Tahu , aku da lama sangat tak menulis di sini.
Tahu , aku sangat rindu nak menulis lagi. sumpah tak tipu.
Tahu , aku sekarang sibuk dengan anak aku yang baru lahir kembar 3 (sumpah tipu :P )
Tahu , aku ada banyak benda nak tulis
Tahu , aku masih merindui kenangan2 lama di UMT ^^,
Lama aku tinggal blog. Tadi aku tengok, last post aku bulan September , tahun lepas.
Kadang, kita ada baaaaanyaakkkkk (betol banyak ni ) menda nak cerita, kita ada cukup substance, idea dan bahan nak cerita nak menulis. Tapi.. mereka2 tu kadang2 datang time waktu kita mandi, time kita nak lelap mata, time kita duk masak. By the time we want to start writing, mereka hilang plak. Aiseehmen! Lagi cun, mereka sume tu da berkumpul bersama, tup2 mood pun tak datang. Time mood datang, dan mereka semua berkumpul bersama (dengan ideanya, substancenya) tup2, mak mintak tolong kira beras plak (tipu ni hehe). Macam2 halangan tauu untuk aku nak menulis ni. Haha!
Tipulah kalau aku kata aku tak rindu. Aku rindu Lala Land ni lebih dari aku rindu korang :P
Lagi bertambah rindu bila ada junior2 yang pm, email aku cakap dorang banyak dapat info dari blog (aww malu aii :D) Alhamdulillah, blog ni berguna jugak 2,3 posen untuk dorang. Lagiii bertambah rindu, bila belek2 gambar dulu, aku nampakkk kurusss! Sekarang, 2015, at this very moment, aku ni da bambambam dari dulu T_T
Apa pun, macam aku cakap tadi, aku ada baaaanyyyaaaakkkk menda nak tulis. Aku tahu menda yang aku akan tulis ni, walau tak banyak, mungkin sikit atau secoit membantu mana2 junior yang dikasihi mencari maklumat pasal kos Sains Samudera kita. InsyaAllah. Selain tu, macam2 idea datang nak menulis, entah bila 'draft' kat dashboard nak habis. Hehe.
Tadi sebelum menulis, aku da janji taknak bebel panjang. Malam da larut. Tengok, da carried away memalam buta ni hee. Kalau ikutkan nak tulis lagi, tapi simpan dulu. Esok ada kerja nak settle. Kena tido, kalau tak pagi esok zombie yang akan bangun, bukan aku. :P
Thanks for reading. ^_^
Love!
nota kaki: Saya graduan UMT dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Samudera , sekarang. When the real journey begins. Bismillah.
|
^_^ trust me, i am a mariner. ~ *publish! |