Lala pathway

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, March 31, 2012

JOM HEBOH! vs Renang Sampai Hangus!

hi guys!
assamualaikum dan salam saayam! <3
so, this weekend, very hectic!

ari jumaat ada training renang dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 =.="
at the same time, ada Jom Heboh woo kat Stadium Gong Badak, (tapi kiteorg panggil Stadium runtuh, oleh kerana stadium tu memang runtuh pun.. haha!)

aku memang nak g Jom Heboh, sebab i haven't go any Jom Heboh at Terengganu yet, :D
pergi Jom Heboh bukan nak aim target pada artis smarties, tapi pada Goody2 bag yang agak2 sedang menari2 depan mata ni haa.. *sambil kunyah Snek ku dalam mulut.

last2, tadi pukul 8:30 pagi aku and another my 4 girlfriends da siap2 ready nak g Jom Heboh,
kiteorg pergi awal pagi sebab tahu da, petang mesti PANAS + CROWDED!





ni dalam pukul 9 lebih, tapi aku da rasa panas gile, da la time ni muka da burn sebab renang semalam.
*mata aku sangat sepet.



last time, Jom Heboh kat Dataran Shah Bandar.



kiteorang bekpes ngan Maggi!
Sajian Kebahagian, hee~
ye la, bangun2 pagi, terus pergi Jom Heboh.
tup2, ada Maggi free, rembat le.. :P
skirt aku tu, agak2 leh sapu sampah tak, =.=
so, lepas makan Maggi, da top-up tenaga skit, *hup hup hup semangat nak shopping!
barulah kiteorang tour, window shoopping. Fist booth, kiteorg pergi Maggi...

check it out~^_^

ni 1st goody bag aku rembat! antara makanan ruji seorang pelajar

Syafa, Kak Timah & Noji 


SNEK KU!! unfortunately, there's no Tam2 inside, just Mimi.

Next, we met Ribena! ehehe, aku tak tersedar aku tertutup mata Ribena tu. :P

its seriously HOT! nia few goody bags. :D

graffiti. aku + Nuyu + Wawa <3
Masa ni dalam pukul 10.30 pagi, tapi da rasa panas gile.

Berat gile barang2, hoho!


so, ni je aku sempat tangkap kat Jom Heboh, hehe! ada lagi satu beg Ribena.
5 all of them. hehe!
tempat2 macam ni memang selalu ada masalah parking kan?
nasib kami datang awal, senang je nak park kete,
masa aku nak balik, aku tengok sorang pakwe ni susah payah nak kluakan moto dia tersumbat, makwe dia plak da macam bengang, nak2 time panas. aish! kesian dorang.

len kali, park elok2, ish3... kesian orang nak klua payah..=.="
(kalau da macam ni sesak, aku rela tak pergi Jom Heboh)


RENANG!
BREATHING! ^^,
FLOATING =)
FROGGING =.="
KUAK DADA *.*
(makin lama, makin payah sob sob)

pool kat sini tak de bumbung, so memang sunburn la kan~, balik jer dari Jom Heboh,
pukul 2 petang training sampai pukul 6.

pool kat depan ni depth  2M SAHAJA, pastu yang kat depan sana 4.2M
yang tu untuk dive and Palapes.

pakai la banyak mana sunblock pun, nak masuk kolam kena mandi dulu..=.="
(tapi aku ngelat, bilas tak sampai 10 saat terus masuk pool, haha)
UMT still have ethics, haha!
so, jangan mimpi nak skodeng cuci mata!

ni la geng2 aku,
merangkak2, bertatih2 belajar renang...haha! lucu!
kami tempah kelas ni 2 hari, so.. just girls je la yang ada. hoho takde la segan mana ye dak! :D

belajar renang, in case orang2 tersayam lemas, boleh la tolong selamatkan. :P
da nama pun Sains Samudera.. :D


nota kaki: weekend ni sangat busy, sebab weekend depan, da start cuti pertengahan sem.
every moments is always an oppurtunity.
do something if you wanna succeed, dont just sit,talk, and pray. it won't work.
challenge urself, try something new, overcome ur fear. make ur days! :)
have a nice day! <3



Thursday, March 29, 2012

baucar baucar baucar Buku 1 Malaysia.

*tittle post macam orang gagap je kan.. hoho!

Assalamualaikum dan salam perpaduan...
(ceit macam menteri mentera da ha! haha)

korang tahu tak yang kerajaan ada bagi Baucar Buku 1 Malaysia kat pelajar2 institut pengajian tinggi sebanyak RM200.00...? hoho~
pada aku, besar gak nilai tu, so baucer tu, obviously can't be change for cash.
but, some of my friends did. it is bad.

apa aku da buat dengan RM200 tu?

apa aku da buat dengan RM 200 tu?

apa aku da buat dengan RM 200 tu?
(memang entri kali ni kene jadi gagap skit pun. :P)


so... i bought this...

Remember Me by Sophi Kinsella, To Kill A Mockingbird - Harper Lee
and Syaitan Musuh Kita.
yang buku Water For Elephants tu, aku beli da lama, cuma tak baca2 pun lagi,
(beli pun sebab cover Robert Pattinson :P )

i'm crazzzzyyyyyyyy looking these boookss!! especially Sophie Kinsella!

another RM50 i spent for these stuff...

This book RM55. Indahnya Hidup Bersyariat
and finally, aku beli buku Biostatistic.
ada satu hari, aku pergi kedai buku Popular kat Mesra Mall, *mata ke atas flashback smula
menghabiskan baucer buku yang tinggal lagi RM100.
there's a teenager at the cashier, beli buku guna baucer jugak
situasi...
Cashier: sume sekali RM28.90
Remaja: erm saya nak guna baucer.(sambil hulur baucar)
Cashier: tapi ada lagi balance ni, awak boleh tambah apa2 barang awak nak, cukupkan RM50. alat2 tulis pun boleh amik jugak
Remaja: takpe2, keep the change je la balance tu.
Cashier: eh rugi la macam tu, amik la apa2 barang pun
Remaja: bia la, saya nak yang tu je.
Cashier: macam ni la, akak buat resit, nanti boleh guna lagi baki baucer tu, just tunjuk resit je.
Remaja: ok.

eii, aku yang kat blakang ni, rasa nak tendang2 je budak tu..
woi! kalau ko xnak baucer tu, bak kasi aku la, meh tolong bayarkan buku aku neh. aish!
aku sanggup TAMBAH duit kat baucer tu, dia plak simply said KEEP THE CHANGE
taik-kuceng-gaul-nyo budak! mentang la kerajaan bagi free, sambil lewa je guna. hoh!
panas betol aku ngan manusia yang tak bersyukur macam tu. aiish!



nota kaki:
kerajaan da extend lagi 30 hari untuk penebusan baucar buku tu, sepatutnya baucar tu expired 31 Mac ni, tapi disebabkan banyak lagi baucar yang tak ditebus, tarikh da dipanjangkan.
sedangkan aku, baucar awal2 lagi da habis beli buku.. :D

What we are, always appreciate what we have, Malaysian Students.. ahh we are so lucky guys..
Baucar Buku 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (RM500 satu kluarga), Klinik 1 Malaysia dan there's many 1 Malaysia programs. I'm Proud to be Malaysian, so appreciate la k.. :)

Sophies' and me.. <3



Friday, March 16, 2012

Pagi Sabtu, di teratak bonda...

Assalamualaikum..
Salam sayam sayang...

allhamdulillah...
pagi ini masih diberi nyawa untuk terus bernafas..
(err entri pagi ni sopan siki ye anak2)
diberi kesihatan yang baik,
akal yang masih waras,
hati yang telah tenang,
dan SEMANGAT yang baru....

bangun pagi, 
seusai subuh..
waktu yang paling dekat dengan Nya untuk berdoa adapun di tengah2 malam..
(kadang2 waktu subuh aku mamai gak, :P )

doa itu penting,
sesungguhnya, sesiapa yang tidak meminta kepada Dia nescaya berdoa,
maka dia tergolong dalam golongan orang yang bongkak lagi angkuh.

doa aku ada 3 phase *hehehee.. :P
dimulakan dengan selawat memuji Nabi dan Allah dengan nama2 terpuji..
1st - aku doakan untuk ahli keluarga, sahabat handai, guru2, serta seluruh muslimin dan muslimat.
2nd - doa untuk diri sendiri, agar diberi perlindungan...bla..bla..bla.. skyline sbijik! haha!
3rd - aku doa untuk jodoh... agar dikurniakan lelaki yang terbaik bagi aku. bla.. bla..
and last....doa ditutup dengan bacaan ni dan selawat.


“Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian” 

nota kaki: pentingnya doa dalam kehidupan..
wujudkan prioriti (keutamaan) dalam berdoa. cuba renungkan,
doa korang banyak kepada kebendaan dunia atau bekalan akhirat..?
kita hidup kat dunia ni tak lama, sementara aje, akhirat tu yang kekal abadi.

sama2 kita dekatkan diri pada Allah..
aku pun bukan baik sangat, dan sedang mencuba untuk jadi lebih baik..
InsyaAllah


Thursday, March 15, 2012

Kasut gigit kaki saya...

orang tua2 cakap, kalau beli kasut baru, gigit kasut tu dulu..
supaya nanti kasut tu tak 'gigit' kita..

ni la kasut puaka tu, ceit! sia2 je beli memahal! sakit.. >.<

aish, aku da beli lama da kasut ni
tapi arini baru kali  kedua aku pakai,
keras gile.. >.<
sakit kaki gwa pakai kasut ni,

ingatkan oke la, bila pakai..
tup2 balik kelas tadi, masuk bilik..
tengok2, kat kaki aku da ada gelembung2..
melecet suda.. sob sob *sambil tekan2 gelembung air.
puaka btol la kasut, ni.. 
bese aku pergi kelas, jalan laju,
tapi tadi... jalan nak sama laju ngan siput kat Jalan Biawak tu ha.. ceit!
tapi siyes aku tak pakai da kasut ni, rosak kaki aku.. >.<
Sakit Mak Cemah oiii~

aku ada banyak gak kasut, wedges, flat, sneakers, heels... and paling aku minat, kasut getah.
senang, time hujan tak banyak kerenah, senang kering, selesa.. :)

kasut getah, selesa dan chumil.. ^^,
senang nak jaga, murah, tahan lasak, tampak cool! haha!


ni kasut getah, sedap pakai. best.


kasut getah sume ni... ^^,
haa cuba teka mana satu aku! :P


kasut time duk matriks dlu, da arwah kasut ni.. haha

ni kasut kuliah aku. skema skit.. ^^,
pakai time wat presentation, time interview leh la.. (hahaha!)
aku suke pakai skirt... 
aku ada dekat berpuluh skirt, tapi cuma 2 helai jeans sahaja.. hehe! ^^,
aku selalu je pakai sneakers ngan skirt...
it is UNLIMITED... pakai skirt, bleh je bawak moto, pakai skirt leh je pakai sneakers.. ^^,
just cuma ngko je.. daring ke tak.. :D
ada bran??
sapa kata pakai skirt xleh pakai sneakers?
ni kasut nostlagia aku, masa nak SPM... hahaaa..
selesa gile pakai kasut ni,
at the same time, bila aku jalan2, mesti orang pandang kaki aku.. haha!
gila selesa, rasa berangin je..
angin masuk purr purrr (sepoi2 bahasa gitu)

time pakai kasut ni, orang panggil aku DIGI


good shoes bring you to good place. ingat tu...
pada aku, kasut ni penting...
kasut yang bagus, akan buat kita lebih yakin, seriously...
aku paling tak suka pakai selipar jamban a.k.a selipar jepun seumpama Fipper, Panema pastu pergi kelas...
even betapa mahal pun, tah.. it just not suite me...
selipar2 macam tu, sesuai untuk piknik dan santai.
anyway, AKU TAK SUKE KASUT GIGIT KAKI AKU, huh! >.<
penat aku jaga kaki, tup2, ada gelembung2 air kat kaki, pastu tinggal parut. =.=" tak best!


nota kaki: esok aku balik kampung pakai kasut getah pink tu dengan baju kurung oren.
nampak pelikkan? lantak la.. bring it on! ^^,
woot woot!
tak sabar nak balik Paka weh! ^^,


Monday, March 5, 2012

Sebuah Kehilangan...

# currently listening Angelic Evening – Tim Janis.

I believe everyone has things that are very precious to them. The lost of ‘the thing’ is really hard to be accepted.
So, kehilangan itu, semestinya tak dirancang kan...
nice! gambar ehsan google.

Aku gembira time dapat tahu kakak aku da pregnant, tapi...
Satu nyawa yang baru berada dalam kandungan,
tiba2 hilang,
dan aku saksikan saat2 kehilangan tu..
i can see my sister barely able to walk...
i can see as her tears running down,
i can the eyes praying to Allah earnestly at the moment,
and i also can feel the pain :”(


Cngoh aku (kakak aku le :D) , hamil around bulan 2... time tu sume orang happy la, nak2 aku ngan cousin aku, Nor. Aku, Cngoh and Nor ni selalu sama2, pepehal gossip2 cite2 slalu sharing2 la...
Hoho~ so aku and Nor pun da about dreaming of my future nephew – Itting (aku nak panggil anak buah aku Itting :P ). 
Husband dia lagi la, siap botak kepala lagi, haha! Masa dorang balik Paka aritu, husband dia siap buat susu, bagi makan kismis kurma bagai.. *mata ke atas,flashback balik insiden2 itu.. :D

And masa dia miscarriage tu, dia baru je sudah siapkan jahit butang kat casing laptop aku.
Actually, kes kakak aku ni tak normal skit, dia pregnant and ada cyst. Pastu bleeding macam period. 
Cyst tu plak, membesar dengan suburnya dalam masa 6 minggu, huhu! Which is doctor cakap, kes beliau ni 1 dalam 1000 orang, hoho~ Then bile da gugur, cyst tu masih maintain je ada. (ceit! Puaka punyer cyst! Sebok nak compete ngan Itting!)

The same day, dia gugur, aku plak da kene balik kampus. Sebab esok da ada kelas. So sugarmummy aku and husband dia anta pergi Hospital Dungun, pastu terus transfer pegi HSNZ kat Kuala Terengganu
Next day, lepas je habis lab 3jam, aku rush pergi HSNZ......

          *                *                  *                   *                *

In the end, we’ve lost... lost a life... =.=”
Mungkin Allah lebih tahu yang terbaik kan, aku pernah terdengar satu ceramah Ustaz ni...
‘kita harus redha dan ikhlas, mungkin Allah buat macam tu sebab dia tahu, bayi tu kalau keluar akan menjadi anak yang tidak baik, dan mungkin kita masih belum bersedia untuk jadi ibu bapa yang baik.”
Pokok pangkalnya, Dia lebih mengetahui...

muka seposen kakak aku.
mak sdara aku cuba menceria kan suasana, ^^,


aku le tu & Cngoh (oke, tu the 1st n last time aku pakai tudung krim tu)

kumpulan cheerleader, (balik tadika terus excited nak pegi hospital ^^, )


:)

23jam tunggu nak masuk bilik OT, kami camwhoring dulu, siap layan Osbon bagai, hehee

=) casing laptop aku tu, inspired by Cngoh ^^,

a nurse is nursing herself ... erm, self service je la.. :P

abaikan muka aku, aku just nk tunjuk scene belakang tu je,
well, scenario that i already used to it, nak muntah pun ada tengok bermanja sangat :P
 (jerawat tumbuh dengan subur ! huh! abaikan!)




Nota kaki:
Masa aku kat ward tu, setiap kali aku tengok doctor, i just can see myself in that white coat.
I’d really wish that badly. Heart core, heartbroken, heart damage, and frustrated jugak la bila *geleng2 kpala, sob sob. 
nampak doctor muda2 lalu lalang kat ward tu (bukan aku nak ngorat oke!), aku rasa alangkah bestnya, kalau aku kat tempat mereka, giving treatment for those in need. =)

You know what guys, the WORST thing is, you won’t be able to achieve your childhood dream! Never! You just can see the others, but you’ll never be there, it’s impossible.. and miracle won’t be happened like 
a bling! And you turn to a doctor. Hell NO!
And i envy for those my friends, yang result sebaya aku aje, tapi dapat amik medic private kat Indon, India, Mesir... (on earth la Wid Skyline, you can’t afford it!) Well, lucky them.J
“ Takpelah adik, perancangan kita dah baik, tapi perancangan Allah lah yang terbaik, Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...” – Cngoh
Redha, ada hikmah disebalik semua ini. ^^,







Friday, March 2, 2012

Tulip menari-nari depan mata..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, salam sayam... =)


 gambar ehsan google

this is TULIP. 
well my mom loves tulips too... <3

Tulip... tulip...tulip...
sometimes, we love something for no reason...
orang kata Mawar itu wangi, durinya tajam,
orang kata Melur itu harum dan suci,
orang kata Cempaka itu indah kuning berseri,
orang kata Bunga Raya itu bersejarah memberi erti,
orang kata Allamanda itu tampak mewah sekali
tapi pada aku,
Tulip itu membawa tuah dan kedamaian..
memberi rasa cinta kepada Pencipta.

dari aku kecik, sampai ke besar.. aku admire dengan bunga Tulip ni 
*tiba2 aku rasa aku curang dengan blackrose, :P
tulip ni lain dari bunga lain, kadang2 nampak macam bunga plastik pun ye jugak..

ehsan google
i wish, one fine day,i can see and touch tulip. Amsterdam femes dengan bunga Tulip. 
t lepas honeymoon kat AlHambra terus pergi sane la.. ^^,(eii berangan tah pape!)
weee~ pastu shoot bunga Tulip banyak2~ hoho~

gambar ehsan google.

gambar ehsan google

Tulips ada a few colours, tapi yang paling aku suke warna dark violet tulips and soft pink tulips <3


desktop gwa, haha! ^^,

nota kaki:
aku selalu mintak, satu hari nanti, aku boleh bawak sugarmummy aku jalan2 kat Amsterdam tengok Tulips.
before she closes her eyes... i will.... InsyaAllah..
<3