Assalamualaikum... hai...
Perasan atau tak, setiap perbuatan kita sekarang, seolah2 dibayar cash/tunai.
Jika berbuat jahat, suatu hari nanti, kejahatan juga yang kita akan dapat. Kalau tak didunia, akhirat semestinya. Bak kata Justin Timberlake 'what goes around comes around'. Meski setiap orang sedar hakikat ini, tapi berapa kerat sahaja yang muhasabahkan diri? Jika sedar yang karma itu pasti, dan balasan itu semesti, mengapa masih tegar melakukan kejahatan?
Peperrghh ni da masuk bab ta'alim agama da ni, hehehee~ *pap! tepuk dahi.
Pokok pangkalnya, motif operandi entri kali ini bukan nak bersyarah agama, tapi nak cerita tentang nasib seorang kawan aku. Muka da hensem, sweet pun ada, perangai baik, rajin bekerja tapi sayang seribu kali sayang... Saban malam mesti merempit, pantang ada game, mesti dia pun join sekali, tak nombor 1, tempat ketiga keempat pun jadilah, sekadar mengisi kelapangan katanya.
"Ko nak ikut sekali tak? Tanya Pali pada aku.
"Pergi mana?" Tanya aku
"Jomlah... aku ada game malam ni, moral support jom!" Kata Pali.
Jam da pukul 11 malam lebih. Takkan la anak dara macam aku sibuk nak ikut merempit lagi, terkinja-kinja nak bagi sokongan. Aku tersenyum seorang bila tengok Pali siap 'wikang' bersemangat nak berlumba, dan pergi tinggalkan aku.
Dulu Pali tak macam tu. Dulu dia antara kawan aku yang agak baik tingkah lakunya. Tapi selepas kematian ibunya, dia menjadi tidak terurus. Sentiasa mencari kebebasan yang mampu memberikan dia kepuasan. Jatuh motor berkali-kali, tapi langsung tidak pernah serik. Dikejar polis, menyorok masuk kawasan rumah aku, pucat lesi muka, tapi masih langsung tak berubah.
"Kau tak tengok, aku potong Man Api macam mana, kat selekoh maut kot!. Puas hati aku dapat kalahkan dia, berlagak lagi dengan aku, nah, makan asap la mangkuk tu!" Cerita Pali penuh semangat. Aku tersenyum mendengar, itu merupakan acara rutin setiap kali dia habis perlumbaan, mesti akan diceritakan segala aksi-aksi lumbanya. Dalam hati, aku berdoa agar dia berubah suatu hari nanti. Banyak mana nasihat yang aku beri, sekelumit kuman pun tak lekat, umpama masuk tinge kiri, keluar tinge kiri, langsung tak singgah ke otak. Kalau orang lain, aku tak kisah sangat, tapi ini kawan aku. Aku pun tak tahu macam mana dia berubah sejauh itu, dan ada keberanian setinggi tu untuk berlumba. Banyak benar dia berubah...Pali oh Pali...lirih hati aku.
"Weeii, betol ko taknak ikut? Jomla, malam ni aje. Tak ramai lelaki, haa game kat depan tu aje pun. Kuba Kebal cabar aku, panas ati aku, jom la, ada kau semangat sikit aku. Awal lagi ni." Pali beria sakan mengajak dalam telefon.
Aku tolak pelawaannya dengan baik. Pali cukup faham, aku tak suka keadaan lelaki ramai-ramai. Sesak. Malam itu, aku agak sibuk, menghadiri majlis pertunangan sahabat aku. Kebiasaannya, habis saja race, dia akan datang, cerita segala macam yang dia buat. tapi malam tu, senyap sunyi pula dia. Paling tidak, dia akan telefon, menceritakan aksi-aksi lumba dia. Tapi malam tu, aku sibuk, tidak sempat nak tengok handphone, malahan, tanpa sedar, handphone aku mati, bateri kosong.
Pagi-pagi lagi pagar rumah digoncang. Man datang rumah, memberitahu Pali kemalangan. Istighfar panjang aku, bergegas terus ke hospital. Aku tergamam, sepanjang perjalanan aku senyap tak berkutik, dalam hati tak henti memohon doa semoga Pali tidak parah. Aku lambat beberapa minit, didepan aku terbaring sekujur tubuh, kaku. Wajahnya remuk, tulang paha terkeluar, tangan kiri berlumuran darah, dengan keadaan bermandi darah aku masih mampu mengecam Pali. Pali memang kacak dan bergaya tapi Pali di depan aku ni... tidaakkk!!
Selesai pengebumian, aku melangkah longlai pulang ke rumah. Seolah aku bermimpi yang Pali telah tiada. Terasa, baru semalam Pali berborak-borak dengan aku, seperti baru tadi Pali ajak aku pergi teman dia lumba. Kalau aku teman Pali malam tu, mesti perkara macam ni tak berlaku. Sebak hatiku. Setiba dirumah, aku on handphone, bateri dicas penuh. *beep beep. Satu pesanan ringkas menyapa peti masuk...
Aku tahu, selama ni ko serba salah kan tengok aku. Aku pun tak suka keadaan aku ni, aku rasa aku dah leka terlalu jauh, aku nak jadi diri aku yang dulu. Jadi Pali yang ko kenal dulu. :) Hari ni, malam ni last aku racing, lepas ni aku janji aku cuci tangan dah. Esok hari lahir aku, aku tekad nak berubah. Aku nak tinggalkan dunia rempit aku ni, aku janji aku akan jadi lebih baik. Mak aku pun mesti harapkan aku jadi anak yang soleh, aku tahu ko mampu bantu aku kan...
Huuuuuu.... Paliii........ air mata berjurai jatuh lagi membasahi pipi, tak mampu dibendung lagi. Kenapa Pali tunggu esok untuk berubah, andainya masih ada esok untuk Pali, aku tahu dia mampu jadi yang terbaik, tapi aku bangga dan bersyukur Pali ada nawaitu untuk berubah. Aku sentiasa doakan kebahagian kau disana wahai sahabat. Hari ini hari lahir Pali dan juga hari kematian beliau.
nota kaki: Andainya masih ada esok.... tapi ajal dan maut tiada siapa yang menduga.
|
ehsan google. |