah kulit beliau. Ari Jumaat kakak aku da bawak balik Itting, kata abang ipar aku, tak tahan. service Hosp. Kemaman suck gila, guard dia, orang nak pergi hantar makanan kat ibu pun dia tak kasi masuk. huhu! Poor Itting.

Aish, start dari ari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis tiap2 ari ulang alik dari Paka ke KT. Isnin dorang datang melawat aku alang2 Cngoh nak TCA baby kat KTS. Selasa air ketuban da pecah, terus masuk KTS, (lagi skali). Rabu datang KTS C'ngoh nak discharge. Khamis, Aiman plak sunat. Busy betei nek dan tok pa ulang alik untuk cucu2. hehe! ^_^

3 hari aku kat rumah. Seronok pulak rasa. da lama rumah ni tak meriah dengan budak kecik. =)
Petang tadi Kak Nor dengan pakwe dia Ijam baru sampai Paka. Humangaihh, aku pulak terlebih excited tengok pakwe Kak Nor bawak hamper besarr bapak punyer. Auw, nak produce baby banyak2 jugak la cenggini! Banyak baby, banyak hamper :P hahaha!

nah gambar dari ari Selasa sampai la ke hari Sabtu ni. =)



A gift of a beautiful child must surely be the ultimatee reward to a loving couple. 
Tahniah C'ngoh & Abang!

Candid, dari luar bilik. Bahagianya bila bergelar ayah.
Itting duk bawah warmer lepas selesai iqamat.


Boy, blue blanket. Tengok, ada baby pakai spek. huhu

^_^ Arbok da mula rengek2 nak tengok Itting!
Arbok tiba2 je sedih, da mula rasa inseure lettew,
takut orang tak sayang dia da. :P






See! Itting dalam blanket Pink tu! Beliau kat bawah warmer
dalam pukul 7:45pm selamat dilahirkan. setelah dari pukul 10 pagi bertarung. huhu




Finally. Gambar panas2 lagi dari daddy beliau.
Itting =)



ni gambar2 aktivit kat rumah. Siang ikan haruan untuk C'ngoh. Mandikan Tutti, Sim & Simi. Macam2 la aku buat. hee~
Malam semalam pak sdara aku hantar ikan haruan yang dia gi mancing. Hidup2 lagi ikan tu dalam sinki, terus kena siang

Semangat! dua orang abang ipar 'kerja' kan ikan2 tu. hehe!

Aish! Kimi, lepas sunat terus naik beskal. Dulu pas sunat baring je la. huhu!


Petang semalam, aku mandikan Tutti, da hancing plak belaan tu. huuhu!
Yang lucu nya, Arbok sampai terkentut terkena duri Tuttti. ahahaha!


Arbok! aku nak mandikan Tutti, sibuk dia mandikan Tutti jugak! :D

Sejuk Tutti. (Tiba2 aku rasa scary tengok gambar Arbok yang ni haha!)
Aisyah, sayang betul dia kat haiwan, menurun perangai aku =)


 
petang Jumaat. Pergi kebun lepak dengan budak2 ni. Beria pulak anak buah aku nak panjat pokok manggis. hohoh! bagus jugak ada galah bergerak ni :D


tak sangka ada bakat terpendam. haha! :P

Masuk kebun amik salak, kutip rambutan, kutip manggis.
Yeay! saya berjaya kutip lagi dua..!



Itting sayang...che sue da nak balik kampus. T che sue jadi babysitter baby ye.

Jangan malas2 hisap susu mumi tu. Be nice sayam.
Miss you, my BamBam!
Sume orang kata pipi kami sama! hahahaa! :P
pipi Itting lagi gembok la Benji! :P hehe


nota kaki: gotta go! paa da bising tu, nak hantar balik da ni. malam2 dia nak kena drive! Jaga diri sume. hehe! berjela plak entri kali ni. dear Benji and Yusri, thanks for coming KTS aritu. Itting kata sempat jugak jumpa dia. ehehe! ^^,









Sunday, December 2, 2012

Aku, Dia dan Tong Sampah

All about you.

Aku, Dia dan Tong Sampah....
daripada sepupu aku, beria dia suruh aku tengok cerita ni. Katanya, nak tahu apa pendapat aku pasal cerita ni. terus aku download dan layan sorang2.
Cerita dia not bad, best juga. Watak Amir tu, memang gentleman la. ^_^ (Oh Beto, Oh Benji. hehe!)

Pada aku, kalau orang tu da buang kita..
PLEASE, DON'T HESITATE TO DUMP THEM TOO.
It's not worth anything if you still keep that kinda of person.
If he really loves you, he doesn't ask you to sacrifice your dream for him. Always at your back always make you smile. you dont have to pretend, just be yourself and never be ashamed of that.  =)

Once i remember my man, when he did made me laugh at the moment i don't even want to smile.
He did made me strong at the moment i feel like want to give up.
He raised me up, and thats what should every man do for his lady, indeed.

for those yang nak tengok cerita ni, boleh download full movie kat Youtube je. =)



nota kaki: this is dedicated for my cousin Nor, as she asked me about this movie. hehe! Thanks babe! :-*
dan aku rasa, mu perlu buang je Abu tu jauh2, Nasrul is worth than the bastard.



Saturday, December 1, 2012

3 Monkeys :D

HHAHAHAHAA!!
what comes first in your mind when you read the tittle?
"3 Monkeys" hahahaa!
i can't  even stop laughing this whole night, hahaha! (mentang2 presentation da habis :P )

the lychee really tickled me, haha!
Nasi lemak without sambal? like whales without plankton lah! haha
the roadblock is everywhere, and the noisy siren, chasing mat rempit... haha!
i want to act like this...
this is three wise monkey. 
#Trivia.
3 Wise Monkeys are;
Iwazaru covering his mouth, who speaks no evil.
Mizaru covering his eyes, who sees no evil.
Kikazaru covering his ears, who hears no evil.

i asked them to act like these monkeys, but at the end.. like silly monkeys. haha!

Yusri! Benji and me. haha!
*Yusri is like a depressed kid aite? haha!

and finally, the Triple Twister is crazy! haha!
hey, i feel like my waist is dislocated doing that things! hahahaha!
hey dears gentlemen, thanks for hearing my probs, listening what i'm mumbling that night, bla..bla..bla..bla..
(i think the laici is poisonous! *high! )
and, thanks for being my PUNCHBAGS! hahaha!
you both made me laugh nonstop =)



nota kaki: just be happy. Appreciate what you have is rather important than crying for stupid thing! REVIVE!


You light up my world like nobody else. - Hikayat Skyline




Thursday, November 29, 2012

Alhamdulillah, MMB300 - Topic 22

Hai! Assalamua'laikum...
Rasanya da lama betei aku tak update blog. Kadang tu, curi masa update entri yang mana perlu. hehe!

Ya Allah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah.... Sungguh aku berasa syukur gila, mungkin ni berkat doa maa paa, keluarga, serta sahabat rakan yang mendoakan aku. Juga untuk Benji yang rela dan tak kisah bermadu masa dengan plankton, hee~
Allah really bless me. Indeed, You know the best for me O Allah...

Aku rasa aku betul2 bless dan syukur sebab,
first, aku dapat Topik yang aku suka, - Plankton Movement. About Bio, bukan pasal chemist of physic parameter. huhu!
Second, urusan aku nak edit2 video plankton berjalan lancar. Walaupun, ada sekor dua plankton yang betul2 mencabar iman aku. hoho!
Third, aku jumpa senior Nazif yang sangat2 membantu memberi maklumat dan tunjuk ajar, langsung menjadi mentor aku untuk draf slide aku.
Keempat, aku ada Kumpulan yang paling best! Kumpulan 4, walaupun aku kena hadap angkat jadi ketua, tapi aku tak rasa aku ketua pun, semua keputusan bawak berbincang. Group members baik senang bawak berkira, Chinese, Melayu, Sri Lanka (hehe) sume sporting and cooperate. Terima kasih korang; Ad Peris, Zul, Xinyi, Maggy, Dalia, Ijam, Soley, Heng, Koni, Iwe, Ruo Xian dan Ummi. Masing2 pegang peranan sendiri. Kau tak mampu buat itu, aku buat ini. Ko takleh buat ini, biar aku take over yang tu. Well aku rindukan suasana ni. Masa atas bot aritu, haa, ko mabuk biar aku yang handle. Ko amik data, aku pegang instrument. We give and take. Jadual sampling kiteorang pun best, pergi Turtle Sanctuary on the last day. Indeed, free vacation after tiring sampling on the boat and watsoever.



25 November 2012.
Hari ni merupakan hari terakhir Mr. Yong buka pintu bilik dia untuk konsultasi mengenai kerja lapangan. Phew! Lepas je solat Magrib, aku bergegas siapkan slide, edit background dan terus shoot ke bilik Mr. Yong. Dan2 aku sampai Mr. Yong cakap, 'ada ramai lagi ke nak jumpa saya kat lua? saya nak balik dah'. Terlongo aku, padahal baru pukul 8 lebih and i was the 1st customer. Sepatutnya, dia buka kaunter sampai pukul 11 malam. Lepas aku tunjuk hasil kerja dan research aku pasal plankton movement tu, terus dia approve. Alhamdulillah. Lega gila, masa aku keluar bilik dia, aku ternampak member aku lagi dua orang. Mungkin tu last customer dia. huhu! Sekurang2 nya, aku sempat jumpa dia. huhu! Alhamdulillah.

26 November 2012.
Aku terlepas kelas Public Speaking 2jam, gara2 oversleep! damn it! >.<
Lepas abis kelas, aku pergi cari Madam Rosyati nak hantar mind map public speaking, sudahnya beliau takda. Aku pergi bilik Dr. Siti. tapi beliau pun takda. nampak da detik2 kehampaan disitu. Finally, aku call member aku, Kak Ara. Budak Bio Marin. Dorang da present last week, jadi aku mintak tolong dia tengok2 kan. Slide aku oke, pastu dorang ada ajar aku guna cara senang nk wat references guna MS je. huhu!
Thanks Kak Ara, Kak Su, Ika bla.. bla.. =) at least korang da buat aku lega, apa yang aku buat tu betul huhu.

Camwhoring sambil tungguu doc. :D
27 November 2012.
Pagi2 aku da siap nak pergi kelas pukul 8. Lepas Subuh aku cuba tak tido, tapi terlelap jugaklah sebarang 5,6 minit kat perut Patrick. hehe! Sampai je kat Medan Kuliah, tengok2 bilik gelap je. Pelik. Aku terus call member aku. Damn! kelas Dr. Fadzil mana ada, Mr. Yong pun takda! ceit! semalam aku miss 2 jam kelas, arini aku tergedik2 datang untuk 2 jam kelas yang takda. Allah hai...Nyanyuuk da gamaknya aku ni. huhu!

Langsung, aku terus pergi jumpa Dr. Siti. Aku pergi pukul 9 pagi, pukul 11 baru boleh diskus ngan dia. huhu! Approved! Slide aku dah betul! Alhamdulillah, tak perlu jumpa dia banyak kali. huhu! Sian Noji, lama dua jam dia tunggu aku abis perbincangan ngan Doktor. Padahal, aku punya sesi dalam 15minit da siap, nk tunggu turn tu yang lama. Huhu.

Hati da girang sedikit, malam tu, aku da start buat raptai skali ngan timing masa, nasib la, aku paksa roomates aku suh dengar dan tonton itu2 plankton. hehe! :P


28 November 2012.
Esok da nak present. Jadi Mr. Yong suruh hantar slide mana2 student yang present esok. pukul 5 petang nanti. Tak da kelas pun arini, cuma ada lab Geology je. Lepas pergi survey2 quartz, opaque segala bagai, aku terus check2 slide sambil borak2 dengan member kat lab. Lagi 20minit nak pukul 5 petang, aku da tunggu Mr. Yong kat bilik dia. Alih2, acu nak transfer berkepul2 virus kat pendrive aku. aish! punya la lama tunggu nak neutralized virus2 puaka tu. last2 dalam pukul 6 baru settle keja. hoho!

FINALLY.. 29 November 2012
Akhirnya, tarikh keramat yang dinanti2 tiba jua. Segala penat lelah aku bersama plankton dekat 2 minggu, akan dibentangkan arini. Depan lecturers, depan juniors, seniors dan staff makmal. Cuak toksah duk citer la, mengigil2 aku dibuatnya, da la kat Auditorium Mahyuddin, FPE tu sejuk macam Alaska! Aku pulak sangat bijak pandai, tak bawak sweater pung! aish! Around 4pm. Aku da mula kecut2, time tu handphone da takda bateri, nak call sugarmuumy, sugardaddy mintak semangat pun da tak boleh. Hanya berdaya, selawat, baca Al-fatihah dan doa banyak2, sambil pegang tangan Cindy *mengigil sejuk dan cuak.

Lepas Cindy present, it would be my turn. Sweater Cindy bergulung2 kat tangan aku. Kaki da mula mula tergedik2, tahan sejuk dan cuak.
" I would like to invite Miss Zuriana to present the topic about zooplankton movement..."

Dengan lafaz pembuka kata Bismillahirramanirrahim, aku membentangkan keseluruhan pasal pergerakan plankton, dengan 5 ekor plankton yang terpilih untuk dibentangkan pergerakannya. Sungguh arini, aku rasa sayang sangat dekat plankton ni, sungguh menarik mereka menari2 didepan penonton, semuanya macam curious je tengok tari nari mereka. :)
Saat aku menceritakan pasal Tomopteris, aku ternampak Kak Naja kat barisan atas nu. Akhirnya, dia datang juga =). Thanks akak! Sempat aku tersenyum kat dia.
Walaupun sore aku masih serak skit, tapi alhamdulillah, sume berjalan lancar. Ya Allah, syukur tak terhingga.

Selesai presentation, there will have a Q n A session.
First, Hui Ling tanya aku
"Why you suggest that, we must have adequate water to move the plankton? Can you specify the asnwer"
"Yes, its because, you must give enough water for the plankton to move. Is too little of water it cant move, and we cannot observe the movement. While, if you put too much of water, the plankton will move vigorously and it hard for you to record when it moves around."
Second, Senior tanya aku
"Do these planktons has its specific movement?" like to defence or move? "
"Yep, it does have specific movement to defence itself, to protect, to move and to pursuit predators."
So, there's only 2 questions asked for my presentation. Aku memandang Dr. Siti, mungkin dia ada soalan untuk diaju. Tapi, dia senyum je kat aku. Aku da mula rasa lega, hoho!
Pastu,aku tanya.. "any question?"
Last2, dari jauh aku nampak Kak Naja da tepuk tangan... =)
Dalam hati, aku rasa bagai da lepas hutang seribu. huhu! Alhamdulillah, aku langsung tak kena attack ngan Mr. Yong mahupun Dr. Siti pun.

TERIMA KASIH plankton, tak sia2 kita berjimba2 bersama 2 minggu lamanya.
Sampaikan housemata kata muka aku da macam plankton. Yusri marah aku buat slide dalam kete dia :P.
Dengan Benji skali aku tunjuk video plankton, agak2 macam dia paham je. huhu! Hari2 ngadap plankton. tido pukul 3,4 pagi hadap plankton, cari taxonomy, morphology.
Ya ALLAH, syukur tak terhingga kerana semuanya baik2 saja. =)

these are my zooplankton. The experience that no ones can buy.

Suasana Auditorium Mahyuddin FPE. pukul 8:30 pagi. #sejuk beku. trr trrr
mas ni Mr. Yong tak sampai lagi.

nota kaki: aku sedar, dan aku nampak. Disebalik kejadian yang menimpa atau berlaku pada aku, ada sebab dan hikmahnya tersendiri. Sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui. Lama aku bersujud, syukur ke hadrat Ilahi. Allah, syukur tak terkata, Ya allah. Thanks God. <3
(berjela2 pulak entri kali ni. ehehe! Selamat membaca kisah saya! ^_^ )









Wednesday, November 21, 2012

Camat Hari Jadi Benji!


19 November 2012.

Camat Hari Jadi Benji sayang ^_^,

i hereby,
wishing you a happy birthday my dear,
hope all your and our dreams come true,
may ALLAH always protect and bless you, 
hope you always happy sweeties pie.
Aamiinn...


Do you hear me? I'm talking to youAcross the water across the deep blue oceanUnder the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreamsI feel your whisper across the seaI keep you with me in my heartYou make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againOoh ooh ooh

They don't know how long it takesWaiting for a love like thisEvery time we say goodbyeI wish we had one more kissI'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againLucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the seaTo an island where we'll meetYou'll hear the music fill the airI'll put a flower in your hair

Though the breezes through treesMove so pretty you're all I seeAs the world keeps spinning 'roundYou hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home someday

sayang... i'll never know what the future brings,but i know you're here with me know,hopefully we're meant to be together.Camat Hari Jadi my sweetie pie! >>>:D<<<yeah, indeed... lucky we're in love in every way.



taaraaaa~~~ hehehe!



nota kaki: saya kirimkan Upin, Ipin, Mail & JARJIT untuk awot, ianya video kegemaran Arbok.Maaf atas kelewatan update entri ni, plankton masih menjadi prioriti utama :P

Tuesday, November 13, 2012

So...

buku plankton disebelah kanan, dipandang sepi,
tab yahoo email dengan alamat Mr. Yong aku biarkan ketepi,
terus, buka tab blogger dan jari aku sibuk menari.

Rabu, sepatutnya harini aku kena antar draf kerja lapangan pada Mr. Yong. 
tapi pagi2 lagi aku da sentap terbaca satu status.
Bak kata coursemate aku, "mulut orang" hahhaa , aku sendiri pun gelak. :D
memang la, aku lah babi, aku lah sial, aku lah bodo, sume nya aku. aku kan puaka.
boleh pulak anak buah aku kecoh2 bila terbaca status tu, "ni ada orang nak tumbuk che sue ni nekk" haha
ceit! budak kecik ni, potong anu baru tau.

pagi yang sentap

mengalir plak airmata macho aku pagi2 ni bila baca statement ni, tiba2 boleh tacim, haha! K'mon wid, mung kan puaka enough, strong dude! pada aku, jom kita selesaikan cara matang. Be a man. Face it, dun facebook. Aku call, tapi beliau tak angkat, tapi takpe, semua da settle, silap aku terlepas bicara, sampai ada yang terasa. :"(

to my friend,
yang terasa gila2 pasal entri aku yang ni, (aku pun xtau macam mana dia tahu pasal blog ni,haha tak kisahla!)
aku takda niat pun nak singgung mana2 pihak. Aku pun taknak cakap banyak dalam entri ni. tapi, aku tak aim kat ko bro, i saw your effort :) segalanya aku dah jelaskan kat beliau. Aku minta maaf bro. Maaf atas kesialan, kecelakaan, kebabian dan kebodohan aku. mungkin aku.....argh!

when people ask me, do i have blog? aku ada blog ke?
i tend to keep it secret, for me, my blog is the sacred place ever that i used to share my thoughts, my opinions and my feelings. 
So, you've read it? they read it? :)
personally, bila aku nak tulis sesuatu, aku pikir, dan pikir dan pikir. bukannya aku tak pikir.
blog bukan macam diari yang kita boleh hamburkan apa saja. blog ni umum, sesiapa je boleh jumpa dan baca. ada risikonya. aku pun da takda hati tiba2 nak menaip entri ni berjela2, nampak gaya, buku plankton dan tab yahoo Mr. Yong lagi menggoda. hehe!


nota kaki: tarbiah sugardaddy gwa dalam kete minggu lalu tiba2 replay skejap,
Jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.
:"( jom plankton, kita jalan2~ *sambil tarik tangan plankton.

Wednesday, November 7, 2012

DST Adventure In Nature: Penaja Oh Penaja!

7 November 2012,
Salam'alaykum readers...
Terasa lama tak update blog, kekangan masa dengan kerja yang tak pernah sudah membuatkan aku hanya mampu bermonolog seorang diri, tanpa sempat meluahkan di blog.
Sorry to dearest readers coz plankton, benthos, seaweed, algae dan seagrass always want my attention, (bajet macam ada orang baca je blog aku, haha!) but actually i have sooooo many things to share to... huhuhu
tapi aku akan publish bila entri tu da ready, just check previous entry, kot2 ada yang baru :D heee~

Lately, aku busy handle program Kelab Kembara UMT. Event tu sepatutnya da start bulan September, tapi asik postpone je sebab tak berjaya nak dapat tajaan. Misi nak cari penaja/ sponsorship ni kiteorang da urge dari sem lepas lagi, tapi alih2 macam tak dapat feedback je dari agensi2 berkenaan, plus AJK2 untuk cari tajaan pun macam tak beria je nak cari penaja.
Sudahnya, harini pengarah program, ajk2 program terus turun padang cari penaja, last minute punya ikhtiar. It sounds crazy, the event will start on 9th November yet, we still searching for sponsors. huhu!
At least, bila dapat sponsor yuran peserta ngan ajk dapat dikurangkan dan mungkin mampu nak amik package abseiling and repelling dan juga jungle tracking.

the worst things is....

kiteorang da rancang nak shoot terus jumpa YB and MB terus, since ari Rabu hari MB Mat Said bertemu rakyat, jadi dengan semangat berkobar2 kami (aku siap ponteng lecture and lab kot) pagi2 lagi terus pergi Pejabat UMNO nak jumpa MB , tapi beliau takda :| katanya, MB ke keyyel untuk mesyuarat majlis raja2 ke ape ntah sob sob sob. Sedihkan.(mula2 kiteorang da pergi MAIDAM, tapi dia suh datang esok, padahal proposal tu da hantar 3 minggu lepas) Terus hancor impian. Kalau dapat jumpa MB sah2 RM500 tu kompom dapat je. Tapi semangat committee Kelab Kembara masih lagi berkobar2 untuk next target to Wisma Darul Iman. Naik turun naik turun naik turun wisma, tapi hampa. suma exco2 pergi keyyel, mesyuarat. kiteorang mampu jumpa PA dorang je. Tapi ada satu PA Datuk Za'bar tu, dia cakap Datuk akan balik esok, so esok kalau lulus ke, tak lulus ke, dia akan bagitau feedback jugak.


starting on! naik turun naik turun wisma. suma YB-YB takda kat bilik kot >.<

walaupun tak dapat jumpa MB Mat Said, dapat bergambar depan bilik dia pun jadi lah. haaha sepanjang hayat aku, nilah first time dapat pergi! teruja! ^^, kau adoo? hahaa!



si syahmi sampai terlompat2 amik gambar depan pintu MB, hahaa!
1st experience.


lepas penat pergi CIMB, PSI, naik turun naik turun wisma, lewat pukul 1 baru boleh lunch. huhu! dari pagi perut aku duk dam dum dam. lepas makan, terus kiteorang shoot pergi ADUN Batu Buruk plak. Tapi sama, Datuk pergi Kelab Bola apa ntah, jadi tinggal surat je. huhu


waktu ni da jadi separa-zombie

pastu kiteorang saja test luck kat Hotel Permai plak, tetap menda yang sama, diorang cakap, kenapa lambat hantar, and kalau ada pape, dorang call semula. huhu! tapi aku punyer instinct, mesti tak dapat punyer (Hock Kee Seng pun senyap sunyi je takda tindak balas).

toink toink toink! kak fiqa - Pengarah Program
lepas kat Hotel, kiteorang benti solat kat masjid, then proceed ke Pemuda UMNO Gong Kapas Encik Khairul, awal2 lagi kiteorang da hello dia, cakap nak jumpa.
"esok, awak datang dalam pukul 10 amik cek, saya takleh bagi banyak, paling sikit pun rm300 je. kalau awak mari awal2 boleh saya link dengan orang2 atas, kami memang ada peruntukan untuk pelajar..bla..bla.."
yeaayy! RM300 je? tu pun da kira cukup bagos! huhu, alahai kalau la datang lebih awal, mesti dapat sponsor lagi banyak.


argh! Thank you so much Encik Khairul! ^_^

Cawangan UMNO takda peruntukan untuk dana macam ni sebenarnya, tapi kalau parlimen dorang memng ada. Pastu En. Khairul suh call Encik Apli, Pemuda Kuala Nerus.
On the spot, aku terus call En. Apli. Kebetulan dia kat bandar time tu. 
"Kalau macam tu, kita jumpa kat Uncle Chua signature la, dalam pukul berapa tu?"
"haa, boleh2, kiteorang gerak terus, pukul 4:45 boleh"
hahaha, lagi berkobar2 semangat! haa, da nampak da skit sinar2 cahaya duit2 tu. hahaha! paling koman pun dapat support makan pun da oke.


Belanja minum siap tu, hardow! :D

sudahnya, kami dapat tajaan makan pagi. Pegawai khas Sabry Chek cakap, makan pagi tu akan disediakan kat Pantai Kemasik, jadi boleh singgah breakfast dulu sebelum pegi Bentong! Alhamdulillah!
TERIMA KASIH KEPADA PEMUDA UMNO! :D finally... hoho!
yang lain2, tunggu esok je la feedback dorang. yang dekat MAIDAM tu, dorang cakap esok dorang akan bagi dana, InsyaAllah.


moral of the story,
kalau korang nak cari penaja, kena cari awal2. Dalam kes kelab aku ni, kiteorang da urge ajk2 cari penaja dari sem lepas, tapi mungkin kerana mereka kurang bijak berdiplomat dalam erti kata lain hanya cakap dan tinggal surat je. Jadi kena start awal. Mesti selalu follow up.(siap pengarah program dan s/u skali turun padang ni, huhu)
Lagi satu, korang kena peka dan tahu saluran yang mana perlu korang rujuk untuk dapat dana atau tajaan ni.
So, baru harini aku tahu yang boleh direct jumpa MB setiap ari Rabu kat Bangunan UMNO tu, dan memang  paling kurang pun YB-YB ni akan bagi RM100. huhu!
Aku rasa tak sia-sia aku ponteng kelas arini, gamble untuk cari penaja, sebab, aku da nampak network orang2 besar, dan dorang punya link. Jadi senang kalau nak mintak tajaan nanti. Serta, aku da tahu prosedur surat dan cara untuk bercakap dengan orang besar untuk mintak sumbangan atau tajaan :)
Its worth it! We're getting close guys! keep it up!  Well, experience is the best teacher.



nota kaki: arini power of the hand memang betul2 mampu stopkan kereta tu time melintas jalan. haahaha! Thanks to our gentlemen! Abis satu bandar KT kiteorang ronda2. pukul 6 lebih baru balik. Esok kena pergi collect dan follow up lagi sebelum bertolak Jumaat nanti. Tapi, aku tak join esok, Mr. Yong amanahkan aku untuk compile data plankton dan benthos untuk fieldwork tu, dan amik attandance student. Anyway, semoga dipermudah oleh Nya.

anything, please do not hesitate to email me at wid_skyline@yahoo.com. InsyaAllah, i'll try to help and guide you guys :)











Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha tighten the bonding

Salam'Alaykum all the readers...
Happy Eid Adha to all muslims.

Aidil Adha this year is quiet merry. Despite, one of my sisters can't celebrate together, gotta work during this raya, look after her patients. and my Sugardaddy wasn't around. So, kerja siang2 dan agih2 daging rely to my brother-in-law and my uncle, as so you know, family aku kekangan kaum lelaki. hoho! Aish, tahun ni lama betul tunggu daging sampai. hoho! Clock nearly at 4 o'clock baru boleh lunch daging. huhu!

10 Zulhijjah.
Seperti biasa, aku bangun pagi jadi housekeeper dulu, pastu ramai2 berkumpul rumah mak sdara aku. Masak dan makan2 kat sana. Phew penat! Tapi petang tu, lepas asar, tiba2 datang idea nak pergi Mesra Mall dengan motor. Aku yang sudah low bateri pun terus jadi energetic semula. haha! Lama betul aku tak ride motor jauh2, dapat naik motor pergi Mesra Mall pun jadila wat lepas rindu nak ride. Mungkin next time aku balik umah ngan LC aku je kot. Baru adventure. heee~

Nasib tak hujan petang tu, walaupun langit mendung seolah membendung air. Asal bawak motor je, mesti hidung aku da berair srot sret da. Walaupun aku da habis pulas throttle, Ego ni mampu pergi 120 je. Acu bawak 100 lebih, mesti Kak Nor kat belakang da cucuk2 bontot aku. Ceit, potong stim betol la warning sign dia tu. huh! Dyana plak, mentang2 dapat bawak LC abam dia, rapat plak main angin ngan aku. Ceit, da la ekzos NCM 4821 tu macam Boeing 888 da bunyi, Yoshimura gamaknya. huhu! (Macam jentera mesin padi pun ada bunyinya. haha!)


muka aku sangat suck, jadi replace ngan forever alone tu. haha!
argh! aku sungguh rindu detik2 dapat spend time ngan girlfriends. Aktiviti ni tak dirancang. On the spot punyer acara. Dapat jugak aku lepas gian nak karok. haha! Bila tanya sapa nak karok, sume kata taknak. tapi bila aku da purchase 5 lagu, sibuk plak cikkiah2 ni nak nyanyi skali. haha! Sekali nyanyi lagu Beribu Sesalan, Suara Ning dengan Jac memang terus kelaut, suara Shila je agak2 menjadi skit. hahha!


Letih weh nyanyi lagu Christina Peri, semputttt. HAHA!
tapi mampu membuatkan aku release tension :D

Girls' stuff. we're headed to Chamelon. Kedai yang aku-mesti-masuk every time datang mall ni. Ada la sebarang dua yang aku tersangkut kat sini. haha!

DARE TO WEAR? haha!

lepas pergi Guardian, masuk Watsons, pastu masuk Vincci. aish. raya2 macam ni pun ramai orang. sumenyer cun melecun berbaju raya merah jambu, putih kuning biru. gojes2! aum! cuma aku masih kekal bersweater polka dot kelabu putih ni yang da bercampur bau asap kenderaan nasib takde bau lembu je. huhu. Sebelum pergi ke Burger King, singgah Popular jap, melilau tengok buku, tup2 terjumpa....

yeah! finally terjumpa buku ni! ILUS!
I Love U Stupid!
best woo buku ni, aku teringin nak baca. Dyana beli dulu, nanti aku pinjam. haha! Sebab novel Mocking Bird - Harper Lee, masih tak tersentuh dan 7 Hari Mencintaiku masih belum habis walaupun da lebih 7 minggu baca. hoho! Bila nak ada masanya kalau asyik kerja ngadap plankton dan report. Kalau ada masa free pun, aku tak akan luangkan free time tu dengan membaca da. penat mata wes!

Masa nak pergi mall, masing2 suma kenyang. Tapi lepas jalan2, pusing2 da jadi lapar semula. HAHA! sudahnya kiteorang lepak kat Burger King.

she's my besties ever!
credit to Dyana sebab blanje kiteorang, haha mentang2 dia da keje. Dyana kawan aku dari sekolah rendah-menengah. She's a very close friend. Taraf kawan2 kiteorang da macam, selamba je kalau aku cakap; " weh, pergi mandi, ketiak ko da busuk" haha! kawan yang selamba kena swap bontot time jalan. kawan yang selamba aku tarik tali bra sampai bunyi 'ktaahh!' (gross aite, haha!) kawan yang sesuka hati je nak molest2 sana sini. :P kawan yang boleh share food, things and money. kawan yang aku boleh share suka dan duka aku. kawan yang aku boleh menangis kat riba dia masa balik dari matriks dulu. kawan yang kiteorang bebas nak cakap apa2 tak puas ati pun,, 'hey bitch, gimme back my umbrella', dan kawan yang aku gaduh2 tumbuk2 jugak.

even we less texting, less calling, tapi dia antara kawan yang selalu ada dalam doa2 aku. Semalam aku agak terharu bila dia cakap...

"wei, aku ada baca blogmu pasal yang mu confess2 tu.. best la baca. rasa macam mu citer direct je kat aku, mu ingat aku tak baca blogmu ke? aku polo mu tau..."
"paceroh aku tunggu mu update blog, manalah entri2 baru ni, post lama je....tiba2 klua plankton.."

memang blog ni, untuk besties2 aku nak tahu pasal aku pun. i may update about what i'm doing at this blog to let you know, and she's very kindly text to me to update me..
"weh, aku dapat MSU, tapi aku hold dulu...."
"wei, aku da keje kat kedai Aya da sekarang.... bla...bla..."
hey, i do appreciate it. at least i know what happen to you.
always pray for you the best dude. XOXO



p/s: jangan sesekali lupa kawan lama, bila da dapat kawan baru. walaupun da ada kawan baru, dan kawan baru ko tu hebat HOTSTUFF, walaupun kawan baru kau tu, anak dato', anak prof, anak OK jangan sesekali lupa member lama. Sebab dulu, dialah kawan ketawa kawan menangis ko time sekolah dulu. Dialah tempat ko mengadu itu ini. Mungkin tanpa dia, kau tak akan jadi sekuat sekarang. Itulah namanya SETIAKAWAN, kawan :) - Hikayat Skyline




nota kaki: i have many girlfriends... and one boyfriend that i love-oh-so-dearly! ^_^,