Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, January 26, 2013

Majlis Cukur Jambul Itting@Qisya

At last, berlangsung jugak majlis cukur jambul untuk anah buah aku nombor 3 ni. Beria sugarmummy ngan kaka aku suh balik, no wonder la. aku balik umah tak menang tangan, terus jadi bibik tak bergaji. phew! Tapi takpe, bukan sotmo pung :) rasa penat lelah berbaloi bile boleh gotel2, cium2 budak tecik Itting ni.
Betullah kata

Sepanjang majlis tu, aku jumpa ramai baby. Semua aku peluk, aku dukung aku cium ^^, weee~
Love baby and animals, and i shall love you too ^^,
aku da rasa macam perjumpaan bayi2 plak masa ni. ada Qisya, ada Thaqif besar, Thaqif kecik, ehehe! ada Aufa dan Damia. tu part baby, bab pom pom girl, mestilah dimeriahkan oleh Arbok, Tina ngan Icha. Pom Pom boy (yang tak berapa nak pompom pun ada) Kimi, Aiman, Syakereen Azhar sama anak2 jiran yang aku pun tak hengat nama. haha! Bergoncang buai depan umah tu budak2 tu duk main time orang duk baca yasin. haha!


Sugardaddy aku punyer idea, pelik dari orang, punyer semangat, dia pergi potong tebu kat belakang umah, buat ala2 lipstick tu, pastu celup2 ngan madu. Next probe, sugardaddy cari 2 bijik kelapa muda, pastu potong bentuk2, nk letak rambut budak tu kat dalam. Probe ke3, gunting. Makcik2 marhaban potong rambut baby sechoit2 letak dalam kelapa. Probe ke4, 'pelepas'. Dalam anyaman daun kelapa tu ada bunga rampai, aku taktau mana sugardaddy aku dapat, bila kita tarik 'pelepas' tu jatuh bunga rampai kat baby tu. ala, macam korang main pop pop pop pastu klua habuk2, kertas kat pale, time sambut besday kecik2 tu. haaa, igt? :D

haa, tu la antara probe nya. aku suka plak duk main 'pelepas' tu kat kpala budak tecik tu. :D


Antara probe2 sepanjang majlis.

Jeng! Jeng! Jeng!
Che Sue pun nak buat jugak! hehe!

semanis madu dan tebu.

actually, aku memang suka gile bila tengok baby, kuceng pun. kadang tu tahan diri je. :D baby2 yang masih lembik meliang lentok aku tak suka sangat, bimbang nak pegang, karang terkulai sana sini :D 
aku suka baby aktif baya2 macam budak ni. hehe!


yeay! gootell Thaqif! Che sue sayamm kat dia ni.. ^^,

eii, serius geram. haha! pastu gotel2 baby Aufa plak. Comel kan baby ni. :)

muka nak nangis time aku pegang! haha!
haha! dia nangis terus aku hand over kat mak dia smula, maafla sayam, aunty geram! ^^,
Walaupun banyak baby, tapi Arbok tetap tak diabaikan. Manjang nak berkepit ngan aku je.


haha! Icha & Arbok! maaflah gambar perasan, self capture :D

ada orang, tak nak anak ramai2, nanti serabut, tak terurus la itu la ini la.
Tapi aku pernah terdengar ada orang cakap, jangan risau kalau nak anak ramai pun, setiap anak yang lahir Allah da tetapkan rezeki. Bukan kerana anak kita miskin sesak susah. Setiap anak, ada rezeki masing2, jadi jangan takut untuk beranak ramai. Pada aku, ikutlah kemampuan, bijaklah merancang! Tapi, THE MORE, THE MERRIER! :)

Kata kakak aku, dia nak 6 orang anak. wow! :D ahaha! dia kata asalkan, setiap kali deliver, mestilah kat swasta. haha! Kopak husband dia lepas klua si Itting aritu, mana taknya, sorang anak dekat ngan 4k! ahaha! kumpul duit banyak2, produce baby banyak2! ^^,
kalau aku, aku takmo la anak sampai berbelas2, cukup la ada twin ke, triplet ke, quadruplet ke InShaaAllah kalau rezeki murah, dapat quintuplets terus! lagi aku shukew! tapi stakat ada baby hedgehog pun oke la buat masa ni. ehehe!

budak tecik tu da mengamuk rambut da takda, si Thaqif, cool je.

Akhir kata, bayi itu anugerah. Jangan dicampak, jangan dibuang, janganlah dibunuh. Sucinya mereka datang dari syurga, janganlah dipersiakan.



nota kaki: baby bam bam bam! ^^,








Sunday, January 20, 2013

mengah, tak mengah!

19 Januari 2013
Usai je solat Subuh, pukul 6.35 pagi aku terus stay buat report. Dari pagi sampai ke tengah hari. Aku buat report, dari Rumah Oren tu cukupahli 7 orang, sampaila jadi bertiga. Tengah hari tu Syera da gerak balik. Tinggal berdua dengan Noji. Macam2 mana pun nak tak nak, aku kena siapkan arini jugak.

Zohor.
Aku masih setia menulis report. Tinggal lagi satu chapter. Kepala pun da rasa berat. Sempat jenguk Sweetie, refill air dan tambah makanan beliau, minum air dua tiga teguk, sambung tulis report. Noji da sibuk bersiap2 nak pergi kenduri kawen, family dia da sampai. Aku mandi pun tak lagi, masih tekun siapkan report. Aku nak siapkan arini jugak, kalu boleh nak balik petang ni. Paling lambat pun, balik lepas Maghrib (hajat dihati). Hp berbunyi nada mesej, nada panggilan, aku langsung tak mengah. Tepat pukul 3 barulah aku terkoci2 nak pergi mandi, solat Zohor. Leka buat report punya pasal. aisshh! By the time, perut aku pun nak mula buat ringtone sendiri. aishh!

Asar.
pukul 4:30 petang, aku masih taip report. kesemua 11 bab da settle, cuma yang tinggal nak buat preface, abstract, content..bla..bla..appendix, abbreviation.. bla..bla.. The worst thing, aku tak reti nak buat pagination. Oke, situasinya macam ni, aku nak break pagination. dari cover page, penghargaan bla..bla..bla.. sampai list of figure sume aku nak guna roman number, pastu start dengan Chapter 1, baru guna 1-2-3. Lama aku aku bazir masa nak buat menda tu, siap call abang ipar yang expert computer lagi tanya pasal tu. Dah tu, tak berjaya jugak. Pastu aku google, tapi instruction dia macam rumit dan complicated. Aku pun tak faham, dalam keadaan aku pun da kalut, super saturated and starving at that time (langsung tak sempat nk makan pape), aku tak boleh nak paham arahan kat google tu. Aku ada buat break page, 'Next Section' tapi tak boleh jugak. Banyak gila aku waste masa kat sini. Dalam nak dekat pukul 7, Noji da balik, masa ni aku da rasa frust. Tanpa ada page number, aku tak boleh nak siapkan Table of Content, List of figure segala bagai. Oh God.! Da rasa bersalah gila dengan Noji, janji nak balik arini, tapi nampak gaya kena balik ari Ahad jugak la nampak gayanya. Noji cakap, takpe, kita balik esok je la, alang2 da lewat ni. Aku suh dia balik dulu ngan parents dia, tapi dia takmo, dia cakap nak teman aku. Waaaa Noji~ i won't stop loving you as my buddy. sobs3 *big hug!

Maghrib.
Bila harapan untuk balik arini  hilang lenyap terus. Aku pun da slow down buat report. Aku break jap, pergi solat, pastu makan. huhu! Poor my tummy, singing all the day >.<". aku da fed up try pagination setting tu, yang aku tau, aku nak uruskan report malam ni jugak. Nak setelkan semua siap2, pastu rehat. Otak da berat gila rasa, da macam Hp Daun pakai memory card 4G je gayanya! huh! Semua jadi pending mending! Last2, aku buat numbering macam biasa, just 1-2-3. Lepas buat numbering, aku lagi serabut otak, nak kena belek page by page nak buat List of figure, List of table, leceh gile. rabak la air mata jatuh sambil duk buat report ni. haha!

Isyak.
Alhamdulillah, lepas Isyak baru siap REPORT KERJA LAPANGAN MM3000 - FIELD COURSE.
Lagi satu masalah, bila Lappy cookiesmonster aku tak boleh nak burn report dalam CD. (report kena hantar dalam CD, Mr Yong cakap, dia nak jimatkan pokok. Bayangkan +/- 200 page satu report, kalau da 53 students, berapa pokok da kena tebang tu? phew!) Mati2 aku ingat CD yang Benji bagi ni yang problem, bila dia cakap 'incompatible bla.. bla..' bila aku nak burn je dia tendang balik CD tu. Bila tanya Benji, dia pun tak tau, last2 aku pergi beli CD baru. Jadahnya, CD baru pun tak boleh nak burn, last2 bila try ngan laptop Noji, boleh je burn file guna CD tu, sia2 je beli CD baru. huhu! Dalam lagi 10minit nak pukul 10, aku drive terus pergi anta CD ke bilik Mr. Yong. men sumbat CD bawah pintu dia je. Lagipun, aku da inform Mr. Yong awal2 nak hantar CD on weekend. hoho! Balik hantar CD barulah aku ada masa nak pack2 barang, kemas2 umah. Masukkan semua motor dalam umah. Mandi2 siap2 nak balik untuk esok! ^^,


Akhirnya, masin jugak mulut 'dia', doakan aku balik 20hb.
Misi untuk siapkan report 17hb gagal.
Misi untuk balik 19hb gagal.
Akhirnya, pagi Ahad baru balik ke kampung setelah 9 hari 9 malam berhempas pulas siapkan report. Tapi, seriously, aku akan rindukan saat2 sem 3 ni. Busy dengan presentation Plankton, buat report. sampai mengah2, taip report langsung tak mengah kepala. huhu! Ni sume adat resam dalam belajar.
Aku selalu cakap, kalau kita kena perah otak sampai rabak2 nak belajar, da tu nelayan2, pekebun2 mat2 bangla wat jalan tar tu perah keringat nak buat kerja. Kalau semua orang nak jadi doktor, arkitek, cikgu, angkasawan belajar pandai2, da tu siapa yang nak jadi jual sayur, tangkap ikan, buat jalan? Allah da susun cantik semua, mana2 pun asalkan ada usaha pasti berjaya. Kita usaha dari segi otak, diorang usaha keringat, jadi jangan takut kalau anda terkandas untuk belajar, asalkan ada usaha untuk maju dan terus berjaya.
'Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian'.


tempat tido, tempat makan, tempat buat report selama 3 hari2 terkahir.
aku terpaksa berpisah ngan Patrick, nanti dia asek menari2 panggil tido,
yang terkangkang tu Mobi Hanawa (masa ni dorang da balik kampung)

lebih kurang 5 hari jugak la aku ada mata Panda. haha! Penangn report punyer pasal!
Agaknya, kalau ada award pelajar paling setia ke library, mesti bebudak Sains Samudera yang menang.
Pagi petang siang malam pergi library buat report. hahaa!


17hb - Suasana PSNZ tingkat atas.
 dari penuh dengan student sampai la tinggal aku sorang je kat atas ni haa. scary jugak. hahaa

sepanjang proses pembikinan report, aku rasa agak tertekan. Jadi, cara paling baik carilah sumber melatonin (buah), oxytocin(susu), endorphine(coklat) dan serotonin(eskrim). haha!

on the left, makan eskrim masa lepak2 dengan Benji dan Yus.
Next, eskrim masa lepak ngan Syera dan Noji on last day. Sedap2! ^^,

baiklah, dengan rasminya, selesailah urusan aku sempena sem 3 yang HARDCORE ni. Jutaan terima kasih kepada insan2 yang banyak/sikit membantu aku sepanjang urusan sem 3 ni, baik dari segi kerja2 makmal, kuliah, test, presentation atau apa skalipun (fizikal mental skali, nak2 houemate yang banyak menggoda, :P ). Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian. =) and all the best.

Have a nice day, have a nice REAL holiday!
Qada tido balik! hehe!
Itting da memanggil2 dan menari2 untuk pulang. haha!
Thanks for reading! =)



nota kaki: Allah tak anugerahkan kesulitan hanya sekadar kesulitan. Sesungguhnya, disebalik kesulitan, tersirat 1001 hikmah. Waalahu'alam. with Love, wiD ^^,




Monday, January 14, 2013

Sem 3 yang hardcore!


14 Januari 2013
@Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT. 10:15PM

Tadi masa masuk entrance ternampak board dengan tulisan kelip2.
"Selamat Datang... 14 Januari 2013"

Ya, harini da 14 Januari, aku punya last paper 6hb Januari, Speech 10 Januari dan sampai
ke hari ni, aku masih disini, masih di UMT Tonggak Jaya, UMT Terchinta, pfftt~
housemate aku pun da 2 orang balik. Sepatutnya aku boleh balik cepat, tapi demi Plankton, turtle, benthos, nutrient, bla..bla..chlorophyl, TOC dan segala bagai mak nenek untuk subjek MMB 3000 Kerja Lapangan aku masih lagi disini. Dari PSNZ crowded dengan student2 tiap2 malam sampai la student pun macam tak berapa nak ada je kat perpustakaan ni, aku da jadi pelanggan setia untuk perpustakaan berbentuk penyu ni. haish!

sampai ke saat ini, dalam 5 chapter aku da siap. Overall ada 11 chapter semua sekali. Ramai jugak member2 aku da balik rumah, dan ramai jugak yang satu chapter pun tak siap complete lagi. ada yang
buat report kat rumah. Tapi seriously, kat rumah banyak godaan, distraction sana sini. phew!
Aku nekad, once report da siap, baru hanya aku akan balik. huhu!

Nah, aku share skit tajuk2 yang nak perlu kena buat,
mungkin lagi mencabar dari FYP/PITA, sebab semua subjek bercampur Geology, Biology, Physics, Chemical, Bio-Geo-Chem, Physico-Chem. Indeed, kalau FYP/PITA hanya bertumpu pada satu opsyen sahaja. huhu

Chapter 1 : Introduction of Field Trip
Chapter 2: Plankton in Bidong Island
  2.1 Zooplankton
  2.2 Phytoplankton
  2.3 Plankton Movement
Chpater 3: Benthic Communities
  3.1 Coral Survey Using Manta Tow Technique
  3.2 Coral Survey Using Snorkeling technique
  3.3 Coral Survey Using Diving Technique
Chapter 4: Benthic Communities - Benthos
  4.1 Benthic Communities survey using Benthic Sledge
  4.2 Benthic Communities survey using Smith McLyntyre
Chapter 5: Selected Marine Life In Bidong Island
  5.1 Squid
  5.2 Sea Turtle
Chapter 6: Bathymetry and Sediment Distribution
Chapter 7: Nutrient and Chlorophyll Distribution in Bidong Island waters
Chapter 8: Physico-Chemical Survey at Bidong Island waters
Chapter 9: Total Mercury and Total Organic Carbon at Bidong Island waters
Chapter 10: Current Movement pattern at Bidong Island waters
Chapter 11: Turbidity Survey using Secchi Disk and Turbidity Meter.

nah, pulun la sume2 tu, Sem 3 paling hardcore la, buat kerja sambil menitik2 air mata. Sobs!
Azab nya, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. i believe in the middle of dificulties, lies oppurtunity.
pada aku, sama je aku dengan mat2 bangla yang buat jalan tar tu, dorang kerah keringat,
kita2 yang student ni kerah otak. Yang penting usaha. Motong getah pun boleh pakai Skyline walaupun blaja sampai PMR je.  =) Man Jadda Wa jadda. Kalau semua orang pandai jadi doktor, arkitek, sape yang nak jual sayur, sapu sampah dan tapis loji kumbahan?

eh, eh, eh! Aku duk lagho tulis blog sakan ni apehal,
banyak chapter lagi tak siap ni, kata nak balik awal. ceit!

Anyway, happy reading,
Sharing my corat coret,
have a nice day!



nota kaki: yes, you're my serotonin, melatonin, endorphin and oxytocin too! *big hug!

Sunday, January 6, 2013

Oh Landak Mini!

6 Januari 2012

Alhamdulillah, harini last paper, Osean Kimia. Alhamdulillah all the hydrologic cycle, nutrient cycle, the constituents in seawater bla.. bla.. semua keluar. And the most important thing, NO CALCULATION!
Ni sayangg Mr. Yong lebih ni, haha! i hate to calculate. :P *dengg!

Since study week, 28 December until today, both the babies Puni and Tutti stay dengan Benji.
and i do miss Puni a lot, sebab dialah paling manja, usik sikit gulung, tiup2 sikit gulung, pastu jalan terkedek2, makan mealworm bunyi cup cup cup! Unlike Tutti yang slalu "klik" dan sentap2. Sepanjang exam, no one accompany me to stay up late, biasa Puni will be by side, 'studying' his stuff together. hehe!
Benji MMSes me a few pictures of em. =)

Olooloo, sian Puni kena kacau tido, oh my! i miss him soo much. sayam!

Tutti, growing big day by day... =)

Tengah2 study, Benji MMS me Puni's picture. Terus *heart melting tengok Puni tidur macam tu, Ya Allah, this is such cute creatures!
Olololoo, tido sampai rapat pejam mata, Puni jarang tdo facing macam ni. :)


Lebat kening Tutti ni, hehehe! around 5 months Tutti.


Landak2 Mini affect my life too much. Masa Benji jadi babysit dorang, luckily he loves them too. Pampers Puni and Tutti every morning, buy mealworm for them, renovate a new cage for Puni and Tutti.
Actually, aku tak berapa sure pasal jantina Tutti, whether it is a girl or boy. Kalau Puni i'm so sure its a boy.
Pastu suh la pakcik tu cek Tutti genital part, alih2 Tutti pun Jantan, no wonder la selalu sodok2 si Puni time main sama. *sigh! Macam mana nak lahir zuriat kala dua2 da jantan, takkan la nak transplant si Tutti tu plak. aish!

Tutti's gential part. Kalau ada pusat tu sah3 jantan. 

aku suh Benji cek, siap mintak dia MMS gambar lagi, hehee! sorry dear, kena skodeng skit, olololooo! :D
bila bincang2 dengan owner2 Hedgie lain, memang kena return la Tutti ni. Pastu kawan aku yang jual Tutti si cinnamon ni cakap, boleh nak tukar, tapi sem depan. Sebab hoglets yang baru lahir tu tak ready lagi nak jual huhu! So, kita jaga Tutti dulu la, sem depan baru cari partner untuk Puni. (No wonder la slalu Puni kena buli, harap badan je besar, huhu)


Abis je paper Chem ocean, texting2 dengan Benji, dia cakap kalau da rindu sangat kat Puni, petang ni dia antar Puni. i'm just like 'yeaayy!' hahaa! So, tadi petang Puni da balik! Siap tengok AJL sama2 lagi, tapi dia bukan tengok pun, tdo je manjang. huh!

PUNI that i love oh-so-dearly.
Been missing you so much dear *big hug!
(abaikan keadaan TV dirumah Oren tu, sedikit epik! haha)


i was soo lucky, bila Benji pun macam support for adopting these hedgehogs. Malah dia yang lagi beria, potongkan makanan Tutti, renovate cage Garfield jadi cage these hedgies. Ya Allah, once i remember Paa, renovate tempat makan dengan bekas air Tutti kat cage (tak mintak pun paa buat macam tu, tiba2 paa cakap, "paa dah adjust tempat makan landak tu"), syukur Benji pun macam sugardaddy aku gak, hehe! Thanks dairy XP. Sweet kan lelaki macam ni. ^_^, hee!
Looking forward to make a new comfortable home for em.



nota kaki: sayangss, be nice, stay cute, stay healthy.. love both of you. XOXO!


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Pengantin Baru Namee!

Namee! Finally... Selamat Pengantin Baru!
Semoga berbahagia ke anak cucu. You look superb Namee ^_^,
You and Isham nampak berseri2 auww gitu. hehe! 
Your story really make me think that,
"the heart won't lie, only far away day know manicure..."
May ALLAH bless both of you, happy ever after Namee :) 
*Big Hug.. Tahniah! ^_^

Barakallah both of you...

Isham and Namee =) *hahaa! seriusly lucu, dan2 je jawab call, aish! 


read more her story at here.  =)



nota kaki: respek dengan cara dia pandang suami dia. walaupun badan berubah, tapi hati tetap hati yang sama. 'Hanya kau tahu hatiku...' Hanya jauhari yang mengenal manikam. moneykam! kam! kam! :D