Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, August 25, 2015

Aku Seorang Tea Lady 💃🏻

Harini; tanggal 25 Ogos 2015 bersamaan 10 Zulkaedah 1436.
Adalah hari pertama aku kerja setelah sekian lama TANAM ANGGUR (regardless being a replacement teacher). 

Dulu kecik2, selalu sangat duk lalu2 dekat tapak industri Oil and Gas dekat Paka. Dalam 15minit je dari rumah. So kalau nak g pantai, mesti akan lalu Petronas, Dialog etc dibelah kanan. Optimal, EMSET, Kerteh Terminal, TNB Paka dibelah kiri. 
Dari kecik cita2 aku nk jadi doktor. Start masuk U, aku tanam cita2 nak kerja dekat ngan umah. Bahagian Oil and Gas industry (padahal amik Sci. Marine, nelayan lah kot!) kat Paka ni je, so memang aim kat sini.

Yeahhh! Harini aku masuk plant. Aku start kerja kat Kerteh Terminal Sdn Bhd. KTSB. Sebagai tea lady. Wkkakaka! 😂 takpela tea lady pun, asalkan boleh masuk plant. Keje kat kawasan Oil and Gas. Keje2 buat teh. Haha! Jangn caya k. Aku tipu je. 😝
Tapo serious weh, aku memang tipu. Whahahhaha! Sorry lerr, otak pun penat ni, seharian duk buat teh kat plant. Eh! 😅 hahaha!


Takpe, aku ada aim sendiri. InsyaAllah, mula dari bawah. Slow2 kutip2 pengalaman. Sumpah malu, sorang2 je pompuan buat teh, yang len sume laki. Peperegh! Dalam hati, Tuhan saja yang tau. Projek ni tak lama. Tapi cukup la untuk aku biasa2 kan diri. Hehe. Dari aku tadika lagi duk lalu2 KTSB ni, last2 dapat gak keje kat sini. Walaupun buat teh je. Hehe Alhamdulillah... ☺️


But, still..
Deep inside my heart, aku nak kerja dalam bidang aku... 
Tuhan, aku nak sangat kerja apa yang terbaik untuk aku. Aku tau Kau Maha Mendengar. Kau Maha Mengetahui. Aku rasa nak jadi mariner tu terbaik bagi aku, keje main dengan penyu je sokmo,aku enjoy, tapi aku yakin, Kau lagi tahu yang terbaik. ☺️

Okelah. Esok aku kerja lagi. Rest dulu~
Saja nak borak2 kat sini. Lama tak jenguk. Bersawang daa... ☺️
Tengah fikir, esok nak present kopi ke teh cap ape ye? Haha!

Tataa~ 
Thanks for reading!

Nota kaki: kadang Tuhan tak bagi apa yang kita suka, tapi Tuhan bagi apa yang perlu. Redha dan terbuka. Terima seadanya. Sesungguhnya Dialah perancang yang terbaik. Esok kan masih ada ☺️