Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, September 10, 2014

HIATUS


Lama kan menyepi?




Diam tak bererti lupa,
Tiada tak bererti hilang,

aku pun rindu nak menulis lagi - tapi nantilah. 😂




Wednesday, July 2, 2014

Subjek: Introduction to World Culture (Subjekt UMT yang Awesome!)


2 Ramadhan 1435H  (hip hip :D ) *Again this Ramadhan away from home

Assalamuaalaikum semua warga dunia, warga maya,
Alhamdulillah, harini masih mampu untuk update blog, baru ada kesempatan nak update, banyak betul kekangan sepanjang menjadi final year student.

Saat ini, kalau korang baca entri ni, aku da selamat menamatkan 3 tahun pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Samudera. Imma proud mariner. Now, doing practical training kat CEMACS, USM ^_^

Entri rentetan dari post ini ! Introduction to World Culture, 3 jam kredit, tiada kertas peperiksaan akhir erti kata lain korang x payah nak ada final paper pun! woohoo! This subject is well known as Global Understanding. Here some of my sharing throughout this subject!
It is totally awesome! Besides, you guys will get a certificate for enrolling this subject. Anyway im not pretty sure next time ade sijil ke tak, sebab sijil ni dari ECU (East Carolina University) one of our partner university.


We are just like a family, Chinese, Indian, Malay and the Polish couldn't understand, how we can cope to live in multi-races. Its good that they curious about our country.

This is our dearest Madam Azza Jauhar. She such a nice person, so motherly
and can be our bestfriends. Always there to help me. Lebiuu madam!
Celebrate Alwani's birthday (her daughter)

During traditional night. We talk about our culture and traditional, exchange culture with them.
Obviously the Americans does not have a specific traditional cutome as well as the Polish (JU).

We have soo much fun. For me, this class doesnt burden at all. If you and active,

Our 'classroom' it is cool right! ^^, whoho~
who else other student that can seat this conference room, other than GU's student!














Wednesday, May 7, 2014

Jantan puaka.


Kata orang bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tapi kalau da dua tangan bertepuk girang, mesti bunyinya pun bukan calang-calang.

Alina. Satu-satunya kawan aku yang sangat masyuk dengan kepala aku ni yang jenis ting tong senget2 ni. Petang minggu lepas, Alina teresak2 dalam telefon. Aku tengah seronok buat assignment tiba2 dapat call dari Alina. Dari suaranya, kedengaran sendu dan kendur betul. Aku tahu ada sesuatu yang tak kena ni, masakan Alina yang periang ha hu ha boleh jadi macam ni. Pada orang lain, Alina perempuan kuat, selalu ada untuk sahabat2 dia, tapi aku tahu Alina seorang perempuan yang rapuh, fragile dan manja sebenarnya. Laptop kubiarkan bersahaja, laju bersiap2 nak pergi jumpa Alina.

"Aku sedih, kesian mak aku, bapak aku perangai macam puaka! Dah tua bangka sibuk nak menggatal dengan perempuan lain. Bengong! Ni memang bengong!" kata Alina, dalam sendu marahnya. Aku tahu tika ini, aku hanya perlu dengar je luahan dia. Setahu aku Alina suda mempunyai dua ibu tiri. Apa lagi bapak dia buat onar ni. Allah...

"Pagi tadi mak dengan bapak aku datang hostel, hantar barang. Pastu tiba2 mak aku mengamuk baca mesej bapak aku, aku da heran time tu. Tak tahu punca cerita, tiba2 mak aku berang tak semena. Tiba2 mak aku menjerit dalam kereta...'Berani perempuan tu datang rumah, siap bagitau mak ni suruh masuk dulu sebab nak cakap hal privasi kononnya dengan bapak kau, lepas mak masuk, mak duk balik tingkap. Tiba2 betina tu amik tangan bapak kau ni cium. Bapak kau ni da buang tabiat Alina! Da makin tua ni, aku ingat da sedar diri, tapi makin menjadi-jadi, makin gatal nak tambah bini, dah tua pun sibuk duk mengorat lagi. Ni, amik henset dia ni baca mesej2 betina tu. Bapak kau ni nak mampus da ni Alina ooiii!'. Tapi aku tak amik pun henset ni. Aku istighfar panjang bila mak da jadi macam tu. Bapak aku kat sebelah diam tak berkutik. Aku tahu, kalau aku baca mesej2 dalam henset bapak aku, aku risau hormat aku pada dia hilang, jadi cukupla sekadar aku dengar je mak aku bacakan mesej2 bapak aku tu..." panjang lebar Alina bercerita. Aku hanya mampu memandang wajah Alina dengan sayu. Aku lihat ada mutiara jernih jatuh menuruni pipinya.

Benar, Alina paling rapat dengan orang tuanya. Bila jadi hal macam ni, aku yakin Alina akan cuba bertindak sematang mungkin depan orang tuanya, tapi dalam hati berkecai seribu tiada siapa yang tahu. Hampir 10 tahun aku menjadi pendengar setia Alina. Kami selalu bertukar luahan,' biarlah ibarat membuka pekung di dada, tapi aku nak jugak luah kat kau' kata2 Alina masa dulu.

"Tak boleh ke dia jaga hati mak aku ni, da banyak mak aku makan hati. Patut sangat ke perempuan tu datang rumah nak bercakap2 dengan bapak aku, nak berkenalan. Lepas bermesej2, datang rumah nak jumpa, pastu siap salam cium tangan. Allah... Aku tak tahu, macam mana la hati mak aku. Aku sedih. Hormat aku pada bapak aku kini tinggal sisa. Allah..." sabar Alina, kadang aku kehilangan kata. Tapi aku tahu, Alina meluahkan rasa bukan untuk aku komen atau bagi pandangan apa2, tapi cukuplah aku setia mendengar.

"Kau kena ingat, dua2 orang tua kau. Apa pun cuba kau slow talk. Kita sebagai anak kena selalu menjadi orang tengah kalau2 rumah tangga ibu bapa ni bergoyang. Anak itu pengikat keluarga Alina." perlahan-lahan aku menuturkan kata. Ligat menyusun ayat terbaik. Alina angguk perlahan2, segaris senyuman kulontarkan padanya di sebelah aku.

Terkadang kita tanpa sedar, kita hanyut. Kita fikir, kita da buat yang terbaik, tapi lambat laun tindakan kita tu mampu melukakan orang sekeliling. Aku terasa juga rasa prejudis pada lelaki. Kenal berpuluh tahun, tapi hati ini boleh berubah, kerana sifat tanah pada manusia tu, boleh berubah2, boleh jadi tanah runtuh, gelongsor tanah, gempa bumi. Tapi kita ada senjata; doa. Berdoalah yang terbaik. Cubalah jadi yang terbaik. Selebihnya Allah Maha Mengetahui.


Di birai katil.





Monday, March 3, 2014

Antara subjek Awesome! di UMT

Pada aku, semua subjek berkenaan Sains Samudera semua awesome! ^_^ hehe!
The more you diversify your subjects, the better chance to get work. Kos mana2 sama saja, tapi perlu bijak pilih elektif. Sebab elektif tu nanti akan menyumbang kepada peluang pekerjaan kita nanti.

Macam Sains Samudera (SS), dia boleh masuk bidang Biologi Marin sebab SS pun belajar pasal Ekologi Terumbu Karang, Toksikologi, Ekologi Muara dan Bakau.
SS boleh join ke arah sedikit nautikal dan port and shipping sebab dia ada belajar pasal Kepelautan dan Navigasi serta Pelabuhan dan Perkapalan. Perlabuhan dan Perkapalan tu, masa time aku, im the only budak malay that took this course, subjek yang diajar oleh Datin. Phew!! Nasib baik dapat B+ ,ada member aku dapat C- >.<. Then, tak ramai SS student batch aku amik subjek ni sebab kecerewatan Datin, sume pakat drop! Aku amik subjek ni, sebab nak pelbagaikan knowledge, Mr. Yong pun galakkan amik. ^_^

So, entri kali ni bukan nak cerita pasal subjek Sains Samudera yang semua awesome2 tu, tapi nak cerita pasal subjek elektif yang dari Fakulti Pengajian Sosial yang sungguh Awesome! Hanya Universiti Malaysia Terengganu je menawarkan subjek ni. Aku tahu subjek ni pun sebab dari Dr Nazli yang mengajar Spanish. At first, Dr Nazli will be going to handle this course, but now changed to Madam Azza, wife Dr Fadzil Samudera. hehe :D

SOC3003 Introduction to World Culture
3 credit hour
priority to final year student
MUET at least band 3
able to speak and mix well with people
the best thing, this subject has no Final Exam paper, but
you need to do a report at the end of this course!
An interview will be held, only 16 people will going/ selected to enroll this course.
oke, imagine the 16 of you will represent about Malaysia to the worl!
awesome kan! ^_^
yet, this course tak membebankan and so much fun! (personal opinion)
what i like, Madam Azza made all the assignment as paperless as possible
which is i like! Go green yo! save our tree! *kaching!

A lill description about this course; subjek ni samada ada dapat A atau pun F. Either you can raise your CGPA or down your CGPA. *scary. The only way to get an F is absenteeism, but easy to get A, you need to involve in every activity, and talk with your partner (partner from other university). This subject/course need us to talk about our culture at the same time learn about them. This year, 3 outside Universities will collaborate with us, first Istanbul University, East Carolina University and Jagiellonian University. Awesome right! ^_^ soo much fun! Soon there will be lotsa video conference with your partner from these universities. By right, you need to accomplish task that will assign to you and your partner soon. Mostly this course, using online credible sources and the equipment is soo canggih :D . Using video conference room at PTM, then you can use any way to connect with your partner to complete the ask (like whatsapp, Fb, skype or email).

Universities for this semester.

First few weeks, will be partnering with students from IU, later on with ECU and so do with JU.
Actually kiteorang ada 4 links untuk berkomunikasi dengan partner kita dari Universiti IU during the class time. So, we need to communicate using whatever we want like skype/fb to complete the task with our partner. Link ni macam lebih kurang 'satu hubungan atau talian', maknanya untuk IU, ada 4 link, so ada 4 hubungan kita dengan dia dalam bilik video conference yang canggih tu. hehe! Well, I cant wait, this coming Wednesday is our first time meeting IU student. There's lotsa question i wanna ask my partner about Istanbul. I know they speak Spanish! ^_^

Well, this it is! The awesome course SOC 3003 Introduction to World Culture or well known with Global Understanding (GU). InsyaAllah, akan ada trip ke IU soon. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah hehe! :D


p/s: Somehow i just love campus life. When the time we will be soo busy and having hectic lifestyle in campus, we forget the rest, but at the end we can taste the sweetness of the learning and exploring something new. I realized, campus life is not only about Dean of first class CGPA. It is our us, developing our skills, knowledge and network. Developing ourselves.

till then,
toodles!
oh yep, GU is the most recommended course!
Rugi kalau tak amik! C'mon have some fun with outsiders! 
Salam a'layykum! Take care! ^_^


Thursday, February 13, 2014

Dah lama tak berjumpa...

Assalamualaikum!

Haii... betulla rasa lama betul tak jumpa, lama da tak buka dashboard blogger dan update blog.
Busy busy busy busy busy busy! Kadang bila ada idea nak menulis, tup2, ada orang datang nak borak2 la, ada call masuk la, terus terbantut idea. Tapi takpe, that is life kan. =)

14 Febuari 2014 (Jumaat)

-Rumah Oren, 
-Mejalani semester terakhir, hari Ahad ni first day lecture, (seniorrrr :D )
-Thesis writing is in progress, analysis data of anak penyu is calling, (oomaaii)
-Proposal event Save our Sea (SOS) kat Kuala Abang is in progres,
-Proposal Bakti Siswa Anak Yatim kat Batu Rakit da submit untuk 2nd time,
-Tempat Latihan Industri (praktikal) alhamdulillah da dapat, CEMACS USM da tawarkan tempat,
cuma belum bagi feedback lagi, borang feedback kena amik ka fakulti.
-Hedgehog yang hilang aritu da jumpa! Finally! now ada 4 hedgehog. 
Ibu dan anak lelaki with me, Puni & Sweetie stay with Benji
-My epong5 rosak camera shutter, almost a month hantar claim warranty, 
tak tau la bile den dapat, harap2 dapat yang baru tapi tu laa, aku ni sasau skit kalau takda camera, 
nasib ada iPod ngan torchlight kental ni.
-During cuti sem tak pergi keluar Terengganu pun!Cuma beberapa hari lepas finally pergi Kuantan, after 1 year tak pergi Kuantan. Indeed Kuantan soo many changes, compact and sesak, no wonder la banjir. huhu!
-Experimenting a few cakes Red Velvet, Rambo cake (rainbow, hehe) , pavlobalobalobaa, kek pisang blaa.. blaa
-FINALLY, RESULT AKU TAK CEK LAGI!!! (horror emo)
Cuak nak bukak mynemo nak cek result! hahaha  biar la dulu, lets enjoy this Friday first. hehe! *geget kuku


Kebelakangan ni asik terfikir pasal nak kawen je. *eh! haha! dun get me wrong. Aku rasa korang pun akan alami menda yang sama kan kalau korang kat tempat aku. Masa CNY aritu, kenduri kawen sana sini. Pastu timeline facebook aku manjang post gambar kawin. Tu belum cerita story kawen kat blogger ni lagi. 
Orang sekarang pantang cuti skit, kawen lalu! :D hehe! Tambah plak pages photography wedding aku liked, sah2 la update gambar kawin je. huhu! terbuai kenangan mak jemah tengok pelamin gojes2, baju fabulos-fabuloso bagai, veil terletak cantik, ada bridesmaid tersusun je kiri kanan. peerghh! leleh Mak Jemah tengok uoolls! Pastu plak, haritu aku melawat anak member aku. Heyy member aku umur sama baya da ada baby boy kacak sorang, da tu dia plak bawak keluar album2 glossy glass dia. peerghh! lagi aku geget hati duk bina angan nak kawen macam ni, macam ni macam tu.. ye dak? hehe!




nota kaki: Tengok baby, rasa nak ada baby. Tengok orang kawin rasa nak kawin jugak. Tengok orang makan rasa nak makan jugak. Haa, tak caya try la, see how, what your eyes see can influence you.

Kalau gitu, tengok la awek2 menutup aurat sempurna, mesti hati slow2 rasa nak jadi macam tu jugak (tengok Felixia Yeap , Wawa Zainal, Irma, Heliza... blaa blaa Kak Ajis) InsyaAllah, ameen! Lelaki plak, tengok la contoh2 terbaik menjadi ketua keluarga, dengar ceramah2 Ustaz macam Ustaz Don ke, Pencetus Ummah tu ke.InsyaAllah kalau kita ada usaha walaupun sedikit, Allah senang nak bagi rahmat dia. InsyaAllah.

Sampai bila kita nak dalam keadaan statik, jom la sama2 perbaiki diri sediit demi sedikit. Jadikan hari ni molek sikit dari semalam. Kalau semalam Itting jalan jatuh2, harini dia jatuh skali dua je.. *eh! ckap pasal anak sdara plak :P

Oke la, tata!
take care! Toodles! =)


Saalam sayamm dari Mak Jemah. heeh heehh heee!